24 November 2011

5 Months

5 Month Pregnant graphics

Sekejap je masa berlalu. Minggu ni kandungan sudah masuk 20 minggu (5 bulan). Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti biasa. Sama macam masa expecting Zahirah dulu. Ada yang teka anak yang dalam perut ni perempuan jugak. ;) Tak kisah la kan. Janji anak mama sihat, sempurna dan membesar dengan baik. Perempuan ke lelaki tak kisah. ;)

Tapi kadang-kadang perasaan ingin tahu tu tinggi rasa nak pergi scan sekarang jugak. Tapi fikir-fikir nanti la dulu. Bukan dah nak pergi beli barang pun. Ongkosnya masih belum ada. ;) Rasa macam nak 'surprise' je tak payah pergi scan. Tapi aku ni bukan boleh percaya. Mesti aku pergi jugak nanti. Nak harapkan scan kat Klinik Desa Senai tu? 2 kali je kot. Itu pun scan yang kali pertama tak dia print tak nampak satu apa pun. Keluar result EDD je. Amat kurang memuaskan.

Baik aku buat dalam bentuk point, sebelum idea yilek nak update:
  1. Berat kali terakhir check up (19 weeks) adalah 67.5 kg naik 2.5 kg. Agak banyak la tengok je la selera makan. Dah la cepat je lapar. Baru je makan tengahari pukul 1 tapi dah lapar balik pukul 3.
  2. Pergerakkan baby. Dah rasa. Excited. Tapi tak terlalu kerap. Actually dalam minggu ke-17 dah ada rasa sikit-sikit. Cuma sekarang ni rasa lebih jelas.
  3. Mood. Tak tentu hala. Kadang tu tak tentu pasal je nak marah. ;) Suami la yang selalu jadi mangsa kot.  Maaf ye sayang. ;) Paham-paham la ibu mengandung. *alasan paling baik*
  4. MGTT. Minum air gula atas faktor umur. ;) Nurse cakap kalau pregnant umur 25 tahun ke atas perlu buat MGTT seawal 24 minggu sebab sekarang banyak sangat kes kencing manis semasa mengandung. Layan je la. Puasa 8 jam start pukul 11 malam then pergi klinik ambil darah pastu minum la air gula. ;) Aku minum tak habis ade lagi sikit sinki yang habiskan. Best la check up kat KD Senai sebab masa minum air gula nurse tak tunggu pun. Hahaha. Harap result ok. Kalau tak ok awal-awal pihak klinik dah call sama ada kena repeat atau pun apa yang patut.
  5. Breastfeeding. Masih menyusukan Zahirah pada waktu malam. Bila dia dah lalok-lalok nak tidur mesti dia nak menyelak punya. Rasa sakit masa hisapan pertama tu tahan je la. Kalau waktu siang tak pernah langsung mintak bf. Siang memang 100% formula milk. Agak-agak nanti kalau adik dia dah lahir dia nak balik ke DF waktu siang ek? Impian untuk anak ke-2 ni nanti pun masih sama. Harap sangat dapat beri yang terbaik selama yang mampu. Kalau boleh lebih baik dari sebelum ni. harap dipermudahkan oleh-Nya.
5 perkara je la kot setakat ni. ;) InsyaAllah ada update lagi lepas ni. Selagi baby  tak keluar. ;)

Selamat diucapkan kepada Aishah Rahim yang sedang menghitung hari. Semoga dipermudahkan oleh Allah dan apa yang diimpikan akan tercapai. Kuatkan semangat ok. ;)

7 comments:

  1. Thank you so much Yantie. Tahun lepas, kita sama-sama berdebar tunggu hari. Tahun ni kita sorang pulak kan? Next year, kita chayok untuk awak pulak. Heeeee.

    Awak take care ye. :)

    ReplyDelete
  2. kalo kite mmg x sabar. kompem nk scan tgk gender. x suke sgt surprise2 nih hehe

    take care yantie =)

    ReplyDelete
  3. kalo kite pun mesti xsabar jugk nk scan..nk tgk die gerak2 tu..teringat that moment la

    ReplyDelete
  4. @Aishah Rahim
    nanti bila nampak baby baru Aishah mesti rasa tak sabar nak bersalin..hehe..

    A'ah la kan..bezanya anak kite yang ke-2 ni tak sebaya la..;)

    ReplyDelete
  5. @sharEna
    Thanks Ena..Ikutkan hati memang tak sabar..tapi boleh rilek lagi la..;)

    ReplyDelete
  6. @aziyana

    InsyaAllah that moment will come again rite? ;)

    ReplyDelete
  7. baca entry ni jd cam tak sbr je nk preggy..hehe. harap rzeki zie preggy ALLAH bg awal :D

    ReplyDelete