Ada orang cakap budak kalau dah nak dekat setahun memang selalu sakit2..Wallahualam..kebetulan mungkin..Hari ni aku EL..Zahirah demam dah 3 hari..merengek je..nak tumbuh gigi lagi agaknya..
Gigi baru nak keluar.. |
Semalam check up 10 bulan..lepas hantar suami pergi kerja terus drive ke klinik..tapi terpaksa berhenti dekat 1/2 jam kat tepi jalan sebab Zahirah menangis lepas tu muntah pulak..lambat la jugak sampai klinik 1 jam lebih lepas tu baru la turn sampai..
Berat naik 600 gm je berbanding 2 bulan lepas..8.6 kg..takpe la janji naik..dah la sepanjang nurse tu membebel pasal perkembangan dia, dia asyik melalak je..tak sedap badan agaknya..bila nak balik dari klinik tu tak berhenti-henti nangis..sampai aku pun nangis jugak..haha..last-last aku bagi susu terus tidur dengan aku pun baju dah kena muntah..nasib baik la perjalanan tak sampai 10 minit..
Sampai rumah muntah lagi..macam teruk je asyik muntah..suami pun terpaksa ambik half day..nak bawak Zahirah ke klinik panel..aku nak drive seorang tak boleh..Zahirah tak nak duduk kat seat dia..
Kat klinik doc cakap dia ok..demam sikit je..paru-paru pun ok..sedap hati sikit dengar doc cakap macam tu..biasala tu nak dapat sesuatu la tu..;)
Semoga anak mama terus membesar dengan sihat..
melepek je..cian anak mama.. |
alahai sian syg zahirah...cepat baik ye...hr tu myiesha pun xsihat...makn je muntah seb da berkurang skang ni...budak nk besar mmg gitu lah
ReplyDelete