04 May 2010

Risiko Penyusuan Susu Formula kepada Bayi & Kanak-kanak

Wah berilmiah betul tajuk entry hari ni..hehe..disebabkan kena menunggu 2 jam untuk di ambil darah sekali lagi..mari aku kongsikan maklumat yang aku dapat daripada Brochure Program Titian Kasih yang ada kat klinik ni:

1. Meningkatkan Risiko Asma

Risiko penyakit asma adalah 50% lebih tinggi dikalangan bayi yang diberi susu formula berbanding dengan yang diberi susu ibu selama 9 bulan atau lebih (Kajian di Kanada).

2. Menigkatkan Risiko Alahan

Kanak-kanak di Finland yang diberikan susu ibu paling lama mempunyai risiko paling rendah untuk mendapat atopi, ekzema, alahan makanan dan sistem pernafasan.

3. Mengurangkan Perkembangan Kognitif

Kajian di UK menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu semasa peringkat umur bayi memberikan kesan yang positif atas pencapaian pendidikan apabila seseorang itu berumur 26 tahun dan keupayaan kognitif apabila seseorang itu berumur 53 tahun.

4. Meningkatkan Risiko Jangkitan Pernafasan

Di negara maju, bayi yang diberi susu formula mengalami jangkitan respiratori lebih dari 3 kali ganda lebih teruk berbanding dengan bayi yang dibei susu ibu secara ekslusif selama 4 bulan atau lebih.

5. Pembentukan Rahang dan Gigi yang Tak Sempurna

Pemyusuan susu ibu membentuk gigi yang lurus dan teratur. Tapi sebaliknya pada penggunaan susu formula dengan botol.

6. Risiko Jnagkitan Susu Tercemar

Semua sudah sedia maklum bahawa susu ibu adalah yang paling selamat. Kejadian wabak Enterobacter sakazakii daripada susu formula tercemar telah menyebabkan kematian seorang bayi di USA dan @ di Belgium. Tak lupa juga kes Melamine di China yang menyebabkan kematian bayi dan kanak-kanak.

7. Risiko Kekurangan Zat Makanan

Bayi yang diberikan susu formula didapati mempunyai risiko kekurangan zat makanan yang lebih tinggi.

8. Risiko Kanser di kalangan Kanak- kanak

Kajian mendapati bahawa bayi yang berumur antara 9-12 bulan yang tidak pernah diberi susu ibu menunjukkan kerosakan genetik yang boleh menyebankan penyakit kanser.

9. Risiko Penyakit Kronik

Bayi yeng diberikan susu formula mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes.

Penyusuan susu ibu pada umur 4 bulan didapati boleh melindungi bayi daripada Diabetis Jenis I dan jenis II.

Penyusuan susu ibu juga didapati dapat mengurangkan para kolestrol dan LDL darah kanak-kanak yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung apabila dewasa.

10. Risiko Obesiti

Secara jelas dapat dilihat pada perkembangan kanak-kanak zaman ini. Kanak-kanak yang tidak pernah menyusu susu ibu  mempunyai 40% lebih tinggi berbanding mereka yang menyusu susu ibu secara ekslusif.

11. Risiko Jangkitan Saluran Perut dan Usus

Cirit birit adalah 2 kali lebih tinggi dikalangan bayi yang hanya diberi susu formula atau diberi susu ibu kurang dari 3 bulan berbanding dengan mereka yang diberi susu ibu lebih dari 3 bulan.

12. Meningkatkan Risiko Kematian

Penyusuan susu ibu secara ekslusif boleh menurunkan kadar kematian sebanyaj 20% apabila kelahiran dapat dijarakkan sekurang-kurangnya 2 tahun.

13. Risiko Otitis Media dan Jangkitan Telinga 

Kejadian otitis media meningkat dengan pengurangan tempoh dan kadar penyususan susu ibu secara ekslusif.

14. Risiko Pencemaran Persekitaran

Kajian di Belanda menunjukkan bahawa perkembangan kognitif pada umur 6 tahun terjejas akibat pencemaran polychlorinated biphenyls (PCBs) dan dioxin. Penyusuan susu ibu didapati boleh mengurangkan kesan pencemaran ini.

 

P/s: Harap info ni dapat membantu ibu2 diluar sana dalam pemberian susu yang terbaik untuk perkembangan anak kita..

2 comments:

  1. bagus2..perlu banyak agi entry2 yang dapat bertukar info di kalangan ibu muda macam kita ni..muda ke 25 tahun?hahahahaha!

    ReplyDelete
  2. ilyia: harus la mengaku muda..belum jejak pun 30..haha

    ReplyDelete