18 December 2014

Adwa.

Belek-belek handphone, banyak gambar.. Tapiii entah bilanya nak update blog. ;) Entah bilanya baru nak sempat.. Setiap tahun bayar je domain tapi tak update. Alangkah ruginya.. Nah la entri sekadar melepaskan batuk ditangga.. ;p Moga menjadi permulaan yang baik untuk kembali semula berceloteh di sini.

DSC_0181

Adwa Binti Azan.

Beberapa jam selepas dilahirkan. Mudah diuruskan, tak banyak ragam. Cuma masa awal-awal je ada la 2 3 kali kembung perut. Tapi walaupun kembung perut muka steady je. Cuma tak boleh nak tidur. Mungkin salah mama juga kadang-kadang apa-apa je masuk dalam perut. ;)

Sekarang sudah 3 bulan 3 minggu. Dah pandai bergelak ketawa bila di agah. Pandai ajak berbual bahasa baby. Redha je dengan apa sahaja yang diperlakukan oleh abang dan kakak. Satu-satunya anak mama yang bila nak tidur hisap jari. So cute.

Moga membesar dengan sihat dan cerdas. Menjadi anak yang solehah dan berguna kepada agama dan keluarga.

Adwa membawa maksud cahaya. Moga menjadi peyuluh, penerang di kala 'gelap’ dan menjadi penasihat/ yang mengingatkan di kala ‘terang’.

No comments:

Post a Comment