21 September 2011

Kisah Jiran: Tinggal Anak

Saya adalah jiran yang agak perihatin..kata suami saya..;)

Semalam pulang dari kerja sampai di ruamh kira-kira pukul 6.15 pm..sebenarnya boleh sampai awal lagi tapi sebab nafsu ni nak membeli apa-apa pun jadi la..pergi la merayau dekat pekan Senai..Dapat belikan Zahirah one new toy dan membeli wafel Gardenia yang dalam iklan yang nampak macam sedap sangat je tu..

Selepas menghabiskan pisang goreng sebanyak RM 2 secara solo, teruskan pemanduan pulang ke rumah..Sampai di hadapan pagar rumah nampak jiran tu suami isteri keluar dengan menaiki motorsikal berdua-duaan..Aku bukan la nak menyibuk..Tapi..diorang tinggalkan ke anak diorang yang 2 orang tu.. Si kakak berusia 4 tahun dan si adik sebaya dengan Zahirah..

Sebelum mereka pergi tu si kakak melambai dari dalam rumah “Bye! Papa..Bye Papa”..Aku pun parking kereta dalam rumah..sambung tengok Nikita..MIL pun cerita apa yang berlaku sepanjang aku belum sampai ke rumah apa berlaku pada Dony dan NIkita..

Konon macam perihatin..aku bercerita dengan MIL..aku nampak jiran sebelah keluar suami isteri tak bawa anak..MIL kata mungkin ada orang besar dalam rumah tu..mungkin ada saudara mereka datang ke? Sebenarnya kami berdua memang tak sedap hati sangat..tapi fikir macam tu je la nak sedap kan hati..

MIL teruskan tengok TV dan Zahirah pun dah bangun dari tidur..aku masuk bilik air mandi..dari dalam bilik air aku dengar budak melalak..tapi sekejap diam..tak lama melalak lagi..mungkin anak jiran sebelah..lepas mandi aku pun dukung Zahirah yang sememangnya kalau petang je mesti nak ajak berjalan keluar..Aku saje berdiri depan rumah jiran aku tu..

Aku dengar si kakak tengah pujuk adik dia,,adik dia melalak dekat grill pintu depan..nak kan mama dia..anak jiran yang lain pun datang kepada aku sebab nak bermain-main dengan Zahirah..diorang pelik jugak kenapa ada baby menangis dan teriak Baby! baby! ke dalam rumah tu..lagi kuat budak tu malalak..

Emak kepada kawan Zahirah tadi pun datang..dia tanya aku kenapa budak tu melalak..aku bagitau..mama dan papa diorang takde aku nampak diorang keluar..dia pun dah risau + kesal kenapa tinggal anak berdua je kat rumah..

Try bukak pagar..EH! tak kunci!..ingat nak masuk nak tenangkan budak yang melalak tu..lama jugak dia melalak lebih setengah jam kot..tapi tak berani..sebab macam penceroboh pulak kan..lagipun grill depan pintu bermangga berkunci..

Situasi yang bahaya, kami di luar yang tanya:

Lisa! mama papa mana?

Mama papa takde..pergi pasar malam..

Siapa ada kat rumah?

Takde siapa..

Kalau orang jahat tak ke dah masuk ke dalam rumah dengan pagar depan tak berkunci

Jadi sementara tunggu mama papa diorang balik..kitorang stay je kat depan tu sambil cuba tenangkan budak tu..minta si kakak pujuk adik, bagi adik minum atau makan biskut..tapi budak tu tetap taknak..terus melalak..si kakak pandai pulak cakap “ Dia tak nak..dia nak mama dia..”

Dalam 10 minit lepas tu baru la mama papa diorang balik..rasanya ada la dekat 1 jam diorang keluar..

Ape komen korang?

10 comments:

  1. beraninyer tinggal kan anak kecik macm tu..kot ia nak beli barang sgt,suruhla en suami jer pergi..kalau jadi pape baru nak menyesal kan..adeh2

    ReplyDelete
  2. biarpon kakak dia umur 4 tahun...kita cukup marah kalau parents tinggalkan anak2 tanpa pengawasan org dewasa. at least...kalau yang jaga diorang tu form 2-3 pon dah ok. sebab diorang dah leh berpikir.

    ni main tinggal budak 4 tahun ngan adik setahun lebih...isk. tak gemor la. budak 4 tahun nak melintas jalan pon tak pandai lagi apa lagi nak minta dia jagakan adik. macam2 boleh jadi tau. mana la tau si kakak nak buatkan adik susu tetiba tertumpahkan air panas terkena tangan ke apa? nauzubillah..mintak jauhkan la.

    sori buat luahan perasaan lak. tapi kita betul2 marah kat parents budak2 tu. cian budak2 tu.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah
    memang x patut la mcm tu
    takkan sbb nk ke pasar malam sanggup tinggal anak sendiri
    kalau kita la kan, sanggup x pergi pasar malam sbb nk jaga anak
    pelik lah manusia sekarang ni


    *nasib baik tak ada apa2 yg x baik berlaku pd 2 anak kecil tu. tsk tsk.

    ^Ann http://the-wifeylicious.blogspot.com^

    ReplyDelete
  4. alahai.. macam tak sayang anak lagaknye.. aduih skang ni macam2 boleh jadi kan..kesiannya...

    ermm takut dah jadi ape2 baru nak menyesal

    ReplyDelete
  5. memey tak patut
    sorg jer ar kuar g pasar malam tu

    rasa marah lak!

    ReplyDelete
  6. tak patot..tak patot..kalo kaka tu dah beso tak pe gak la kan..ni baru 4tahun kot..ish2..

    ReplyDelete
  7. @nadeera
    memang tak patut..tak tau la macamane diorang boleh terpikir nak tinggal anak tanpa pengawasan orang dewasa..huhu

    ReplyDelete
  8. @nadeera
    memang tak patut..tak tau la macamane diorang boleh terpikir nak tinggal anak tanpa pengawasan orang dewasa..huhu

    ReplyDelete
  9. ooo ini kisahnye rupenye..hihihihi~ mmg xpatot..tp aku nk taw la ape reaksi parent bdk tu bile tgk jiran2 sebok tlg jgakn anak dorg time dorg pg pasar mlm?? xsegan ke wei?? klau da tdesak sgt kot nk kuar.bior la tebal muke mnta tlg jiran jgakn kejap anak dr bior kn anak tu melalak2 kt umah..

    ReplyDelete
  10. gilos tinggal anak cmtu je kat rumah. bln kena kat batang hidung sendiri berani la dia tinggal2. tak belajar dr kisah org lain agaknya

    pada aku mmg tak patut la dia tinggal anak cmtu je kat rumah. budak 4 tahun tu besar mana la sgt? haihhh

    ReplyDelete