Harap-harap tak basi lagi cerita ni. Kah! Kah! Kah! Kisah terjadi bulan Jun. Hujung tahun baru nak cerita kan. ;) Nasib la. Sebagai kenangan dan untuk bacaan serta tatapan masa depan ku gagahkan diri juga update pasal ni. Hehehe.
Pukul 3 pagi berkumpul lah staff dan pekerja Zara Foodstuff diperkarangan kilang. Semangat menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke jeti mersing. Perjalanan dalam 2 jam singgah solat subuh di bandar Mersing. Lepas tu teruskan lagi perjalanan ke Jeti Mersing.
Kakak tak tidur pun dari tengah malam tu. lagi sejam nak sampai Mersing baru la nak tidur. Apa lagi tantrum la dia. Baru nak tidur dah kena bangun semua orang nak solat subuh. Imran pun sama. Sepanjang Mama solat sepanjang masa tu la dia melalak. Sabar je la.
Suasana dalam bas. Masa ni baru je naik bas nak bertolak. Tak penuh pun semua seat ni. Semua orang kena ingat sape kawan masing-masing dalam bas sebab balik nanti pun geng yang sama. Kakak duduk sebelah mama. Imran lepas tidur passed kat Ayah.
Yang bestnya masa pergi ni memang 1 feri khas untuk staff and pekerja Zara Foodstuff je. Jadi takdelah bersesak-sesak sangat. Tapi 2 trip juga la sebab staff dan pekerja je dah hampir 150 orang belum termasuk pasangan dan anak-anak.
Bagi chance la kat kami. Hihihi Masa ni tengah pregnant Adwa 7 bulan. Muka pun kembang semacam kan. ;)
Wefie dalam feri..;) Masa ni Imran tidur tapi Zahirah tak tidur langsung kot. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau tioman (Kg. Tekek) dalam 1 jam 30 minit. Best la tengok pemandangan laut tapi mengantuk yang amat dalam bas tidur-tidur ayam je kan.
Rasanya diorang pun tak tidur sampai la ke Jeti Pulau Tioman. Excited tengok laut. Gambar dah sampai Jeti takde capture pulak. Tau je la masa tu sampai dengan matahari dah mula nak terik. Tunggu kenderaan dari pihak Berjaya Resort ulang alik beberapa trip baru dapat naik dan sampai ke bilik masing-masing.
Susahnya nak recall apa yang berlaku 6 bulan lepas kan. Nak ingat duduk bilik jenis apa pun tak ingat-ingat. ;) Rasanya untuk kami 1 family duduk bilik Superior dan ambik 1 extra bed. Tapi tak berapa guna sangat pun bed tu. 4 beranak tidur atas satu katil.
Imran sampai bilik je terus nak main telefon. Hahaha Kat rumah mana ada telefon kan. Tu yang jakun sikit anak saya. ;p Si kakak tu dah tak menahan la tu nak kencing. Seksi sikit ye. ;) Sampai je bilik mandi-solat terus tidur. Nasiblah sampai agak awal. Pukul 5 dah nak start aktiviti sukaneka.
Aktiviti sukaneka. Ibu mengandung duduk tepi je masa ni..;)
Kakak dan Imran dah siap-siap bawak peralatan nak main pasir diorang. Tak peduli dah orang lain nak bersukaneka ke apa. Diorang ralit je main pasir berdua. Ok la jugak. Kalau tak si Imran asyik la ajak Mama terjun laut. ;)
Terompah gergasi untuk peserta lelaki.
Peserta perempuan yang tengah tunggu terompah dari peserta lain. :)
Next gambar dari photographer. Kalau nak upload semua tak terkira banyaknya. Jadi yang terpilih je la ye.
Haha tak tau ni gaya apa dari Yazid. Baju biru tu suami saya. ;)
Aksi Elman pancing tin minuman. ;)
Jejaka-jejaka perut ke depan..kihkihkih
Acara kemuncak. Tarik tali. Masa ni aku dengan anak-anak dah takde kat sini. Tengah berendam dalam pool. Tak tahan dah. Panas kot. Suka Zahirah dengan Imran dapat main air. Pool pulak dekat dengan tempat makan. Setiap kali makan terpaksa la elak-elak nak bagi diorang tak nampak pool. Kalau tak asal nak makan je dia mintak bukak baju nak mandi..;)
Malam macam biasa la sesi makan-makan sambil ade aktiviti santai. Disebabkan kepenatan anak-anak tidur tak dapat nak join aktiviti.
Beratur, jangan berebut ye. :)
End of Day 1.
Wow such a nice place..
ReplyDeleteda package ke resort kt sna???
ReplyDelete