Dah lama rasenye tak masak kat umah..balik kerja pun selalu dah lambat..selalunya lepas maghrib baru sampai rumah..sampai rumah selepas menempuh traffic jam lagi siap2 bahan nak masak dah lepas isyak baru siap nak makan..camne nak bagi laki aku kurus camni..hehe..masalahnya lagi si suami pulak balik dari kerja paling awal kul 9 sampai rumah..jadi tak dapat nak dielakkan kena makan lewat malam..
Kul 9 kira lewat la kan..sepatutnya lepas kul 8 jangan makan lagi..baru la boleh kurangkan berat badan..emm..harap2 la result MGTT yang aku wat hari rabu tu negatif..kalau tak abis la..huhu..Harap2 semuanya ok..
Balik pada tajuk..(suka melalut buat intro karangan yang gerenti takde point..haha) Menu makan malam jumaat kami adalah Ikan cencaru sumbat dengan sayur kailan goreng bersama udang..lega suami cakap sedap..main hentam je masak..hehe..
Resepi seperti biasa amik kat MyResepi.com..dan juga dimodified oleh chef yantie..tetiba jadi chef..hehe..
Ikan Cencaru Sumbat
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang)..aku failed belah belakang ni..dahla guna ikan cencaru kecik2 siang cam biasa pastu belah belakang ikan tu..haha..aku guna 5 ekor ikan bersaiz kecil..
- *2 ulas bawang besar
- *3 ulas bawang putih
- *1 inci halia
- *1 inci kunyit hidup
- *sedikit belacan
- *sedikit manisan/gula melaka
- garam dan serbuk perasa secukupnya
- 2 s/b cili kisar
- sedikit air asam jawa
Cara-cara
- Bahan2 yang bertanda * ditumbuk sehingga hancur/ lumat.
- Kemudian satukan bahan tumbuk dengan cili kisar dan air asam jawa. Selepas itu adjust rasa dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke belakang ikan yang telah dibelah.
- Selepas itu bolehlah bakar hingga masak..masuk oven lagi senang..tapi aku pakai kuali je atas dapur..
Senang je kan..tapi gambar tak amik..malu nak tunjuk kat blog ni..haha..Disebabkan ade ramuan lebih sebab kan aku pandai2 modified resepi orang..then aku jadikan bahan yang nak disumbat belakang ikan tu sebagai perencah untuk masak kailan goreng..tambahkan beberapa ekor udang..Fuuhh!! sedap..Hehe..
Kesimpulannya..jadi isteri tak yah pandai masak sangat..masak je dengan tambahan cinta dan kasih sayang untuk dihidangkan pada suami..sedap tak sedap belakang kira..kalau tak nak makan boleh merajuk sampai esok..hahaha..
Tapi suami saya sangat baik..mesti dia akan makan jugak even membebel cara masak yang sebetulnya..Thanks sayang..;p
No comments:
Post a Comment