Ok information ni pun aku dapat daripada brochure Program Titian Kasih masa aku menunggu lebih 2 jam kat klinik 2 minggu lepas..
Risiko Penyusuan Susu Formula kepada Ibu:
1. Meningkatkan Risiko Kanser Payudara
2. Meningkatkan Risiko Berlebihan Berat Badan
Kajian di Brazil mendapati bahawa ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu selama 180 hari dapat mengurangkan berat badan ibu sebanyak 0.44 kg setiap bulan berbanding dengan ibu yang hanya menyusukan bayi selama 30 hari.
3. Meningkatkan Risiko Kanser Ovari dan Endometrium
Kajian menunjukkan semakin lama seseorang ibu menyusukan susu bayi atau semakin ramai bilangan anak yang diberi penyusuan susu ibu semakin rendah risiko ibu mendapat kanser tersebut.
4. Meningkatkan Risiko Osteoporosis
Kajian mendapati ibu yang ramai anak dan menyusukan bayi bagi jangka masa yang lama mempunyai ketumpatan tulang yang sama atau lebih tinggi serta risiko kerapuhan tulang yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak pernah menyusukan bayi.
5. Mengurangkan Perlindungan daripada Kehamilan Secara Semualajadi
Penyususn susu ibu merupakan salah satu kaedah merancang keluarga secara semulajadi. Jarak kehamilan adalah lebih panjang bagi mereka yang mengamalkan penyusuan susu ibu secara ekslusif.
6. Meningkatka Risiko Rheumatoid Athritis
Semakin lama ibu menyusukan bayi semakin kurang ibu mendapat risiko penyakit Rheumatoid Athritis.
7. Meningkatkan Tekanan dan Kerisauan Ibu
Kajian mendapati ibu yang menyusukan bayi mempunyai mood yang lebih positif, kurang tertekan dan kurang cepat marah. Ini adalah kerana hormon prolaktin yang dihasilkan yang dapat mengurangkan tekanan kepada ibu.
8. Meningkatkan Risiko Diabetes
Kajian menunjukkan semakin lama ibu menyusukan bayi, semakin rendah risiko mendapat diabetes. Ianya berkurangan sebanyak 15% bagi setiap tahun penyusuan susu ibu diamalkan.
Harap2 aku dapat breastfeed anak aku secara ekslusif bila ‘dia’ dah lahir nanti..Semoga aku dapat kekuatan untuk itu..
No comments:
Post a Comment