30 December 2014

Zahirah| Tadika Agama Johor

Assalamualaikum.

Tahun 2015 Zahirah dah wajib untuk enrolled sekolah tadika. Mama tak survey banyak tempat pun. Fokus sekolah yang dekat dengan rumah je. Senang. Lagipun MIL kan memang ada kat rumah je selalu. Ayah pun kerja kawasan Senai je. Kalau ada apa-apa pun senang nak attend. Sebelum hujung tahun ambil borang Pra Sekolah kat SK Senai Utama dan Tadika Agama Johor, Sekolah Agama Senai Utama.

Lastly memang decide terus masuk TAJ je senang. Cikgu pun dah call untuk buat pengesahan.

 

DSC_5523

 

Baru buat pengesahan. Ingatkan haritu datang bayar yuran sekali. Rupanya ukur size baju. Yuran semua termasuk sekali dengan uniform, buku-buku n takaful sekali.

 

DSC_5522   Senarai Yuran Tadika Agama Johor.

 

DSC_2902

Nak sekolah dah kakak. Cepatnya masa berlalu. Moga kakak jadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, dan belajar besungguh-sungguh. Jadi insan yang berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara. ;)

Zahirah ke Tadika Agama Johor.

Assalamualaikum.

Tahun 2015 Zahirah dah wajib untuk enrolled sekolah tadika. Mama tak survey banyak tempat pun. Fokus sekolah yang dekat dengan rumah je. Senang. Lagipun MIL kan memang ada kat rumah je selalu. Ayah pun kerja kawasan Senai je. Kalau ada apa-apa pun senang nak attend. Sebelum hujung tahun ambil borang Pra Sekolah kat SK Senai Utama dan Tadika Agama Johor, Sekolah Agama Senai Utama.
Lastly memang decide terus masuk TAJ je senang. Cikgu pun dah call untuk buat pengesahan.

DSC_5523

Baru buat pengesahan. Ingatkan haritu datang bayar yuran sekali. Rupanya ukur size baju. Yuran semua termasuk sekali dengan uniform, buku-buku n takaful sekali.

DSC_5522   Senarai Yuran Tadika Agama Johor.

DSC_2902
Nak sekolah dah kakak. Cepatnya masa berlalu. Moga kakak jadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, dan belajar besungguh-sungguh. Jadi insan yang berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara. ;)

22 December 2014

Family Day 2014 – Pulau Tioman (Part II)

Hari ke-2 untuk pagi tu free and easy. Aktiviti sendiri. Sebelum bertolak Account Department ada bagi voucher RM10. Means untuk aktiviti yang kita nak join dapat la less RM 10 (company bayarkan kot). ;) Tak ingat dah masa tu bangun pukul berapa. Tapi malam pertama memang bukan dapat tidur nyenyak sangat pun. ;) Rasanya pukul 7 ke 8 pagi kami dah keluar dari bilik.

DSC_5014

Naik bas Berjaya Resort pergi ke Jeti Tekek semula kononnya nak pergi Duty Free Zone. Sekali belum bukak daa. Baru je pukul 8.30 kot masa tu. Pukul 10 dan ke atas baru bukak. Agak sia-sia juga la. Cuma dalam perjalanan dapat la tengok keluang bergayut kat pokok tengah tidur. Biawak berkubang dalam sungai and tengok pemandangan Kampung Tekek. Tak luas mana pun. Ada juga aktiviti kat pekan Tekek tu kalau nak join tapi tak kuasa la nak survey masa tu. Sebab selalin aku ada lagi 2 orang mak buyung yang ikut.. Hehehehe.

 DSC_5015

Ketiduran abang dan kakak tunggu giliran.

Hajat dihati mak buyung masa tu nak la pergi snorkeling. Tapi si suami tak approve. ;p Maka pasrah je la kami naik Glass Bottom Boat. Tak ingat la berapa fees. Nanti kalau ingat aku update semula ye. ;)

DSC_5020

Dapat la tengok coral. Subhanallah cantik sangat. Cari Nemo tak jumpa pulak. ;)

Aktiviti Snorkeling dan Glass Bottom Boat ni kat area Pulau Rengis. Rasanya kalau dapat snorkeling barulah aku akan lebih berpuas hati. Disebabkan keadaan mengandung masa tu sabar je la.. :)

 

DSC_5041

Peserta terakhir Glass Bottom Boat. :)

Sebenarnya walaupun peserta trip last untuk tengahari tu kitorang agak beruntung la sebenarnya. Dapat tengok ikan lumba-lumba. Dolphin bahasa omputihnya. ;) Tapi dalam kamera ni takde gambarnya. Tau je la dolphin ni bergerak biasanya dalam kumpulan. Tak sempat nak snap gambar dah la atas bot kan. Paling sikit 2 ekor lepas tu laju je pergerakkan diorang. Pakcik yang bawak bot ni pun kira sporting nak kejar dolphin tu nak bagi kitorang tengok jarak dekat. Hihi.

 

DSC_5044

Peserta lain. En. Esa dan isteri. Kakak tu silau sangat la tu. ;)

 

DSC_5027

Encik suami yang sibuk record pemandangan pulau. ;)

Balik je dari aktiviti ni terus je pergi makan. Tak peduli dah masa tu basah-basah buat tak tahu je. Sebenarnya penat menunggu giliran je tu. Sebab Glass Bottom Boat activity tu around 1/2 hour je. Lepas makan anak-anak request nak mandi kat swimming pool. Layan je. :)

Balik dari mandi terus tidurkan anak-anak sebab malam ada dinner. Kalau tak cukup tidur mau diorang meragam sepanjang acara berlangsung. Ada macam-macam aktiviti malam tu tapi kami jadi penonton je. Penat melayan Imran yang tak reti dok diam keluar masuk hall.

 

DSC_5051

Red carpet.

 

DSC_5062

Mama keluar bilik awal masa ni. Lepas solat maghrib je terus siap-siap ke dinner hall sebab jadi AJK Pendaftaran untuk staff and workers. Jadi kena la datang awal. Ayah yang siapkan anak-anak. First time kot ayahnya siapkan anak-anak 2 2 sekali. Baju semua mama dah siapkan tinggal mandikan and pakai baju yang dah disediakan. Rambut kakak ayah yang ikatkan. Membebel-bebel dia kata ayah tak pandai ikat rambut kakak. Hahahaha. Tengok la muka kakak tu.

 

DSC_5066         Farid dan isteri. Anaknya entah kemana. :) Hebat sangat sekali bawak 3 botol susu.. ;p

 

 DSC_5055  Meja hidangan. Tak sempat nak tangkap gambar makanan satu-satu.

 

Tengok pulak gambar dari photographer:

Day 2-0184Mok mok nya saya! ;)

Day 2-0100

Day 2-0107

Day 2-0115 Persembahan.

Day 2-0018

End of Day 2.

Family Day 2014 – Pulau Tioman (Part 1)

Harap-harap tak basi lagi cerita ni. Kah! Kah! Kah! Kisah terjadi bulan Jun. Hujung tahun baru nak cerita kan. ;) Nasib la. Sebagai kenangan dan untuk bacaan serta tatapan masa depan ku gagahkan diri juga update pasal ni. Hehehe.

 

DSC_4904

Pukul 3 pagi berkumpul lah staff dan pekerja Zara Foodstuff diperkarangan kilang. Semangat menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke jeti mersing. Perjalanan dalam 2 jam singgah solat subuh di bandar Mersing. Lepas tu teruskan lagi perjalanan ke Jeti Mersing.

 

DSC_4908

Kakak tak tidur pun dari tengah malam tu. lagi sejam nak sampai Mersing baru la nak tidur. Apa lagi tantrum la dia. Baru nak tidur dah kena bangun semua orang nak solat subuh. Imran pun sama. Sepanjang Mama solat sepanjang masa tu la dia melalak. Sabar je la.

DSC_4910

Suasana dalam bas. Masa ni baru je naik bas nak bertolak. Tak penuh pun semua seat ni. Semua orang kena ingat sape kawan masing-masing dalam bas sebab balik nanti pun geng yang sama. Kakak duduk sebelah mama. Imran lepas tidur passed kat Ayah.

 

DSC_4914 Sampai pun Jeti Mersing.

 

DSC_4916

Yang bestnya masa pergi ni memang 1 feri khas untuk staff and pekerja Zara Foodstuff je. Jadi takdelah bersesak-sesak sangat. Tapi 2 trip juga la sebab staff dan pekerja je dah hampir 150 orang belum termasuk pasangan dan anak-anak.

 

DSC_4917 Suasana di Jeti Mersing.

 

DSC_4919

Bagi chance la kat kami. Hihihi Masa ni tengah pregnant Adwa 7 bulan. Muka pun kembang semacam kan. ;)

 

DSC_4927

Wefie dalam feri..;) Masa ni Imran tidur tapi Zahirah tak tidur langsung kot. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau tioman (Kg. Tekek) dalam 1 jam 30 minit. Best la tengok pemandangan laut tapi mengantuk yang amat dalam bas tidur-tidur ayam je kan.

DSC_4929Semua warga Zara.

 

DSC_4932 Anak-anak Puan Sarina.

Rasanya diorang pun tak tidur sampai la ke Jeti Pulau Tioman. Excited tengok laut. Gambar dah sampai Jeti takde capture pulak. Tau je la masa tu sampai dengan matahari dah mula nak terik. Tunggu kenderaan dari pihak Berjaya Resort ulang alik beberapa trip baru dapat naik dan sampai ke bilik masing-masing.

 

DSC_4953 Bilik Air.

Susahnya nak recall apa yang berlaku 6 bulan lepas kan. Nak ingat duduk bilik jenis apa pun tak ingat-ingat. ;) Rasanya untuk kami 1 family duduk bilik Superior dan ambik 1 extra bed. Tapi tak berapa guna sangat pun bed tu. 4 beranak tidur atas satu katil.

 

DSC_4955

 

DSC_4957

Imran sampai bilik je terus nak main telefon. Hahaha Kat rumah mana ada telefon kan. Tu yang jakun sikit anak saya. ;p Si kakak tu dah tak menahan la tu nak kencing. Seksi sikit ye. ;) Sampai je bilik mandi-solat terus tidur. Nasiblah sampai agak awal. Pukul 5 dah nak start aktiviti sukaneka.

DSC_4972 Aktiviti sukaneka. Ibu mengandung duduk tepi je masa ni..;)

 

DSC_4976

Kakak dan Imran dah siap-siap bawak peralatan nak main pasir diorang. Tak peduli dah orang lain nak bersukaneka ke apa. Diorang ralit je main pasir berdua. Ok la jugak. Kalau tak si Imran asyik la ajak Mama terjun laut. ;)

 

DSC_4986 Terompah gergasi untuk peserta lelaki.

 

DSC_5004 Peserta perempuan yang tengah tunggu terompah dari peserta lain. :)

Next gambar dari photographer. Kalau nak upload semua tak terkira banyaknya. Jadi yang terpilih je la ye.

 

Day 1-0235 Haha tak tau ni gaya apa dari Yazid. Baju biru tu suami saya. ;)

 

Day 1-0058 Aksi Elman pancing tin minuman. ;)

 

Day 1-0064 Eh! mane Imran?

 

Day 1-0067

Jejaka-jejaka perut ke depan..kihkihkih

 

Day 1-0075 Acara kanak-kanak.

 

Day 1-0128 

Acara kemuncak. Tarik tali. Masa ni aku dengan anak-anak dah takde kat sini. Tengah berendam dalam pool. Tak tahan dah. Panas kot. Suka Zahirah dengan Imran dapat main air. Pool pulak dekat dengan tempat makan. Setiap kali makan terpaksa la elak-elak nak bagi diorang tak nampak pool. Kalau tak asal nak makan je dia mintak bukak baju nak mandi..;)

 

Malam macam biasa la sesi makan-makan sambil ade aktiviti santai. Disebabkan kepenatan anak-anak tidur tak dapat nak join aktiviti.

 

Day 1-0038 Bab makan Amir No. 1 ;)

 

Day 1-0017 Beratur, jangan berebut ye. :)

 

Day 1-0028

End of Day 1.

20 December 2014

Night Outing

Dah lama tak keluar jalan-jalan waktu malam. Semenjak anak dah 3 ni. Si abang pulak selalu out of control. Nak kurangkan risiko penat cari anak hilang baik duduk rumah diam-diam. Tengok la Astro yang banyak-banyak channel tu kan. Kalau tak rugi je bayar mahal-mahal setiap bulan. Hehehe..

Tapi ni kebetulan Nyaie datang buat surprise la pulak. Nak tengok anak cucu kat Johor Bahru. Ambik kesempatan yang ada jalan-jalan dengan Nyaie. Mak tak ikut. Adik-adik, sepupu pakcik dan makcik je ada.

 

DSC_5432

 

Nyaie yang belah kanan sekali. Takkan la pulak yang tengah pegang anak tu kan.. ;p Umur Nyaie dah 70++ tapi masih kuat lagi kadang tu berkeras nak datang JB naik bas. Tapi anak-anak semua tak bagi. Yelah kan kalau apa-apa jadi kan susah. Sebagai anak kena la hiburkan hati ibu bapa buat diorang happy sementara mereka ada lagi kat muka bumi ni. ;)

 

DSC_5366

Yang bertuah dapat ikut adalah abang Imran. Adik Adwa tidur, Kakak pun tidur jadi bawak lah abang. Kalau boleh nak je angkut semua kan. Tapi kesian pulak kat Adwa kalau nak keluar malam-malam. MIL pun suruh tinggal je Adwa kat rumah. Jadi Mama dan Ayah feeling feeling la anak baru sorang. Hihihihi. Abang Imran pulak feeling macam anak tunggal. Seluruh perhatian pada dia je. Mana taknya dibuatnya semua tempat macam jajahan takluk dia. ;)

 

DSC_5369

Ini kat Country Garden. Kawasan yang tengah membangun. Keliling sibuk dengan construction. Sampai ke malam diorang buat kerja. Tung Tang Tung Tang. Baju biru tu pakcik saya and yang sebelah tu wife dia. Terima kasih bawak Nyaie datang JB. Hari ni birthday Cik Nan (21.12.2014) yang ke 45. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. ;)

 

DSC_5375

Boleh pulak ade penyu kat situ. ;) Soalan: Penyu jenis apakah? Buatan? Tiruan? Jadian? Plastik? Batu? Hahaha Yang penting Imran takut nak datang dekat sangat. Macam real pun ada.;)

 

DSC_5386

Gambar ni dalam show house dia kot. Jalan-jalan bukan ada niat nak beli unit kondo dalam ni pun. Hehehe Just nak tengok pemandangan waktu malam. ;)

 

DSC_5388

Macam ni la kalau dah siap. Tak tahu la tahun bila nak siap. Nanti mesti rasa “Eh! sekejapnya dah siap!” ;) Besar gila kot. Huhuhu.

DSC_5401

Malam semakin malam. ? Malam semakin pekat? Haha whatever la kan. Teruskan perjalanan ke arah Bandaraya Johor Bahru.

 

DSC_5416

Angkatan tak cukup korum. Patutnya ada lagi3 orang tak ada. Ni kat Bus Stop depan MBJB dan Post Office.

DSC_5426 

Tak tahu pun tempat ni tempat apa. Makcik panggil i-City JB. Tau dah sampai je. ;) Susah betul nak tangkap gambar dengan dia. Tu dah meronta-ronta la tu. Luas kawasan dia nak berlari.

 

Bawah ni gambar yang kitorang pergi sebelum ni. ;)

 

DSC_0057

 

DSC_0049

 

DSC_0052

Kebetulan pulak Imran pakai baju yang sama..;)