- Minum air kelapa di akhir kehamilan. Sebabnya diorang kata nanti baby lahir bersih je. Kepala susah nak kena sawan atau kerak. Aku amalkan yang ni mungkin kebetulan la jugak sebab Zahirah tak pernah kena kerak kat kulit kepala atau sebarang penyakit kulit kepala. Cuma rambut dia je tak berapa nak lebat. Sekarang dah kurang sikit la orang nak panggil dia "boboy". Kalau tak asyik la orang ingat anak aku ni jantan. ;)
- Makan makanan yang berlendir. Yang ni seingat aku kacang bendi je la kot yang aku amalkan. Takde la amalkan sampai hari-hari makan. Selalunya aku celur cicah dengan air asam. Kalau lauk tu suami yang sebenarnya berpinggan-pinggan tambah. ;)
- Mandi air panas. Eh jangan la air yang menggelegak tu ye. ;) Agak-agak la. Oh kalau ade water heater alangkah bestnya. Bukan apa, lepas bersalin pun elok mandi air suam-suam panas. Nak-nak air rebusan daun tu..segar je badan rasa. Mandi air panas ni petua untuk mempercepatkan bersalin kot. Secara saintifiknya tak berapa nak pasti. ;)
- Hubungan suami isteri. Sebaik-baiknya setiap hari bukan dah nak bersalin je sentiasa minta maaf kat suami dan minta suami doakan kita dapat bersalin dengan tenang dan dipermudahkan oleh-Nya. Ada banyak jugak aku baca kat forum yang air mani suami boleh jadi air selusuh yang paling baik. Paham-paham la ye tak nak mengulas lebih. ;)
- Zikir, Surah Amalan. Jangan lupa pulak usaha perlu disertai dengan doa. Doa pun perlu disertai dengan usaha.;) Sebab kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan semuanya. Jadi banyak-banyakkanlah berzikir. Masa dah masuk labour room dengan menahan sakit aku dah tak ingat apa zikir yang mengikut turutan tu. Aku banyak baca : 'Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin' sambil menahan sakit contraction. Zikir dan doa selebihnya boleh google je. Banyak sangat infi yang berguna.
24 November 2011
Tips Sebelum Bersalin.
5 Months
- Berat kali terakhir check up (19 weeks) adalah 67.5 kg naik 2.5 kg. Agak banyak la tengok je la selera makan. Dah la cepat je lapar. Baru je makan tengahari pukul 1 tapi dah lapar balik pukul 3.
- Pergerakkan baby. Dah rasa. Excited. Tapi tak terlalu kerap. Actually dalam minggu ke-17 dah ada rasa sikit-sikit. Cuma sekarang ni rasa lebih jelas.
- Mood. Tak tentu hala. Kadang tu tak tentu pasal je nak marah. ;) Suami la yang selalu jadi mangsa kot. Maaf ye sayang. ;) Paham-paham la ibu mengandung. *alasan paling baik*
- MGTT. Minum air gula atas faktor umur. ;) Nurse cakap kalau pregnant umur 25 tahun ke atas perlu buat MGTT seawal 24 minggu sebab sekarang banyak sangat kes kencing manis semasa mengandung. Layan je la. Puasa 8 jam start pukul 11 malam then pergi klinik ambil darah pastu minum la air gula. ;) Aku minum tak habis ade lagi sikit sinki yang habiskan. Best la check up kat KD Senai sebab masa minum air gula nurse tak tunggu pun. Hahaha. Harap result ok. Kalau tak ok awal-awal pihak klinik dah call sama ada kena repeat atau pun apa yang patut.
- Breastfeeding. Masih menyusukan Zahirah pada waktu malam. Bila dia dah lalok-lalok nak tidur mesti dia nak menyelak punya. Rasa sakit masa hisapan pertama tu tahan je la. Kalau waktu siang tak pernah langsung mintak bf. Siang memang 100% formula milk. Agak-agak nanti kalau adik dia dah lahir dia nak balik ke DF waktu siang ek? Impian untuk anak ke-2 ni nanti pun masih sama. Harap sangat dapat beri yang terbaik selama yang mampu. Kalau boleh lebih baik dari sebelum ni. harap dipermudahkan oleh-Nya.
22 November 2011
Happy Birthday Husband & Kenangan 2 tahun lepas..
"Esok umur aku dah 30 tahun..hahaha"
" Haih! sana sini orang buat kerja kahwin"
" Ala..2 tahun lepas kita yang tengah sibuk buat persiapan nak bersanding.." si isteri membalas..
" Eh! Iyalah..Dah 2 tahun eh?" Buat-buat tak percaya.Ya. 2 tahun lepas sibuk buat persiapan hari persandingan kitorang. ;) Sekejap je masa berlalu..Sengaja je masa tu pilih tarikh sanding 22 November. Sebab tu adalah tarikh kitorang declare as a couple..Haha..Ikut 1st plan kitorang nak nikah 20 hb tu. Tapi atas permintaan keluarga Majlis Pernikahan diawalkan lebih kurang 1 bulan..Sebab nak memudahkan urusan majlis. Bukan kitorang ok yang gatal nak kawin cepan..haha..
14 November 2011
Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com
Assalamualaikum..
Ya Allah dah dekat rupanya dengan due contest Aishah..punya la bertangguh nak buat entry ini tapi hari ini kena jugak usahakan siap..;) Maaf ye Aishah..
Sebenarnya bukan exited sangat dengan contest ni..tapi rasa macam nak memenuhi tanggungjawab sosial..apakah?..macam nak meluahkan isi hati la kenapa suka baca blog Aishah yang simple, cute dan isi blog yang menarik..;)
Seingat-ingat aku aku jumpa blog Aishah masa tu tengah pregnant Zahirah..dah dekat-dekat jugak la nak bersalin kot masa tu..dalam 7 ke 8 bulan kot..serius hilang ingatan..masa tu konon tengah cari la apa persiapan orang nak bersalin..then jumpa blog Aishah yang masa tu dah beli beberapa kelengkapan selepas melahirkan..antaranya breastpump..aku tengok la kat mana dia beli..pastu tertarik pulak dengan tunku moden..pastu terjebak la dengan blog Aishah ni dan baca rasanya sampai nak khatam kot http://myaishah.blogspot.com..
Balik rumah on lappy pun terus bukak http://myaishah.blogspot.com..macam ketagih nak baca semua post-post Aishah..tak tahu la kenapa..siap cerita kat suami pasal apa yang aku baca tentang puteri bidadari Aishah dan Wahid yang pertama Nur Anis Nashrah..sangat tersentuh..aku kagum dengan Aishah..dalam kesedihan dalam kehilangan boleh lagi nak mengarang dengan bahasa sangat baik teratur yang aku sendiri kalau menghadapi situasi macam tu takkan mampu bertabah seperti Aishah..
Macamana aku start berkenalan dengan Aishah kalau tak silap aku hantar mesej kat chatbox dia atau tinggalkan komen kat entry dia..kebetulan pulak masa ternampak ticker kat belah kanan blog Aishah yang kitorang punya due date adalah sama iaitu 25 August 2010..terus rasa excited..macam berteka-teki jugak la agaknya siapalah yang bersalin dulu..;) setiap hari kot nak tengok entry terbaru siapa yang bersalin dulu..lagi yang seangkatan masa tu tarikh nak dekat-dekat antaranya Sha Mama Raisya dan Xeea Mama Alfiy..
Lagi satu yang membuatkan aku rasa rapat dengan Aishah mungkin sebab kami ni rakan sebaya la..;) tapi aku rasa penulisan Aishah kat blog lebih matang dari aku..aku ni dah la entah apa-apa kadang-kadang tu..;)
Kali pertama jumpa Aishah adalah di rumahnya sendiri..masa tu Aishah duduk di Ulu Tiram..Ceritanya di sini..Walaupun baru pertama kali jumpa dah macam kenal lama..Masa tu jugak dapat berkenalan dengan Kak Nani dan Kasih, Fashya dan Husna, Jaja dan Myiesha, Kid dan Haqq dan jugak Dayu dan Eisya..
Lepas dah jumpa pertama kali tu bila ada event apa-apa sama-sama pergi..macam masa Program Penyusuan Susu Ibu kat UTM..memang seronok la buat aktiviti sama-sama..kali terakhir jumpa Aishah masa open house rumah dia raya yang lepas..sekarang tak sabar pulak nak malawat Aishah dan keluarga dengan baby baru..;)
Kite doakan semoga dipermudahkan ye Aishah..;)
Kesimpulannya saya memang suka baca http://myaishah.blogspot.com disebabkan oleh perkara yang tertulis di atas..;)
10 November 2011
Sayang baby..
Bismillahirrahmanirrahim..
Cantiknya tarikh hari ini..;) Sempena (?) telah membiarkan blog bersawang lebih kurang seminggu lebih ni..lebih baik saya update cerita tentang anak dara saya yang seorang tu..;)
Sifat kakak-kakak Zahirah dah nampak sedikit demi sedikit..itu dengan sepupu dia..dengan adik sendiri tak tahu la macam mana gayanya nanti..saya berdoa yang baik-baik sahaja..semoga Zahirah akan menjadi kakak yang baik serta menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya kelak..
Agak skema ayat saya hari ini penangan balik dari membaca blog yang berilmiah..kekeke..tengah sibuk mengkhatamkan blog seseorang yang memberikan saya inspirasi dan bersikap positif bila beranak ramai kelak..InsyaAllah..;)
Ini sepupu Zahirah yang paling kecil setakat ini..;) Alhamdulillah di usia 4 bulan ++ Nur Dayana dah pandai meniarap..tapi perlu sentiasa diperhatikan takut-takut bila dia penat nanti dia telangkup kepala tertutup pulak tempat pernafasan dia..Zahirah pulak paling suka nak cabut tiub pernafasan tu..agaknya dia pelik kenapa Dayana ada benda tu tapi dia tak ada..
InsyaAllah bila Dayana dah 6 bulan nanti dia akan menjalani operation..Semoga dipermudahkan..
03 November 2011
Rezeki Anak..
Assalamualaikum..
Gembira je setiap kali dengar ada je kawan-kawan yang pregnant lagi untuk anak pertama, kedua atau ketiga..macam seronok ada geng..macam la boleh pergi check up sama-sama..;) aku ni kan suka kalau buat apa-apa ade kawan..;)
Kat department aku ni aku dan akak lagi sorang tu pun pregnant..udah la sama-sama QA, kalau dua-dua cuti bersalin mungkin agak haru biru la kilang ni..Cheh! cakap macam orang penting sangat dalam kilang ni..;) Tapi takkan nak marah kat ketentuan tuhan ye tak? Dah kitorang ditakdirkan pregnant bersama-sama..beza antara aku dan akak tu cuma 1 minggu je..means belum sempat akak tu naik cuti bersalin aku pun menyusul cuti..;) tak pun entah-entah aku yang bersalin dulu..Wallahualam..;)
Pada hakikatnya kalau aku mengandung kali kedua waktu usia Zahirah belum mencecah 1 tahun aku pun tak kisah sebenarnya..macam tak fikir pun kestabilan ekonomi, kewangan, fizikal dan mental macamana..betul-betul tak kisah..cuma ada la fikir jugak masalah bila air susu berkurangan nanti macamana dengan anak aku yang masih lagi fully breastfeed masa tu..serius memang itu je aku pikir..suami pun macam tu..kami sama-sama fikir yang ‘rezeki untuk anak’ tu sentiasa ada..Anak itu pun dah rezeki tuhan nak bagi..Alhamdulillah..InsyaAllah Allah akan mempermudahkan semuanya..
Tapi jangan la mengharap je rezeki turun dari langit tanpa berdoa..Kita ni sebagai hamba-Nya, kita meminta juga pada-Nya..ye tak? Bila Allah dah bagi nikmat kat kita, kita kena la bersyukur dengan lakukan suruhan-Nya..(Peringatan untuk diri sendiri juga, manusia mudah lupa..)
Alhamdulillah syukur pada-Nya..Sejak akhir bulan lepas dah dapat berita suami akan dinaikkan pangkat..for sure mesti la gaji pun naik kan..mungkin ini juga dinamakan rezeki anak..InsyaAllah bila adik Zahirah ni keluar mesti perbelanjaan keluarga akan meningkat..sekurang-kurangnya dengan kenaikkan gaji yang suami dapat dapat menokok perbelanjaan isi rumah..Alhamdulillah..
Kalau rezeki tempat aku berkerja ni meningkat InsyaAllah ada yearly increment..tapi tak mengharap sangat pun..moga-moga ada..sebab setiap tahun ada increment takkan tahun ni takde..kikiki..;)
Semoaga Allah mempermudahkan urusan kita semua dan memberkati hidup kita..;)
Salam Jumaat semua..;)
02 November 2011
Contest Anakku Berfotogenik
Assalamualaikum..
Tengok kawan-kawan masuk contest rasa nak join jugak..;)
Klik gambar untuk direct ke blog penganjur dan tengok syarat-syaratnya..;)
Gambar yang dipertaruhkan haruslah gambar anak sendiri..;)
Nama Model : Azyan Zahirah Binti Azan
Umur : 1 Tahun 2 Bulan
Nama Ibu : Noryanti Binti Kasnan
Nama Ayah : Azan Bin Awang
Saya nak tag kawan-kawan untuk memeriahkan contest ni lagi:
Sekian. terima kasih..hehe..
01 November 2011
Makan Steamboat..
Lama betul tak pekena steamboat..sejak kes Rawa Seafood tu la rasanya..Ops! tak..ada 2 kali kot pergi makan steamboat kat Kulai..itupun dah dekat setahun kot..
Kebetulan Azah datang JB dengan Kak Wana..dah tak tau nak bawak makan best kat mana kat JB ni..suami kata semua tempat pun macam dah tak best dan tak ekslusif lagi..why? entahlah..
Ambil Azah dan Kak Wana..Diorang stay 1 night kat Tune Hotel kat Danga Bay nun..paling senag nak cari..oh ya..diorang datang JB ni sebab nak tengok student diorang yang praktikal area JB ni..
Ke D’Terrace Steamboat kita..kedai ni bersebelahan dengan Restoran Malay Village..Jalan apa? alamak fail bab nama jalan ni..yang aku tau area Taman Nong Chik..Pandai-pandai la korang cari ye..;)
Kak Wana, Azah dan suami dengan makanannya..
RM 20.90 seorang..Ok la..tapi aku lagi suka steamboat dekat kulai..lagi best kot..ke mungkin masa ni aku sebenarnya takde nafsu sangat nak makan sebab dah kenyang..kalau tak makan sebelum keluar kesian pulak MIL dah masak..huhu..
Mereka berdua ni memang lapar kot siap boleh makan dengan nasi..;p
Aku dah tak reti nak buat review pasal makan..;) sebab dah jarang sangat pergi makan kat luar..hehe..kat rumah ada makanan buat ape nak membazir makan kat luar kan..ini pun kira special occasion ada tetamu khas dari Kolej Komuniti Jelebu..;)
Di pintu masuk..suami dah kata tak nampak kalau ambik gambar kat situ..kamera handphone dah la takde flash..tapi aku degil..kiki..itulah hasilnya..;p
Kami! aku kelihatan begitu emak-emak sekali..huhu..
Thanks Azah dan Kak Wana sudi jumpa sahabat lama korang kat JB ni..agak hampa jugak la tak dapat kumpul sekali dengan Amy..takpe kita tunggu berkampung kat majlis Eylun nanti okay! InsyaAllah..
-
Saya adalah jiran yang agak perihatin..kata suami saya..;) Semalam pulang dari kerja sampai di ruamh kira-kira pukul 6.15 pm..sebenarnya b...
-
Assalamualaikum.. Rjin pulak hari ni nak post entry masak2..Hehe..Sehari sebelum kejadian pijak gelas sampai pecah tu kitorang dah beli ik...
-
Assalamualaikum.. Rasanya baru je hari tu tengok 100++ hari lebih lagi ada..tetiba tengok harini dah tinggal 2 angka..sekejap je masa berl...