10 November 2011

Sayang baby..

Bismillahirrahmanirrahim..

Cantiknya tarikh hari ini..;) Sempena (?) telah membiarkan blog bersawang lebih kurang seminggu lebih ni..lebih baik saya update cerita tentang anak dara saya yang seorang tu..;)

sayang adik

Sifat kakak-kakak Zahirah dah nampak sedikit demi sedikit..itu dengan sepupu dia..dengan adik sendiri tak tahu la macam mana gayanya nanti..saya berdoa yang baik-baik sahaja..semoga Zahirah akan menjadi kakak yang baik serta menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya kelak..

Agak skema ayat saya hari ini penangan balik dari membaca blog yang berilmiah..kekeke..tengah sibuk mengkhatamkan blog seseorang yang memberikan saya inspirasi dan bersikap positif bila beranak ramai kelak..InsyaAllah..;)

2011-11-06 09.59.45 

Ini sepupu Zahirah yang paling kecil setakat ini..;) Alhamdulillah di usia 4 bulan ++ Nur Dayana dah pandai meniarap..tapi perlu sentiasa diperhatikan takut-takut bila dia penat nanti dia telangkup kepala tertutup pulak tempat pernafasan dia..Zahirah pulak paling suka nak cabut tiub pernafasan tu..agaknya dia pelik kenapa Dayana ada benda tu tapi dia tak ada..

InsyaAllah bila Dayana dah 6 bulan nanti dia akan menjalani operation..Semoga dipermudahkan..

2 comments:

  1. Semoga Dayana akan selamat dan sihat dalam operation-nya nanti. Amin.

    Nashriq tak ada tokoh abang pon Yanti. Semalam main dengan sepupu dia 8 bulan, dia ketuk kepala budak tu dengan remote Astro. Kalau main dengan sepupu yang besar-besar pon, dia bukan main ganas. Ada hati nak tolak-tolak orang. Padahal dia cinonet aje.

    ReplyDelete
  2. INSYAALLAH..semuga pembedahan adik nur dayanan berjalan lancar...

    ReplyDelete