23 September 2011

Berdebar..

Assalamualaikum..
Berdebar menanti hari esok..tak pernah lagi setakat ni nak wat open house panggil ramai-ramai orang ni..pernah buat last year tu pun kawan-kawan 1 tempat kerja je yang datang..lagipun masa tu aku still dalam pantang lagi..masak-masak semua suami yang handle..aku ada la tolong sikit-sikit..memandangkan masa tu Zahirah kecil lagi dan kuat tidur..senang la nak buat kerja..

Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit..lagipun kawan-kawan saudara mara semua sibuk tanya bilanya nak buat house warming..buat la sekali sekalian mengambil keberkatan bulan syawal..;) Tapi rasanya majlis birthday Zahirah tak jadi la..just akikah dan makan-makan je..serius tak sempat nak buat persediaan..tabik spring kat Aishah boleh handle majlis Nashriq aritu..aku cuma sempat buat goodies bag je berisi jajan-jajan..kek pun tak order..huhu..

Aku rasa boleh sebenarnya..tapi sebab MIL kan duduk dengan kami kan..aku rasa serba tak kena nak buat itu ini..memang la MIL tak kisah tapi entah la..sebenarnya aku yang malas kot..hehe..bab-bab menu esok bulat-bulat aku serahkan kepada suami..dia kan yang expert bab masak ni..aku tolong la apa yang patut..mungkin malam ni SIL datang menghulurkan tangan meringankan beban..;)

Semalam mesej dengan emak..Sorry mak tak dapat ambil emak kat kg  hari ini..so emak dan adik-adik akan datang esok sekali dengan makcik aku dari Simpang Renggam..Tak sampai hati jugak nak suruh emak datang naik bas..nak bawak barang lagi..takpe balik ke kampung nanti kitorang hantar emak eh..

Harap-harap ramai la yang sudi datang..takut pulak tak terhabis kambing seekor..;) Doakan semuanya berjalan lancar ye..InsyaAllah..

1 comment:

  1. gudlak yanti...sori x dpt dtg sbb jauh plak time ni...klu aku kat jb mmg aku dtg, maklumla,makan free hehe

    ReplyDelete