07 June 2011

Wedding Zana &Apip

Hari minggu yang lepas memang sangat memenatkan..plan hari jumaat lepas balik kerja memang nak berehat je kat rumah sebab esok hari nak mengukur jalan ke Kota Tinggi  dan hari ahad tu sampai ke Kluang..tapi dapat call dari makcik kata Nyaie demam + sesak nafas..tak sedap hati balik kerja terus zass balik kampung..

Sampai kampung lega tengok Nyaie dah sihat..mestilah sihat ila tengok anak cucu balik kampung kan..;) Tak tunggu tengahari terus balik semula ke JB..kena bertugas kat rumah Dato’..sampai la pukul 4 petang..Balik rumah bergegas pulak ke Kota Tinggi..

DSC04464 Sempat lagi amik gambar on the way ke rumah Dato’..;)

DSC04470 On the way ke Kota Tinggi..

Selamba je pakai t-shirt sekali sampai rumah pengantin rupanya diorang baru nak buat majlis nikah malam tu..dah la tak bawak baju kurung extra..terpaksa la buat tak tau je pakai baju tak sesuai ..;)

Pagi Ahad tu memang tak sabar nak sampai Kluang..Sebab nak jumpa dengan kawan-kawan lama..coursemate masa kat UPM dulu..jejak diorang ke Kluang Rest House..bual-bual sambil main mekap mekap sebelum ke rumah pengantin..aktiviti yang macam wajib walaupun kena handle 3 orang anak..;)

DSC04477 On the way ke Kluang..

Ayah Zahirah ni suka sangat jelir lidah..mane anak tak ikut..haha..kami yang in purple kecuali suami sebab tak mungkin la dia nak pakai baju berwarna ungu..;p

DSC_4461

Sesampainya kami di rumah Zana (pengantin) rupanya dioranang baru selesai majlis akad nikah..sempat la jugak ambil gambar diorang masih lagi berbaju nikah..petang tu diorang akan bersanding pulak..

DSC_4573

Zahirah glamour hari tu..semua orang nak pegang dia..nak ambil gambar dengan dia..haih populariti anak sudah menutup populariti emak nampaknya..huhu

DSC_4783

Masa Zana dan Apip bersanding aku dah pun balik..kena bergegas jugak sebab kena ambil MIL kat Kota Tinggi semula dan kena attend Wedding Dinner anak Dato’..terpaksa la..kalau tidak sampai majlis habis pun kitorang masih kat rumah Zana agaknya..tapi takpe Isnin aku on leave dan menyambung bual-bual dengan Ilyia, Farah dan Amy..macam masa kat UPM dulu..aku dan farah selalu merempat kat bilik Amy dan Ilyia..;)

No comments:

Post a Comment