22 November 2011

Happy Birthday Husband & Kenangan 2 tahun lepas..

Better late than never.

Sebenarnya sudah 3 hari berlalu hari lahir suami tercinta.;) Akhirnya usia beliau telah menginjak ke angka 30. Realiti yang kelihatannya sukar untuk diterima. Mana taknya, kalau berbual-bual kita cakap dia tu dah umur 30 tahun tak nak mengaku ok. Katanya selagi belum 20 November 2011 dia masih lagi berusia lewat 20-an. Tapi petang 19 November tu suami sendiri dah mengaku depan isteri dan anak dia..;)
"Esok umur aku dah 30 tahun..hahaha"
Agak sukar agaknya nak menerima kenyataan yang umur kita saban hari semakin meningkat. Tapi terpaksa hadapi jugak. Sedangkan aku sendiri tak percaya umur dah 26 tahun. Asyik la rasa diri ni barulepas SPM. Hehe..itu tak sedar diri namanya..;)

Maaflah sayang belum ada hadiah. Siapa suruh lahir 20 hb. Time tu belum lagi pay day. Ha Ha.. Kalau la 27 hb. mesti balik kerja petang tu terus siap-siap pergi dinner kat luar. Sambut sekali dengan MIL yang telah melahirkan satu-satunya anak bujang dia ni. ;) 

Kebetulan pula birthday suami jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin juga diisytiharkan cuti umum buat suami. Sudahlah hari Selasa pun cuti umum negeri Johor. Wah cuti panjang. Tak boleh jadi aku pun kena apply cuti..;) Jeles woo..ini la masanya nak balik kampung merehatkan minda.Hihi..Alasan malas nak kerja hari Isnin tu.

20 hb tu banyak betul kenduri kahwin sana-sini. Sepanjang perjalanan tu ada je khemah pangantin. Suami pun membebel:

" Haih! sana sini orang buat kerja kahwin"
" Ala..2 tahun lepas kita yang tengah sibuk buat persiapan nak bersanding.." si isteri membalas..
" Eh! Iyalah..Dah 2 tahun eh?" Buat-buat tak percaya.
Ya. 2 tahun lepas sibuk buat persiapan hari persandingan kitorang. ;) Sekejap je masa berlalu..Sengaja je masa tu pilih tarikh sanding 22 November. Sebab tu adalah tarikh kitorang declare as a couple..Haha..Ikut 1st plan kitorang nak nikah 20 hb tu. Tapi atas permintaan keluarga Majlis Pernikahan diawalkan lebih kurang 1 bulan..Sebab nak memudahkan urusan majlis. Bukan kitorang ok yang gatal nak kawin cepan..haha..


Selamat Hari Lahir Suamiku..I Love You Forever ;)
 
 

No comments:

Post a Comment