Start menaip waktu kul 12.00 tgh malam..aku belum tidur lagi..entah la mata tak mengantuk plak..penangan tadi tidur kat tempat kerja..2 jam aku tidur..campur dengan waktu rehat..bila sampai tempat kerja je masa rase tak boleh nak tahan mengantukknya..maafkan lah ibu mengandung ni ye..;p
Malam ni tak rase sorang sorang macam malam semalam..sebab lepas suami pergi kerja aku pergi hantar beg sekolah (kesian beg sekolah tak bertukar tahun ni dah koyak rabak) anak buah suami aku terus gerak ke Mutiara Rini rumah makcik aku..
Sampai je macam biasa la disambut oleh Aish dan Hadif yang sememangnya kecoh..2 beradik macam ada 6 7 beradik..rumah punya la tunggang langgang..nanti bila aku pulak yang ada anak macamane la agaknya..harap la dapat uruskan semuanya dengan baik..
Bila kat rumah makcik aku ni aku tidur kat bilik yang dulunya bilik aku..banyak kenangan bilik ni..;p sekarang bilik ni dah jadi bilik adik lelaki aku pulak..kalau dah nama bilik budak lelaki korang paham paham je la..bersepahnya macamane..kalau datang mood rajin dia satu rumah dia kemas sampai la ke dapur dan ke bilik air..kalau tak memang jangan harap la kat budak bujang tu..
Panjang pulak intro..hehe..bukan ape..bila dah dok kat bilik ni teringat la pulak zaman2 belum kahwin dulu..haha..terutamanya bila dah nak tidur ni..
Perkara yang selalu buat sebelum tidur:
Berangan-berangan sebelum tidur—> biasa la tu kalau orang bercinta..eh? korang tak eh? maknanya aku tak normal ke? haha..ala kalau tak berangan dulu mane nak jadi kenyataan..cuma jangan angan angan mat jenin je..
Membaca—> dulu aku rajin la jugak membaca..sekarang ni memang hampeh..aku suka baca majalah/novel..tapi sekarang dah kurang sangat..mesti pengetahuan am aku kurang..Huhu
Bergayut—> bukan gayut kat pokok tu macam nak bagi tambah ketinggian ke ape..baergayut di talian..hehe..(sekali lagi ayat ni digunakan) biasalah orang bercinta..hehe..bila nak tidur kena dengar suara dulu..eceh! pastu baru la boleh tidur..hehe..
Tertidur semasa dalam talian—> Haha..ni paling kerap berlaku..aku suka tertidur time tengah cakap2 kat handphone..aku ni bukan boleh nak tahan ngantuk..kalau dah ngantuk tak kira situasi mesti aku akan tertidur..dah kesian orang kat hujung talian cakap sensorang..kalau nak haru lagi 2 2 pun tertidur..mentang mentabglah pakai postpaid..then ade free voice/ video call..kalau tak bill datang melambung2 sape nak bayar? Hehe..Pastu cakap kat telefon sampai panas la telinga dibuatnya..sekarang dah tak la..takkan dah dok serumah nak bercalling2 pulak kan..;p
Pikir ape nak jadi esok—> Ini perlu..persediaan diri sebelum menghadapi hari esok..disamping tu muhasabah diri..hmm..kalau buat tak tau je mesti kalau masuk keje sok mcm ade je yang tak kena..ni aku buat sampai sekarang..
Sebenarnya banyak lagi benda buat sebelum tidur..tapi ni dah rase ngantuk pulak..nak tidur dah..sebelum tu nak call suami..kata tak boleh tidur kalau tak dengar suara..;p Hehe..
Adab tidur:
- Muhasabah diri sebelum tidur
- Sunat berwudhuk sebelum tidur
- Tidur seawal mungkin selepas Solat Isya’
- Membaca Ayatul Kursi, Surah 3 Qul dan doa tidur
- Tidur mengiring
- Membaca doa bangun tidur apabila bangun dari tidur
Selamat malam..
Nape g mutiara rini x sgh umah aku?
ReplyDeletepernah pulak ko bgtau ko area mane..bakti ke jasa ke utama?
ReplyDeleteJasa ha3
ReplyDeletela yeke? ko dok depan umah makcik aku ke? haha..jasa 9/3..
ReplyDeletetak2..aku pangsapuri jasa, blok Q...ajakla suami ko dtg..tp aku hidang milo ngn biskutla,maklumla org bujang ha3
ReplyDelete