14 November 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com

Assalamualaikum..

Ya Allah dah dekat rupanya dengan due contest Aishah..punya la bertangguh nak buat entry ini tapi hari ini kena jugak usahakan siap..;) Maaf ye Aishah..

Sebenarnya bukan exited sangat dengan contest ni..tapi rasa macam nak memenuhi tanggungjawab sosial..apakah?..macam nak meluahkan isi hati la kenapa suka baca blog Aishah yang simple, cute dan isi blog yang menarik..;)

Seingat-ingat aku aku jumpa blog Aishah masa tu tengah pregnant Zahirah..dah dekat-dekat jugak la nak bersalin kot masa tu..dalam 7 ke 8 bulan kot..serius hilang ingatan..masa tu konon tengah cari la apa persiapan orang nak bersalin..then jumpa blog Aishah yang masa tu dah beli beberapa kelengkapan selepas melahirkan..antaranya breastpump..aku tengok la kat mana dia beli..pastu tertarik pulak dengan tunku moden..pastu terjebak la dengan blog Aishah ni dan baca rasanya sampai nak khatam kot http://myaishah.blogspot.com..

Balik rumah on lappy pun terus bukak http://myaishah.blogspot.com..macam ketagih nak baca semua post-post Aishah..tak tahu la kenapa..siap cerita kat suami pasal apa yang aku baca tentang puteri bidadari Aishah dan Wahid yang pertama Nur Anis Nashrah..sangat tersentuh..aku kagum dengan Aishah..dalam kesedihan dalam kehilangan boleh lagi nak mengarang dengan bahasa sangat baik teratur yang aku sendiri kalau menghadapi situasi macam tu takkan mampu bertabah seperti Aishah..

Macamana aku start berkenalan dengan Aishah kalau tak silap aku hantar mesej kat chatbox dia atau tinggalkan komen kat entry dia..kebetulan pulak masa ternampak ticker kat belah kanan blog Aishah yang kitorang punya due date adalah sama iaitu 25 August 2010..terus rasa excited..macam berteka-teki jugak la agaknya siapalah yang bersalin dulu..;) setiap hari kot nak tengok entry terbaru siapa yang bersalin dulu..lagi yang seangkatan masa tu tarikh nak dekat-dekat antaranya Sha Mama Raisya dan Xeea Mama Alfiy..

Lagi satu yang membuatkan aku rasa rapat dengan Aishah mungkin sebab kami ni rakan sebaya la..;) tapi aku rasa penulisan Aishah kat blog lebih matang dari aku..aku ni dah la entah apa-apa kadang-kadang tu..;)

Kali pertama jumpa Aishah adalah di rumahnya sendiri..masa tu Aishah duduk di Ulu Tiram..Ceritanya di sini..Walaupun baru pertama kali jumpa dah macam kenal lama..Masa tu jugak dapat berkenalan dengan Kak Nani dan Kasih, Fashya dan Husna, Jaja dan Myiesha, Kid dan Haqq dan jugak Dayu dan Eisya..

Lepas dah jumpa pertama kali tu bila ada event apa-apa sama-sama pergi..macam masa Program Penyusuan Susu Ibu kat UTM..memang seronok la buat aktiviti sama-sama..kali terakhir jumpa Aishah masa open house rumah dia raya yang lepas..sekarang tak sabar pulak nak malawat Aishah dan keluarga dengan baby baru..;)

Kite doakan semoga dipermudahkan  ye Aishah..;)

Kesimpulannya saya memang suka baca http://myaishah.blogspot.com disebabkan oleh perkara yang tertulis di atas..;)

1 comment:

  1. This is so sweet Yantie. Thanks for joining this contest. Sabtu ni dah tarikh tutup kan? Nanti kita umum pemenang eh? :))

    ReplyDelete