Lama betul tak pekena steamboat..sejak kes Rawa Seafood tu la rasanya..Ops! tak..ada 2 kali kot pergi makan steamboat kat Kulai..itupun dah dekat setahun kot..
Kebetulan Azah datang JB dengan Kak Wana..dah tak tau nak bawak makan best kat mana kat JB ni..suami kata semua tempat pun macam dah tak best dan tak ekslusif lagi..why? entahlah..
Ambil Azah dan Kak Wana..Diorang stay 1 night kat Tune Hotel kat Danga Bay nun..paling senag nak cari..oh ya..diorang datang JB ni sebab nak tengok student diorang yang praktikal area JB ni..
Ke D’Terrace Steamboat kita..kedai ni bersebelahan dengan Restoran Malay Village..Jalan apa? alamak fail bab nama jalan ni..yang aku tau area Taman Nong Chik..Pandai-pandai la korang cari ye..;)
Kak Wana, Azah dan suami dengan makanannya..
RM 20.90 seorang..Ok la..tapi aku lagi suka steamboat dekat kulai..lagi best kot..ke mungkin masa ni aku sebenarnya takde nafsu sangat nak makan sebab dah kenyang..kalau tak makan sebelum keluar kesian pulak MIL dah masak..huhu..
Mereka berdua ni memang lapar kot siap boleh makan dengan nasi..;p
Aku dah tak reti nak buat review pasal makan..;) sebab dah jarang sangat pergi makan kat luar..hehe..kat rumah ada makanan buat ape nak membazir makan kat luar kan..ini pun kira special occasion ada tetamu khas dari Kolej Komuniti Jelebu..;)
Di pintu masuk..suami dah kata tak nampak kalau ambik gambar kat situ..kamera handphone dah la takde flash..tapi aku degil..kiki..itulah hasilnya..;p
Kami! aku kelihatan begitu emak-emak sekali..huhu..
Thanks Azah dan Kak Wana sudi jumpa sahabat lama korang kat JB ni..agak hampa jugak la tak dapat kumpul sekali dengan Amy..takpe kita tunggu berkampung kat majlis Eylun nanti okay! InsyaAllah..
dulu masa bujang suka makan stimboat kat johor.kat danga bay=)sedap..
ReplyDelete