22 December 2014

Family Day 2014 – Pulau Tioman (Part II)

Hari ke-2 untuk pagi tu free and easy. Aktiviti sendiri. Sebelum bertolak Account Department ada bagi voucher RM10. Means untuk aktiviti yang kita nak join dapat la less RM 10 (company bayarkan kot). ;) Tak ingat dah masa tu bangun pukul berapa. Tapi malam pertama memang bukan dapat tidur nyenyak sangat pun. ;) Rasanya pukul 7 ke 8 pagi kami dah keluar dari bilik.

DSC_5014

Naik bas Berjaya Resort pergi ke Jeti Tekek semula kononnya nak pergi Duty Free Zone. Sekali belum bukak daa. Baru je pukul 8.30 kot masa tu. Pukul 10 dan ke atas baru bukak. Agak sia-sia juga la. Cuma dalam perjalanan dapat la tengok keluang bergayut kat pokok tengah tidur. Biawak berkubang dalam sungai and tengok pemandangan Kampung Tekek. Tak luas mana pun. Ada juga aktiviti kat pekan Tekek tu kalau nak join tapi tak kuasa la nak survey masa tu. Sebab selalin aku ada lagi 2 orang mak buyung yang ikut.. Hehehehe.

 DSC_5015

Ketiduran abang dan kakak tunggu giliran.

Hajat dihati mak buyung masa tu nak la pergi snorkeling. Tapi si suami tak approve. ;p Maka pasrah je la kami naik Glass Bottom Boat. Tak ingat la berapa fees. Nanti kalau ingat aku update semula ye. ;)

DSC_5020

Dapat la tengok coral. Subhanallah cantik sangat. Cari Nemo tak jumpa pulak. ;)

Aktiviti Snorkeling dan Glass Bottom Boat ni kat area Pulau Rengis. Rasanya kalau dapat snorkeling barulah aku akan lebih berpuas hati. Disebabkan keadaan mengandung masa tu sabar je la.. :)

 

DSC_5041

Peserta terakhir Glass Bottom Boat. :)

Sebenarnya walaupun peserta trip last untuk tengahari tu kitorang agak beruntung la sebenarnya. Dapat tengok ikan lumba-lumba. Dolphin bahasa omputihnya. ;) Tapi dalam kamera ni takde gambarnya. Tau je la dolphin ni bergerak biasanya dalam kumpulan. Tak sempat nak snap gambar dah la atas bot kan. Paling sikit 2 ekor lepas tu laju je pergerakkan diorang. Pakcik yang bawak bot ni pun kira sporting nak kejar dolphin tu nak bagi kitorang tengok jarak dekat. Hihi.

 

DSC_5044

Peserta lain. En. Esa dan isteri. Kakak tu silau sangat la tu. ;)

 

DSC_5027

Encik suami yang sibuk record pemandangan pulau. ;)

Balik je dari aktiviti ni terus je pergi makan. Tak peduli dah masa tu basah-basah buat tak tahu je. Sebenarnya penat menunggu giliran je tu. Sebab Glass Bottom Boat activity tu around 1/2 hour je. Lepas makan anak-anak request nak mandi kat swimming pool. Layan je. :)

Balik dari mandi terus tidurkan anak-anak sebab malam ada dinner. Kalau tak cukup tidur mau diorang meragam sepanjang acara berlangsung. Ada macam-macam aktiviti malam tu tapi kami jadi penonton je. Penat melayan Imran yang tak reti dok diam keluar masuk hall.

 

DSC_5051

Red carpet.

 

DSC_5062

Mama keluar bilik awal masa ni. Lepas solat maghrib je terus siap-siap ke dinner hall sebab jadi AJK Pendaftaran untuk staff and workers. Jadi kena la datang awal. Ayah yang siapkan anak-anak. First time kot ayahnya siapkan anak-anak 2 2 sekali. Baju semua mama dah siapkan tinggal mandikan and pakai baju yang dah disediakan. Rambut kakak ayah yang ikatkan. Membebel-bebel dia kata ayah tak pandai ikat rambut kakak. Hahahaha. Tengok la muka kakak tu.

 

DSC_5066         Farid dan isteri. Anaknya entah kemana. :) Hebat sangat sekali bawak 3 botol susu.. ;p

 

 DSC_5055  Meja hidangan. Tak sempat nak tangkap gambar makanan satu-satu.

 

Tengok pulak gambar dari photographer:

Day 2-0184Mok mok nya saya! ;)

Day 2-0100

Day 2-0107

Day 2-0115 Persembahan.

Day 2-0018

End of Day 2.

No comments:

Post a Comment