11 September 2011

Cerita raya..

Sangat rindu dengan blog ini..asyik-asyik bukak blog tengok bloglist then pergi blogwalking macam semangat nak update blog tetiba tutup blog tanpa ada sebarang new post..;)

Hari ini aku nekad..mesti publish 1 new post..ecececeh! Sebab belum cerita pasal raya..so bermula la cerita raya kita..

2011-08-30 10.11.24

Di pagi raya kami serba pink..raya pertama je pun dapat sedondon..;) baju melayu suami yang pink color tu entah bila nak pakai lagi..mungkin Hari Raya Aidiladha nanti kot..;) Tahun depan punya persiapan perayaan kena buat persediaan awal sikit kot sebab tahun ni punya raya entah apa-apa semua pun buat last minute..

2011-08-30 10.07.21

Anak ayah!

Hari pertama raya sambut kat Benut, Pontian..Keluarga belah aku..then tengahari tu bertolak ke Serkat, Pontian pulak (PIL site). Untungnya bila berkahwin dengan pasangan yang satu daerah..tak payah terkocoh-kocoh kot..Raya pertama dah boleh jumpa kedua-dua belah keluarga..;)

2011-08-30 09.45.31

   Dalam perjalanan ke Serkat, 15 minit pertama Zahirah tidur..boleh la siksa dengan memakaikan tudung..Hahaha..kalau celik mata jangan harap la nak lekat tudung tu barang 1 minit..

2011-08-30 10.43.31 Mereka serba biru..

Emak sebenarnya sedih raya kali ini..anak lelaki no. 2 tak balik beraya kat kampung..entah apa masalah adik aku tu aku pun tak paham..bukan nak cerita masalah kat ahli keluarga..malas aku nak ambik kisah..tapi kesian jugak kat emak..

Anak bujang tapi tak balik beraya..apa cerita..kalau dah kahwin nanti tak tahu la macamana gayanya..hmm..kalau cerita pasal adik aku ni memang spoil cerita raya..teruskan dengan cerita lain..

2011-08-30 17.46.23-1 Di petang raya..

Macam biasa songkok suami dah entah ke mana..dah petang la katakan..tapi sampin masih setia tu..;) gambar ni masa kitorang dah kat Serkat..

338656_246675348700943_100000754402879_635180_8275067_o Gambar dengan PIL and Family SIL..edisi tak cukup korum..

Petang tu jugak berangkat semula balik ke Benut..On the way tu kitorang singgah kedai kek untuk beli kek birthday emak..terharu emak..tapi tetap sedih anak bujang dia tak balik..huhu..

2011-08-30 20.42.41 selamat Ulangtahun yang ke-45 emak..

Itu la sedikit sebanyak cerita raya pertama kami..terima kasih kerana sudi membaca..;)

3 comments: