Assalamualaikum..
Gembira je setiap kali dengar ada je kawan-kawan yang pregnant lagi untuk anak pertama, kedua atau ketiga..macam seronok ada geng..macam la boleh pergi check up sama-sama..;) aku ni kan suka kalau buat apa-apa ade kawan..;)
Kat department aku ni aku dan akak lagi sorang tu pun pregnant..udah la sama-sama QA, kalau dua-dua cuti bersalin mungkin agak haru biru la kilang ni..Cheh! cakap macam orang penting sangat dalam kilang ni..;) Tapi takkan nak marah kat ketentuan tuhan ye tak? Dah kitorang ditakdirkan pregnant bersama-sama..beza antara aku dan akak tu cuma 1 minggu je..means belum sempat akak tu naik cuti bersalin aku pun menyusul cuti..;) tak pun entah-entah aku yang bersalin dulu..Wallahualam..;)
Pada hakikatnya kalau aku mengandung kali kedua waktu usia Zahirah belum mencecah 1 tahun aku pun tak kisah sebenarnya..macam tak fikir pun kestabilan ekonomi, kewangan, fizikal dan mental macamana..betul-betul tak kisah..cuma ada la fikir jugak masalah bila air susu berkurangan nanti macamana dengan anak aku yang masih lagi fully breastfeed masa tu..serius memang itu je aku pikir..suami pun macam tu..kami sama-sama fikir yang ‘rezeki untuk anak’ tu sentiasa ada..Anak itu pun dah rezeki tuhan nak bagi..Alhamdulillah..InsyaAllah Allah akan mempermudahkan semuanya..
Tapi jangan la mengharap je rezeki turun dari langit tanpa berdoa..Kita ni sebagai hamba-Nya, kita meminta juga pada-Nya..ye tak? Bila Allah dah bagi nikmat kat kita, kita kena la bersyukur dengan lakukan suruhan-Nya..(Peringatan untuk diri sendiri juga, manusia mudah lupa..)
Alhamdulillah syukur pada-Nya..Sejak akhir bulan lepas dah dapat berita suami akan dinaikkan pangkat..for sure mesti la gaji pun naik kan..mungkin ini juga dinamakan rezeki anak..InsyaAllah bila adik Zahirah ni keluar mesti perbelanjaan keluarga akan meningkat..sekurang-kurangnya dengan kenaikkan gaji yang suami dapat dapat menokok perbelanjaan isi rumah..Alhamdulillah..
Kalau rezeki tempat aku berkerja ni meningkat InsyaAllah ada yearly increment..tapi tak mengharap sangat pun..moga-moga ada..sebab setiap tahun ada increment takkan tahun ni takde..kikiki..;)
Semoaga Allah mempermudahkan urusan kita semua dan memberkati hidup kita..;)
Salam Jumaat semua..;)
congrats...meh share skit :)
ReplyDelete