07 June 2011

Gigi..

Maaf la kalau kat blog ni asyik la cerita pasal anak je kan..kalau tak selesa nak baca boleh pergi blog lain..Haha..Ni kes baca blog Aishah tadi la..;) Emosi jugak bila ade orang asyik nak komplen kita update pasal ape kat social network ni..suka hati la kan..huhu..

Kali ni nak cerita pasal Zahirah..memang selalu pun cerita dia sahaja..;) nak kongsi sebab macam pelik tapi aku anggap ianya unik..mane tak? biasa baby tumbuh gigi sama ada gigi bawah dahulu atau bawah dahulu dan kebiasaanya adalah bahagian depan..

DSC_4553

Gigi pertama Zahirah sekali tumbuh 2 batang gigi bawah..masa tu kalau tak silap 7 bulan..demam la jugak..tapi tak teruk la..macam biasa je..tapi bila dia masuk 9 bulan tumbuh lagi 1 gigi bahagian atas..kat tepi..kalau kita gigi taring la kan..;)

DSC_4614 Oh tak nampak..

DSC_4614 Kasi zoom! nampak kan?

Haa..nampak kan? so cute (haha..puji anak sendiri)..suka sangat snap gambar Zahirah sekarang sebab dah pandai tersengih-sengih kasi tunjuk gigi..Pemanis orang kata..;)

1 comment:

  1. Aira dah ada gigi!!!

    Nashriq jugak tertinggal bas. Skang asyik sibuk nak memanjat pastu menapak. Gigi lambat lah kot. Tak sanggup nak layan demam tumbuh gigi dia nanti.

    ReplyDelete