Bila google rata-rata semuanya menggunakan Pes Laksa Sarawak Hj Manan. Mula-mula macam susah jugak nak cari. Tapi jumpa jugak akhirnya Facebook Page Laksa Sarawak Haji Manan. Contact agent kat Johor Bahru COD ke rumah my collegue there you go Laksa Sarawak Istimewa Cap Kipas Udang. ;)
Ada juga jumpa resepi untuk buat sendiri pes laksa ni. Tapi agak leceh la kan dengan buah kerasnya, lengkuas dan rempah-rempah ratus. Lagi senang guna je pes segera kan. Nama pun segera, jadi jimat masa. ;)
Thank to my husband sebab sudi melayan nak masak laksa sarawak ni. First time. Masak kuah kat rumah bahan-bahan lain boleh prepare kat tempat kerja untuk menjamu big bos untuk Food Testing session.
4 pek sekali beli. 1 pek RM6.
Tengok kat facebook page Laksa Hj Manan ada reseller ejen kat Johor Bahru terus whatsapp akak tu (ye je akak kan selalu sangat perasan muda) deal untuk COD kat rumah Nazrin Taman Bukit Tiram.
Pes ni boleh jugak buat sendiri. Nih resepi dari DapurkuSayang :
Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
- 8 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 10-12 tangkai cili kering*
- 1 inci lengkuas*
- 1 sk ketumbar
- 1 sk jintan manis
- 1 sk jintan putih
- 3 biji buah keras*
- 2-3 batang serai*
- 1 inci belacan bakar*
- 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
- 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
- sedikit garam
- sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Tapi kalau nak mudah beli je la Pes Segera Laksa Sarawak Hj Manan kat SINI.
Alamak lupa lah pulak nak snap gambar dengan kuah.. Hihi Buat Plating punya pasal kelam kabut sampai lupa. Ala-ala masterchef gitu. Tapi plating biasa je. Masuk mulut sama je kan.. :p
Sumber:
http://dayangjack.blogspot.com/2011/05/laksa-sarawak-resepi-ii.html
No comments:
Post a Comment