29 June 2011

Maybank Scam

Macam-macam cara nak ambik duit orang..tak putus-putus asa bagi aku emel macam ni..

 m2u 

Nak suruh update profile konon..kalau nak update profile pergi je terus kat maybank2u.com.my..tak perlu melalui email..

m2u_2

Jangan la sekali kali tertipu..tak pasal-pasal duit hilang dalam bank..huhu..Semakin canggih teknologi, semakin banyak penipuan..

Syukur ku sedar..

mata terpejam
untuk ku tahan
tangis ku linang
berpanjangan
makin ku lawan
makin ku ronta
tangis ku luruh bercucuran
berkilau cahaya
di ufuk pandangan
masih ku nampakkan
wajahmu..
yang terindu - rindukan
baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
makin ku lawan, makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan
sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu.. tak lagi ku akan...
baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....
makin ku pejam
makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan
sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu tak lagi ku akan
baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan..

Wordless Wednesday #002



27 June 2011

Demam dan Campak

Belum ada update apa-apa lagi hari ni..macam la selau sangat udate bloh..Hehe..

Hari minggu means semalam tak buat apa-apa pun..2 orang kesayangan tu tak sihat pulak..lagi pun gaji belum masuk..itu la sebab utamanya..apa barang gi jalan-jalan takde duit..memang dapat makan angin je..;p

DSC04603

Si kecik ni MIL kata dia kena campak..abis semua dia garu..kat badan ada jugak mungkin tak gatal..kat muka ni dia tenyeh-tenyeh sampai bengkak mata dia..

adoiyai! mana nak cari daun peria katak?? Petuanya: Daun peria katak direbus dan lumurkan kat badan..InsyaAllah baik..Kalau takda jugak daun peria tu aku bagi minum air kelapa je la..boleh kan?

Yang lagi sorang pulak demam..

DSC04604

Nak pulak tu pakai cool fever anak punya..bila nak ambik gambar tutup muka..;p Haha..tapi demam-demam siang tu asyik sangat main Angry Bird sampai level 5 dah..aku pun tak sampai situ lagi..dia asyik conquer laptop je..menyesal aku install Angry Bird dalam laptop tu..;p Aku siap ugut dia nak uninstall game tu kalau dia tak nak berhenti main..Haha..keji je..

Pastu malam macam takde kerja pakai bedak sejuk..Zahirah tengok pelik je muka aku..apsal muka mama putih je ni..lepas tu si suami tengok aku pakai macam best je aku pun pakaikan untuk dia sekali..siap suruh dia baring nak pakaikan bedak sejuk..macam kat spa pulak..;p

Hasilnya..

DSC04624

HAHAHANTuuuuuu!

24 June 2011

Kerja Hari Sabtu..

Setiap hari sabtu ada je baca status friends kat facebook pasal kena kerja hari sabtu..beruntungla ada tu yang sekali atau 2 kali sahaja dalam sebulan kena kerja hari sabtu..

Kalau hari sabtu half day pun best..sepanjang aku berkerja beberapa tempat takde satu pun tempat yang cuti hari sabtu..melainkan apply annual leave/MC..alangkah bestnya kalau dapat kerja gomen..apa nak buat belum ada rezeki..;)

Tempat pertama aku kerja selepas abis belajar adalah Giant Hypermarket Tampoi..Masa tu pikir tak pe la kerja apa pun janji ada duit masuk tiap bulan..penat memang penat..aku kerja kat bahagian receiving..kalau dekat nak raya tu memang banyak sangat barang masuk..siap beratur berderet lori..pernah aku balik pukul 1 pagi..terpaksa susahkan makcik aku ambik..mana ada bas dah waktu tu..

Kalau kerja bahagian lain hari ahad jangan harap la nak cuti duduk rumah..hari ahad la ramai customer..tapi bahagian aku masa tu hari ahad memang cuti..cuma ada turn kena kerja sebab barang fresh market tak kira hari ahad ke cuti umum dia tetap nak masuk..

Tempat kedua aku kerja, ada la kena mengena dengan bidang yang aku ambik masa kat U dulu..aku kerja kat kilang buat jagung frozen kat Simpang Renggam..masa tu ulang alik je dari rumah..perjalanan dalam 20 minit..hari sabtu pun kerja..full day lagi..bertahan 3 bulan je kat situ..

Dan sekarang ni pulak aku masih lagi berkerja di industri makanan jugak..masih lagi perlu berkerja hari sabtu..advantage dapat cuti tahun ditambah lagi 7 hari..ok la..hari sabtu boleh pakai casual je..hari lain jangan harap..tapi tak sangka la jugak dah kerja kat sini dekat 4 tahun..bukan tak cari kerja lain..senang cakap masih lagi rezeki di sini..;) positif..

Tapi sebenarnya hati tetap jugak nak memberontak..Nak jugak cuti hari sabtu! Bestnya..;p

Contest by Ciare Baha: Priceless moment with my baby

Memeriahkan contest anjuran Pn. Ciare dan butik Ala Anggun..;)

Gambar dipertaruhkan..cewah! ------>

DSC03221

 Nama anak : Azyan Zahirah Binti Azan

D.O.B : 19 August 2010

P.O.B : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Sekian. terima Kasih..;)

23 June 2011

Lampin Anak..

Macam-macam jenama lampin pakai buang kat luar..tak kurang jugak lampin kain (Cloth Diaper)..sekarang ramai ibu-ibu yang dah sedar tentang keprntingan menjaga alam sekitar..

Selau dengar “Kita meminjam dunia ini daripada generasi yang akan datang”..something like that la ye..;)

Masa newborn sampai la 3 bulan Zahirah pakai Drypers..ok la..takda pun ruam lampin..kadang-kadang je..bila letak Drapolene/ Pureen Nappy Rash tu sekejap je dah baik..biasanya kalau aku makan makanan yang berempah contoh macam soto akan naik rashes..

Masa tu jugak sebenarnya dah ada beli CD 10 keping..kalau aku rajin 1 hari tu aku pakaikan CD..kalau tak kering baru aku pakaikan DD..

DSC04578

Lepas 3 bulan tu MIL dan SIL cadangkan pakai DD jenama Giant je..kualiti pun ok..aku kan menantu yang mendengar kata..Hehe..ikut je la..sebab selagi aku tak beli selagi tu dia akan cakap Jenama tu ok..cucu-cucu yang lain semua pun pakai jenama tu..;) lagipun murah..aku pun try memang ok sangat..mungkin kulit Zahirah serasi dengan DD tu..

Tapi sejak sebelum pindah rumah tu aku memang malas sebenarnya nak pakaikan CD..(jangan tiru macam saya)..so 100% dah pakai DD..sebulan kena beli 2 pek..

Minggu lepas suami dah start membebel..Hehe..bukan membebel..tapi mengingatkan..ada CD tapi pakai DD..konon nak jimat..Haha..So start dari minggu lepas, bila aku ada kat rumah je especially waktu malam mesti Zahirah akan pakai CD..

Bukan susah sangat pun pakai CD..kena ada kesabaran dan kerajinan yang tinggi je..;) Dan kena tanamkan sifat “Cintailah Alam Sekitar”..

Bila dah start ber-CD balik..mula la aku rasa nak tambah lagi koleksi CD Zahirah..;) Jom shopping online..(Tak hengat gaji tak masuk lagi..)

22 June 2011

Rajin anak mama..;)

Zahirah sekarang tengah rajin..rajin sangat nak mengemas..suka tiru apa yang orang buat..orang pegang payung nak pegang payung jugak..orang menghadap laptop dia yang nak kat depan..handphone pun dah pandai letak kat telinga..

DSC04535

Ini sebelum dia demam hari tu,,bau je sandarkan penyapu kat  dinding cepat-cepat dia ambik..nak menyapu jugak..kalau bab mengemas kabinet tv memang dah expert..kalau kat dapur pulak bukak pintu kabinet tarik bekas berisi bawang habis semua terabur kat lantai..;)

DSC04537 Lepas tu jadikan mikrofon pulak..;)

Dah besar nanti rajin-rajin la tolong mama mengemas dan memasak kat dapur nanti ye sayang..;)

Panggilan Suami Isteri..

Entry inspired by JIHA..;)

Dapat idea pulak nak update lepas baca blog Jiha..;) Panggilan..Rasanya tak pernah cerita lagi kot..kalau pernah baca la lagi ye..;) (Boleh pulak tak ingat apa yang pernah di post sebelum ni)..Sekarang kami suami isteri panggil 'Abang' dan 'Sayang'..Geli? tak la..dah biasa kot..;)

Masa mula-mula kenal dulu konon macam takda perasaan sangat 'aku' 'engkau' je..galak la bermesej sepanjang hari tapi tak tau padahal suka sama suka..masing-masing tak berani nak cakap..;) ada la 7 bulan lepas tu kot..poyo-poyo mesej macam pasangan kekasih..sekali feeling betul-betul..terus declare..rasanya masa tu hari raya kedua..start dari malam tu kitorang dah ber'saya' ber'awak'..

Memang weird gila la masa tu..dalam mesej boleh la lagi..bila dia call..speechless..malu gila..;) Macam kelakar bila diingat balik..dah la masa tu tengah masak maggi..nak cakap "Saya tengah masak maggi" pun kelu..dia gelak-gelak je dihujung talian..

Sampai la satu masa..masa tu tengah training PALAPES..sekali ada jurulatih tu suka-hati je nak panggil aku minah ronggeng (ada kisahnya tapi aku tak berapa nak ingat)..malam tu abis training aku pun cerita la kat suami (bf la masa tu)..dia pun syok je nak panggil aku minah ronggeng..aku pun merajuk..nak pujuk punya pasal dia kata "Mulai hari ini saya panggil awak sayang ye.." Hati berbunga riang..Hahaha

Lepas kes tu sebulan lepas tu aku decide nak panggil dia B..tak tau kenapa..macam best je..Hahaha..masa tu ikut-ikut orang kot..tapi dia layan je..aku tau sebenarnya dia nak aku panggil dia 'abang'..tapi aku saje je buat tak tau..Haha..Lama jugak la nak panggil abang..kena poyo-poyo dulu pastu baru la start panggil betul-betul abang..

Aku panggil abang rasa macam lebih sikit respect kot..entah la..dah selesa panggil abang..aku ingat lagi masa kecil-kecil aku pernah tanya kat emak.."Kenapa kita tak ada abang?" Emak cakap nanti bila dah besar nanti aku akan ada abang..suami la kot emak maksudkan..;)

Bila gaduh-gaduh kecil automatik bertukar kepada 'awak' 'awak'..kalau gurau-gurau kasar terus 'aku' 'engkau'..Hahaha..

21 June 2011

Gasing Permainan Tradisional

Aku tak pernah tengok suami se happy bila dia main gasing..selama ni dok dengar je dia cerita pengalaman dia masin gasing..tapi aku tak pernah tengok..dah lama dia cuba nak main gasing semula tapi tak ada peluang..sebab kalau dah main gasing ni mesti kena spend hari minggu..bukan sejam atau dua jam..mau makan 1 hari sampai malam kadang-kadang tu..

Hujung minggu lepas dapat la peluang suami nak main gasing..sebab tempat tu dekat Kg. Rahmad, Kulai..Tak jauh dari Senai..tak ada practice apa-apa tiba-tiba terus masuk gelanggang pertandingan..kalau dah tak practise tu dah memang confirm la balik tu nanti sakit-sakit satu badan..bersedia je la jadi tukang urut malam-malam..;)

Jumpa geng..
 Tak banyak gambar dapat aku ambik..bawak anak yang demam ni memang menguji kesabaran..;) padan muka kat diri sendiri sebab nak ikut..mesti la nak ikut sebab nak tengok..sangat berbakat jugak rupanya..tapi sebab dah lama tak main..mula-mula memang tak menjadi la..dah nak habis game baru la jadi..

Sedikit sebanyak aku pun belajar undang-undang permainan gasing ni..seronok jugak tengok diorang main..tapi tak boleh tengok dekat sangat..karang ade orang dapat sebiji gasing kat dahi ke kat kepala..;)

Rupanya ramai lagi orang minat main gasing ni..aku tengok ramai jugak budak-budak yang masih sekolah pun masuk pertandingan gasing ni..sampai la yang tua rambut dah putih dah bercicit agaknya..main lagi..kalau dah minat tu sampai ke tua pun walaupun tak main tetap datang tengok bagi sokongan tak pun jadi pengadil..

Gelanggang gasing Kg. Rahmad, Kulai

Bagus la kan..memartabatkan permainan tradisional..siapa lagi kalau bukan kita generasi sekarang ni..;) tetiba aku bersemangat 'takkan melayu hilang di dunia" Hahaha..

Teror jugak laki aku main gasing..;)
Seperti yang dijanjikan..memang balik tu tangan suami bengkak + sengal..memang pakej la tu..nasib baik ada isteri mithali ni nak sanggup nak lumur minyak tolong urutkan..;) Dalam kereta on the way balik aku tanya suami.."Puas dapat main gasing?" Suami kata " Puas sangat-sangat"..dan aku pun macam berasa gembira sebab suami gembira..lepas ni bersedia la untuk ditinggalkan sebab dia nak aktifkan diri semuala dalam permainan gasing ni..Huhu..

Kesimpulannya: Kalau suami sporting selalu layan kita ajak pergi jalan-jalan bawak pergi jumpa kawan-kawan kita, tak salah kita pun buat dia gembira..bagi dia peluang apa yang dia nak dan suka sangat buat..;) Jadilah isteri yang mithali..Agagagaga!

Zahirah 10 Months

19 Jun haritu genap Zahirah 10 bulan..2 bulan je lagi nak 1 tahun dah anak mama..

Ada orang cakap budak kalau dah nak dekat setahun memang selalu sakit2..Wallahualam..kebetulan mungkin..Hari ni aku EL..Zahirah demam dah 3 hari..merengek je..nak tumbuh gigi lagi agaknya..

Gigi baru nak keluar..

Tak sedap hati pulak nak tinggaal anak dengan MIL waktu demam-demam ni..masalahnya temperature dia sekejap ok sekejap naik..kalau ok aktif semacam..kalau naik melepek je..tak boleh nak tinggal langsung..tidur pun sekejap je..

Semalam check up 10 bulan..lepas hantar suami pergi kerja terus drive ke klinik..tapi terpaksa berhenti dekat 1/2 jam kat tepi jalan sebab Zahirah menangis lepas tu muntah pulak..lambat la jugak sampai klinik 1 jam lebih lepas tu baru la turn sampai..

Berat naik 600 gm je berbanding 2 bulan lepas..8.6 kg..takpe la janji naik..dah la sepanjang nurse tu membebel pasal perkembangan dia, dia asyik melalak je..tak sedap badan agaknya..bila nak balik dari klinik tu tak berhenti-henti nangis..sampai aku pun nangis jugak..haha..last-last aku bagi susu terus tidur dengan aku pun baju dah kena muntah..nasib baik la perjalanan tak sampai 10 minit..

Sampai rumah muntah lagi..macam teruk je asyik muntah..suami pun terpaksa ambik half day..nak bawak Zahirah ke klinik panel..aku nak drive seorang tak boleh..Zahirah tak nak duduk kat seat dia..
Kat klinik doc cakap dia ok..demam sikit je..paru-paru pun ok..sedap hati sikit dengar doc cakap macam tu..biasala tu nak dapat sesuatu la tu..;)

Semoga anak mama terus membesar dengan sihat..
  melepek je..cian anak mama..


17 June 2011

Tak keruan..

Aku dari pagi tadi macam ada je tak kena..

Ada je aku pikir..nak update blog ni pun taip-taip pastu delete semua..

Apa hal dengan aku ni?

Tengok la ni aku rasa nak delete lagi..

tak pe la publish je..

maaf kan aku..

15 June 2011

Random #002 Hobi: Membaca

Oh dulu selalu tulis biodata kat buku kawan-kawan. Hobi: membaca buku. Padahal masa tu tipu. kalau tak kena buka buku teks memang tak membaca. Novel memang tak layan la. Budak-budak lagi. Masuk perpustakaan pun biasanya pinjam novel penyiasat Enid Blyton baca tak habis kena pulang sebab dah due untuk pulangkan buku.

First time aku betul-betul baca novel masa tu aku tingkatan 4. Novel pertama aku Ombak Rindu by Fauziah Ashari.Itu pun novel pinjam. Start daripada tu aku terus suka baca novel. tapi aku tak ingat la novel apa. Agak banyak jugak sebenarnya. tapi aku ni pelupa. setahu aku aku tak pernah baca Lagenda Budak Setan dan novel yang berat-berat macam Ramli Awang Murshid (kalau tak silap)je. Tak tau kenapa. Tak berminat nak baca. Movie yang baru keluar LBS tu pun tak rasa nak tengok.

Masa belajar kat UPM dulu ada la jugak beli beberapa buah novel. Kongsi minat dengan makcik aku. Dia memang suka baca novel sekarang novel aku pun ada la beberapa buah kat dia. aku suruh dia simpan. Nak harapkan aku entah kemana je silap-silap dah buat bungkus tempe.HAHA.

Bila dah mula berkerja memang harapan je la nak membaca novel. Sibuk dengan kerja la konon. Aku rasa ada jugak la beli novel tapi serius tak ingat. Teruk betul rasa. Sekarang ni je baru aku baca Novel balik. Itupun online, hayal sampai basuh baju tak siap-siap (kata suami) HAHA..Bila bawa balik novel memang geleng kepala je la dia.

Ok la. Saje update blog laju-laju. Nak sambung baca novel  semalam ni. Seminggu tak khatam lagi. Bila kat rumah baru nak start baca je si anak pun nak membaca sekali. tak bagi pegang buku dia akan buat bising kat telinga kita sambil main tarik-tarik rambut. Minta perhatian la tu..;)

09 June 2011

Bersosial..


Risau juga bila hantar jaga di rumah MIL nanti dia tak pandai bersosial..rupanya ok je kalau jumpa kawan sebaya dia..

Yang dia takut dengan orang besar..kena ambil masa nak kenal dulu baru boleh dukung atau main main dengan dia..kalau time dia mengantuk kita agah macamane pun dia akan buat tak tahu je..

Kalau tak tahu mesti ingat Zahirah budak sombong..:-)

Sup Ikan Merah

Pencapaian baru untuk diri sendiri..;) masak sup ikan merah..sebenarnya pergi Pasar Borong Pandan hari tu ingat nak cari Ikan Jenahak..sekalai mane ada la Ikan Jenahak..Ikan merah je la..boleh la daripada tak ada..

Dah lama berhajat nak masak sup ikan..aku pakai 1 ekor je..masa tu 1 kg = RM 16.00..kepala jangan harap la nak ambik..suami dah chop awal-awal nak masak asam pedas (kegemaran) ataupun kari..

Untuk rujukan akan datang..lepas ni entah bila la nak masak lagi..so bila tak ingat resepi boleh bukak blog sendiri je..tak payah tengok myresepi..;)

DSC04505 Tak cantik pun gambarnya..ini gambar bekal makan tengahari tadi..;p

Bahan dan cara masak aku agak-agak je..sambil tengok arahan kat paket sup ikan adabi tu..

Bahan-bahan:

  1. 1 ekor Ikan Merah
  2. *1 ulas bawang (aku guna bawang merah yang besar)
  3. *4 ulas bawang putih (suami dah pesan lebihkan bawang putih)
  4. *2 inci halia
  5. Garam secukup rasa
  6. Daun bawang
  7. 1 paket Perencah Sup Ikan Adabi (sup bunjut warna biru)

Cara-cara:

  1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *
  2. Tumis bahan yang dikisar tadi dengan bahan yang barada di luar bungkusan kain. Bahan dalam tu kalau tak silap Daun Bay, Buah keras dan buah pelaga..
  3. Masukkan air. Ikut citarasa suka banyak kuah banyak la air tambah..Bila hampir nak mendidih masukkan ikan..
  4. Tambah garam secukup rasa..kalau nak tambah pak aji pun boleh..optional.
  5. Ikan dah masak boleh dihidang..letakkan daun bawang..

Baby 9 bulan ke atas pun boleh makan..tapi sebelum letak garam tu asingkan portion untuk baby ye..;) Alhamdulillah walaupun hentam je menjadi jugak..suami makan sampai tambah-tambah..nak pulak ada sambal asam..nyumm! yummy!

08 June 2011

Beg duit mama..


Zahirah memang pantang bila nampak beg duit mama dia..sanggup tinggalkan ape yang dia pegang pastu nak berebut dengan mama..kalau tengah menangis pun bila bagi beg duit terus senyap..tak paham..adakah kerana warna coklat..tapi tak pernah pulak aku suapkan coklat ke mulut zahirah..hmm..

Ini entry mintak belas ihsan dari ayah supaya belikan mama beg duit baru..hahaha..tengok la beg duit saya dah tak rupa beg duit sebab dah selalu sangat bertindakbalas dengan air liur..:-P

07 June 2011

Gigi..

Maaf la kalau kat blog ni asyik la cerita pasal anak je kan..kalau tak selesa nak baca boleh pergi blog lain..Haha..Ni kes baca blog Aishah tadi la..;) Emosi jugak bila ade orang asyik nak komplen kita update pasal ape kat social network ni..suka hati la kan..huhu..

Kali ni nak cerita pasal Zahirah..memang selalu pun cerita dia sahaja..;) nak kongsi sebab macam pelik tapi aku anggap ianya unik..mane tak? biasa baby tumbuh gigi sama ada gigi bawah dahulu atau bawah dahulu dan kebiasaanya adalah bahagian depan..

DSC_4553

Gigi pertama Zahirah sekali tumbuh 2 batang gigi bawah..masa tu kalau tak silap 7 bulan..demam la jugak..tapi tak teruk la..macam biasa je..tapi bila dia masuk 9 bulan tumbuh lagi 1 gigi bahagian atas..kat tepi..kalau kita gigi taring la kan..;)

DSC_4614 Oh tak nampak..

DSC_4614 Kasi zoom! nampak kan?

Haa..nampak kan? so cute (haha..puji anak sendiri)..suka sangat snap gambar Zahirah sekarang sebab dah pandai tersengih-sengih kasi tunjuk gigi..Pemanis orang kata..;)

Wedding Zana &Apip

Hari minggu yang lepas memang sangat memenatkan..plan hari jumaat lepas balik kerja memang nak berehat je kat rumah sebab esok hari nak mengukur jalan ke Kota Tinggi  dan hari ahad tu sampai ke Kluang..tapi dapat call dari makcik kata Nyaie demam + sesak nafas..tak sedap hati balik kerja terus zass balik kampung..

Sampai kampung lega tengok Nyaie dah sihat..mestilah sihat ila tengok anak cucu balik kampung kan..;) Tak tunggu tengahari terus balik semula ke JB..kena bertugas kat rumah Dato’..sampai la pukul 4 petang..Balik rumah bergegas pulak ke Kota Tinggi..

DSC04464 Sempat lagi amik gambar on the way ke rumah Dato’..;)

DSC04470 On the way ke Kota Tinggi..

Selamba je pakai t-shirt sekali sampai rumah pengantin rupanya diorang baru nak buat majlis nikah malam tu..dah la tak bawak baju kurung extra..terpaksa la buat tak tau je pakai baju tak sesuai ..;)

Pagi Ahad tu memang tak sabar nak sampai Kluang..Sebab nak jumpa dengan kawan-kawan lama..coursemate masa kat UPM dulu..jejak diorang ke Kluang Rest House..bual-bual sambil main mekap mekap sebelum ke rumah pengantin..aktiviti yang macam wajib walaupun kena handle 3 orang anak..;)

DSC04477 On the way ke Kluang..

Ayah Zahirah ni suka sangat jelir lidah..mane anak tak ikut..haha..kami yang in purple kecuali suami sebab tak mungkin la dia nak pakai baju berwarna ungu..;p

DSC_4461

Sesampainya kami di rumah Zana (pengantin) rupanya dioranang baru selesai majlis akad nikah..sempat la jugak ambil gambar diorang masih lagi berbaju nikah..petang tu diorang akan bersanding pulak..

DSC_4573

Zahirah glamour hari tu..semua orang nak pegang dia..nak ambil gambar dengan dia..haih populariti anak sudah menutup populariti emak nampaknya..huhu

DSC_4783

Masa Zana dan Apip bersanding aku dah pun balik..kena bergegas jugak sebab kena ambil MIL kat Kota Tinggi semula dan kena attend Wedding Dinner anak Dato’..terpaksa la..kalau tidak sampai majlis habis pun kitorang masih kat rumah Zana agaknya..tapi takpe Isnin aku on leave dan menyambung bual-bual dengan Ilyia, Farah dan Amy..macam masa kat UPM dulu..aku dan farah selalu merempat kat bilik Amy dan Ilyia..;)

02 June 2011

Make Oreo a family moment esp with Daddy's Day around the corner! Send a T-Card!

Make Oreo a family moment esp with Daddy's Day around the corner! Send a T-Card!

Bual kosong tapi ada isi..

Dalam perjalanan pergi kerja tadi..macam biasa berbual-bual hal ehwal semasa dan rumahtangga..

Isteri : Hari ni nak masak ape ek?

Suami: Erm..(pikir)

Isteri : Masak nasi lemak la..ada santan..

Suami : Awak pandai ke?

Isteri : Kan awak pernah ajar hari tu..masak air dengan santan dah mendidih baru masukkan beras..

Suami : Sukat air dengan santan betul-betul..

Isteri : Ala senang masak nasi lemak letak halba je..

(Member pernah cerita makcik dia letak halba je buat nasi lemak..tak letak santan pun)

Suami : Nasi lemak kalau tak letak santan tu bukan nasi lemak namanya..ada ke letak halba je..(ambik serius pulak dia..huhu)

Isteri : Itu namanya nasi lemak kurang kolestrol dan boleh menambah production susu!! Haha

Suami : Ala awak tu susu tak cukup sebab malas nak pam..

Isteri : Apsal pulak..mane ada tak cukup..tengok orang hantar cukup je kat umah mak..(tak mengaku)

Suami : Abis abang tengok time cuti takda pun pam pam..

Isteri : Abis kalau dah takde bengkak pastu adik hisap je macamana nak pam?..

Suami : Susu tu ada je..kalau pam mesti dia selalu ada je susu..

Isteri : * diam*

Lepas ni jangan nak merungut production kurang kalau sendiri yang malas..huhu..suami pun paham konsep supply and demand..dulu aku jugak yang ajar dan terangkan kat dia..sekarang dia ingatkan aku balik..

01 June 2011

Check up 10 Bulan..

Sedar tak dedar dah masuk hari ke-2 dalam bulan Jun hari ini..Sekejapnye la hai masa berlalu..bulan ni si kecik tu dah nak masuk 10 bulan..lagi la rasa macam tak percaya..

Bulan ni kena pergi check up..tukar klinik pulak..selama ni kat Klinik Desa Maju Jaya..start bulan ni dah nak kena check up kat Klinik Desa Senai pulak..harapnya servis KDS ok la..masa kat KDMJ dulu memang best la..lengang orang tak ramai..aku pulak kenal dengan misi kat klinik tu..dulu aku pernah praktikal 2 minggu kat klinik tu..

DSC04287 Rindu pulak bila cerita pasal dia..;)

Kenapa aku buat entri ni? Supaya aku tak lupa nak bawak Zahirah pergi check up 2 minggu lagi..Haha..Blog pun boleh jadi reminder ke?