31 May 2011
Tempat Penetasan dan Penternakan Belangkas Sedili, Kota Tinggi
Seperti yang dijanjikan..bertemu belangkas kita..
Bukan main lagi anak dara sorang tu..nak pegang payung sendiri..tak tau payung tu 3x lagi besar dari dia..;) ade sikit kesan rentung di wajah Zahirah akibat mandi laut tak sampai 15 minit..;)
15 minit dari Pantai Temala..Tempat ni pernah masuk Majalah 3..boleh tengok kat www.tonton.com.my ..Promote Majalah 3 la pulak..;)
Memperkenalkan..Encik Belangkas..;) siapa tak kenal sila la berkenalan..Hee..macam orang tua selalu kata..Macam belangkas kehulu kehilir.. (contoh, biasanya merujuk kepada yang berpasangan)
Telur belangkas..Subhanallah! cantik..dalam bebola seakan gel itu anak belangkas berpusing-pusing dengan riang dalam tu..sangat cantik + comel..macam nak ambik sebiji telur simpan buat kenanga..;p
Belangkas yang telah menetas..diasingkan dari yang belum menetas..yang dah menetas macam kepingan kulit kacang pun ada..
Belangkas kat sini boleh didapati dengan harga RM 10/ekor..siap ade telur..kalau siap siang RM 13..ingat senag ke nak siang Belangkas macam siang ikan..dah siang balik rumah tinggal masak..
Dalam fikiran: Mungkin ke watak Predator dalam Alien vs Predator tu di ambil dari belangkas? macam kena je..
30 May 2011
Pantai Temala (Part 2)
Picnic pertama kali ke Pantai Temala mendapat sambutan..masa tu pergi 3 buah kereta sahaja..tapi memang sangat seronok la..
Pantai Temala ni terletak di Sedili, Kota Tinggi. Macam private beach je..sebab jalan nak pergi ke pantai pun lalu belakang rumah orang..bayar parking RM 3/car dan mandi RM1/seorang..Perjalanan memakan masa tak sampai 1 jam 30 minit..
Inilah laluannya..turun bukit sikit dah jumpa pantai..gambar ini masa first time pergi..so tak ramai sangat..aku pulak masa tu tumpang kereta orang je..masing-masing bawak juadah sendiri pastu makan sama-sama..
Trip kali kedua kitorang buka penyertaan kepada pekerja- pekerja lain..sekali ramai pulak yang nak pergi..13 biji kereta..risau jugak tak cukup halaman tuan rumah nak parking..tapi bila call makcik tu cakap datang je..memang luas la laman rumah dia boleh muat lagi 5-6 biji kereta..;)
Halaman tuan rumah..takde pulak gambar ke 13 buah biji kereta..memang kami je la yang conquer Pantai Temala ni..
MIL ikut..dia tolong jaga Zahirah..Aku boleh mandi dengan puas hati..trip yang pertama tak dapat mandi..tau je la Zahirah punya waktu tidur..kalau tak dapat tidur dia akan moody sepanjang hari..
Aktiviti BBQ..sebagai organizer (cheh!) kami mengenakan bayaran RM 5 seorang untuk beli ayam, arang dan yang sepatutnya..;) Itu Encik Kamarul masih available..boleh emel kalau berminat..HAHAHA..
Menyelerakan bukan? Seperti ku kenal tangan yang memegang penyepit tu..;p Makanan lain bertemakan Potluck..Tak sempat amik gambar la..
Ade jugak gambar aku yang tak semenggah macam cacat pulak..HAHAHA..dengan gaya tudung seperti orang Afrika diorang kata..Aku pun rasa nak ketawakan diri sendiri..;p
Tang air paling geram..jernih kan? tak dapat pergi Sibu Island pergi Pantai Temala dulu pun jadi la..Huhu..Saksikan la gambar diorang bersuka ria..Gambar I censored..HAHAHA..
Oh ada la gambar kereta parking tengah nak gerak balik..Siap ade model tak boleh blah itu..;p Destinasi seterusnya pada hari itu..Tempat Penternakan dan Penetasan Belangkas..Next entri la..banyak sangat dah gambar ni..;)
Kesimpulan: Semua puas hati..siap tanya bila nak buat aktiviti macam ni lagi..;)
24 May 2011
20 May 2011
"Pawagam ibu ada bayi"
Kan bagus kalau ada kat Malaysia..:-) siap ade tempat untuk diaper change..boleh layan 2 cerita..Nur Kasih The Movie dan Pirate of The Carribean..hehe..nak sangat tengok..tengok review orang semua cakap best..
Boleh je kalau nak pergi dating tengok movie tinggal Zahirah dengan MIL..tapi tak best la..:-)
19 May 2011
MENYEMAK ARAH QIBLAT
Berdasarkan Fenomena Istiwa' Al-Ka'bah
Ada member bagi pamplet ni..Dari Jabatan Mufti Johor. Untuk dikongsi bersama..;)
MAKLUMAT ISTIWA' AL-KA'BAH
Detik Istiwa' Al-Ka'bah berlaku sebanyak dua ( 2 ) kali dalam setahun iaitu pada :
i. 28 Mei
ii. 16 Julai
Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T di dalam surah
Al-Rahman ayat 17 yang membawa maksud :
" ( Dia lah ) Tuhan Yang mentadbirkan dua timur,
dan Tuhan Yang mentadbirkan dua barat ."
Detik pertama berlaku pada tanggal 28 Mei jam 5.16 petang ( waktu Malaysia ). Ketika itu matahari berada tegak di atas Ka'bah pada kedudukan zawal iaitu matahari berada tegak di tengah-tengah langit pada jam 12.16 minit tengahari waktu Makkah.
Detik yang kedua pula berlaku pada tanggal 16 Julai, jam 5.28 petang ( waktu Malaysia ). Ketika itu matahari berada tegak di atas Ka'bah pada kedudukan zawal iaitu matahari berada tegak di tengah-tengah langit pada jam 12.28 minit tengahari waktu Makkah.
Fenomena ini berlaku ketika matahari bergerak condong ke utara dan ketika matahari bergerak condong ke selatan.
DETIK-DETIK ISTIWA' AL-KA'BAH
-
Pada 28 Mei, jam 5.16 petang dan 16 Julai, 5.28 petang setiap tahun, di dapati bayang yang terhasil dari sesuatu pendirian mengarah tepat ke arah Ka'bah iaitu bayang tersebut adalah arah qiblat. Hal ini berlaku kerana pada waktu tersebut matahari tepat berada di atas Ka'bah.
-
Pada tanggal 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun, kecondongan matahari ialah 21 darjah 26 minit utara. Nilai ini adalah sama dengan nilai garis lintang bagi Makkah al-Mukarramah di mana laluan terbit dan terbenam matahari 90 darjah iaitu matahari tegak di atas Ka'bah di tengah-tengah langit ketika tengahari. Oleh itu, mana-mana jua di seluruh dunia pada ketika itu, bayang-bayang yang terhasil dari sesuatu pendirian mengarah tepat ke Ka'bah dan bayang yang terhasil tersebut adalah arah qiblat.
-
Pada tanggal 28 Mei jam 5.16 petang setiap tahun, matahari berada 16 darjah di buruj Taurus iaitu buruj yang berbentuk lembu. Pada ketika itu, darjah peredaran matahari dari titik awal buruj Aries adalah 46 darjah. Ketika itu juga matahari condong ke arah utara menuju ke selatan dan negara-negara yang berada di utara garisan khatulistiwa mengalami musim panas.
-
Pada tanggal 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun, matahari berada 26 darjah di buruj Gemini iaitu buruj yang berbentuk dua beradik kembar. Darjah peredaran matahari dari titil awal buruj Aries ialah 86 darjah. Ketika itu matahari condong ke arah utara menuju ke selatan dan negara-negara yang berada di utara garisan khatulistiwa mengalami akhir musim panas.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah:
Ertinya:
“ DAn dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah)..”
Sumber: Jabatan Mufti Johor
Dilema Kenduri Kahwin..
Kenapa kalau cuti sekolah je mesti ramai orang kahwin..kenapa pengantin / ibubapa pengantin mesti nak pilih tarikh cuti sekolah sebagai tarikh perkahwinan..macam dah jadi kebiasaan kan?
Tapi bila dah ramai sangat kahwin masa cuti sekolah..lagi banyak la majlis yang tak dapat nak attend..kau boleh la cakap banyak Yanti oi sebab masa kau kahwin bukan masa cuti sekolah..(Hehe)
Sebab utama yang biasanya digunakan ialah..bila cuti sekolah boleh kumpul semua ahli keluarga..bila cuti sekolah ahli keluarga yang jauh-jauh boleh la balik kampung..lama sikit..betul jugak..
Sebenarnya aku macam nak protes dalam entry ni..tapi macam tak jadi pulak..entah ape-ape je aku rasa hari ini..kadang-kadang macam nak menaip je ikut suka hati..mengikut apa yang terbuku di hati..tapi tak boleh macam tu..bahaya..nanti pembaca (macam ramai nak baca blog ni heh!) salah interpretasi..Huhu!
Banyak betul jemputan kenduri kahwin terutamanya 4hb Jun ni..kawan-kawan, saudara..kalau saudara yang kahwin kena la ringankan tulang pergi ‘rewang’ tidur semalam kat rumah sedara tu..kawan-kawan boleh la nak elak lagi tak dapat pergi sebab saudara adalah lebih utama (kot?!)..tapi kalau dah saudara yang tak pergi mau kena ungkit bertahun..”masa kau kahwin aku datang tolong apa yang patut..aku kahwin kau tak datang pun..” Haa..camne tu..
Kalau yang nak buat kerja kahwin tu orang atasan kita (urusan kerja) macam mana pulak? perlu tak kita tinggalkan kaluarga dan kawan-kawan untuk terlibat dalam majlis tu? Haih! Ni semua gara-gara bos kata “Awak kena jugak free kan masa untuk 4 hb tu nanti..” What the?? Sekarang aku tak tau nak buat macam mane..aku nak buat tak tahu je boleh? Bila sampai masanya sebersalah tak tentu hala..
18 May 2011
Dapur Idaman
Cuba bukak Google Image then taip kitchen..Fuyyoo! sekali tengok gambar yang keluar..menggamit kalbu..;P Bak datang RM 50k nak buat renovation kat dapur..rajin lebih sikit nak memasak hari hari..Hehe..
Setiap hari kalau basuh pinggan, masak, siang ikan/ ayam/ sayur mesti tertengok dapur jiran belakang..Jeles woo tengok dapur dia..dengan fume kitchen hood..kabinet kayu..sinki berkembar..Haih! kan best kalau I pun ade jugak..;)
Macam ni simple pun dah memadai..;p
Rumah belakang tu tuan dia nak jual sebenarnya..hari tu lambat sikit je dia tanya kitorang..masa tu kami laki bini baru je lepas singn agreement rumah yang sekarang ni..Kalau dia tanya cepat sikit memang tak teragak-agak dah nak beli je rumah tu..
Renovation semua tuan rumah dah buat..Fully furnished siap dengan air cond, perabot dan sebagainya..takde rezeki kami duduk rumah tu..memang dah rezeki kami jadi jiran belakang rumah je..;)
Korang ade baca Harian Metro hari ini? Padah Isteri Merengek..Ape komen?
Happy 9 Month Old Zahirah..
- Duduk sendiri-kemahiran semenjak 7 bulan lagi..tapi kena jaga-jaga jugak..nanti dia tergolek ke belakang..
- Mulai Merangkak- 2 3 hari ni dia dah kerap merangkak..tapi kalau dia nak pergi tempat jauh sikit + tak yakin sangat dia akan mengesot je (crawl macam askar macam selalu..)
- Berdiri dengan pertolongan-kalau ade sofa, sofa la tempat dia praktis nak berdiri..tak pun badan ayah dengan mama..kalau katn dapur bahaya aikit..kena tengok nanti dia berdiri kat rak pinggan then mengemas la ape yang patut..;)
- Peglihatan-mengikut benda yang jauh..contoh kalau dukung bawak dia keluar jalan-jalan kat luar rumah..nampak pokok besar daun bergoyang-goyang Zahirah akan perhatikan je..kalau tengo sepupu dia main kejar-kejar pun asyik je dia tengok..(bila la aku dapat kejar diorang ni..;))
- Menyahut panggilan mama..selalu kalau tengah main sendiri bila mama panggil adik/Zahirah..mesti cepat-cepat toleh mintak dukung..
- Boleh bertutur-kalau nangis je “mama”..kalau tinggal sorang je teriak “mama”..sebut ba ba ba bila menyembur air liur dia..da da da bila membebel sendiri..
- Melambai-belum pandai sangat cuma bila mama nak pergi je dia angkat tangan..lebih kepada nak ikut kita..kalau ayah dia pergi kerja lagi la..melalak nak ikut..
- Patuh pada perkataan “jangan”-suka sangat pergi ke bilik air..bila kite kata jangan dia berhenti..bila kite tak kata ape-ape laju je dia pergi..;)
17 May 2011
Rest N Go Station
Bagus betul la Gintell ni kan..nak harap membeli kerusi urut memang tak mampu la kan..Dia letak pulak Rest N Go Station ni kat Pasaraya-pasaraya..lepas membeli belah bila lalu mesti ade yang nak mencuba..sekali cuba bulan depan pergi shopping singgah lagi..;)
RM 1 dapat la sesi berurut selama 3 minit..eh terasa jugak tau..lega..nak power lagi masuk RM5 dapat 15 minit..lama jugak tu..sempat suami/isteri window shopping kat kedai-kedai berhampiran..;)
Tengok semua nak mencuba..hujung sekali tu Cik Amah dan Cik Din..yang tengah tengok sini tu kalau tak kenal tak tahu la..Haha..Tempat yang kami try ni kat Kulai Centre Point, Kulai..Dekat Econsave Senai ade 12 biji kerusi urut Gintell ni..
Zahirah pun tumpang sekali..;)
Zahirah dan Baju Kurung..
Sangat cute budak kecik pakai baju kurung..;) Cik Inda bagi kain lebihan dia buat baju kurung..nak harap aku pergi Jakel beli kain tak menyempat…Sebelum Majlis Cukur Jambul kat kampung hari tu aku pergi hantar kain untuk buat baju kurung Zahirah..
Pelik je dia apsal tukang jahit ni pegang tali lilit-lilit kat badan dia..;) Upah buat baju RM 17..buat size besar sikit nanti Hari Raya boleh pakai lagi..(Alamak dah pikir raya, puasa ganti tak abis lagi haha..)
Muka bekeng betul..kat kampung tak nak berenggang dengan mama..dah kenal orang..dengan orang nak sekejap je kalau tak tak nak langsung.. Si Zahirah ni kalau menangis suka tutup mulut..bukan jenis yang melalak sangat (kecuali kalau jatuh)..so dari jauh dah tau anak siapa yang nangis tu..;)
Aktiviti wajib..menjelajah satu rumah..bila tak nampak mama mula la buat gaya nak menangis..memang patut buat besar sikit..yelah belum pandai berjalan kan..nanti takde la dia rasa tak selesa bila nak bergerak..
Jumpa barang masuk mulut..sejak dah nak masuk 9 bulan ni..dia suka pulak menyembur..meleleh air liur..sebelum ni tak pulak..
Zahirah dan Mama..
Kat kampung susah betul nak senyum..
p/s: tengah pikir nak buat baju raya tema warna ape tahun ni..;)
16 May 2011
Memori dengan Abah..
Membaca surat Aishah semalam kepada arwah abahnya membuatkan aku teringat pada arwah abah aku..Rindu..Rindu yang amat..
Walaupun tuhan hanya pinjamkan dia sementara..tapi kasih sayang abah, rupa abah tak pernah aku lupa..seawal usia 12 tahun aku dah kehilangan kasih sayang insan yang aku panggil abah..
Dah 14 tahun abah pergi..tak banyak sangat memori aku dengan abah..aku cuma ingat senyuman dia dan gaya dia bercakap dengan bahasa isyaratnya..dan pesanan terakhirnya..
Malam tu kitorang 3 beradik membelek belek surat khabar..masa tu ade iklankan pasal Proton Satria yang baru keluar..abah tunjuk isyarat kat kitorang nanti dah besar belajar pandai-pandai beli kereta..Arwah abah tunjuk kereta Proton Satria dalam surat khabar tu..Seminggu selepas tu dapat pulak berita kematian abah..T__T
Masa dapat berita tu aku macam tak percaya..aku ingat abah sengaja nak uji kasih sayang kami..abah sengaja buat-buat mati..nanti dah sampai rumah mesti abah bangun..T__T tapi abah memang pergi buat selamanya..
Abah tak sempat tengok berjaya dalam UPSR, PMR..tak sempat tengok result SPM aku yang walaupun tak seberapa..tak dapat hantar aku masuk universiti..tengok aku kahwin..merasa mendapat cucu..T__T
Oh setiap kali tengok Zahirah..mesti aku teringat kat arwah abah..mesti dia gembira sangat dah ada cucu..tapi aku dah semakin redha..aku hanya mampu kirimkan doa dan Al-Fatihah buat abah..Moga Abah tenang di sana..
Aminn..
Abah yang baju biru belah kanan ni..Raya terakhir dengan abah..
15 May 2011
Zahirah & Ultraman..;)
Tak biasa belikan Zahirah toys yang lasak-lasak macam ultraman ke Ben 10 ke..tak sesuai kot..dah la perempuan..;) Lagipun aktiviti dia sekarang yang paling utama adalah masukkan barang dalam mulut..
Aku banyak belikan dia buku je..nanti dia dah besar sikit pandai la dia mintak sendiri toys yang dia nak..sekarang dia takde pilihan lain..ape yang ayah dan mama belikan itulah yang dia ada..lagipun kalau belikan buku kite bacakan kat dia dia suka je dengar..kadang-kadang tengok je muka kita..bukan tengok buku..kesudahannya biasanya buku tu akan dicuba untuk dimasukkan ke dalam mulut kecil dia tu..Haih! Zahirah oh Zahirah..
Semalam pakcik-pakcik Zahirah datang..sengaja aku pinjam Ultraman Hadif bagi kat Zahirah..Layan reaksi dia..;) ;)
Eh?! Ape ni ade lampu nyala nyala??
Boleh makan ni mama tak nampak..;)
Ops! kantoi..;)
Takpe la mama tak marah pun..
Oh boleh gerak-gerak..
Sampai sudah tak tahu..ape benda la ni..;)
Zahirah 8 Bulan
Erk..lagi tak sampai seminggu Zahirah dah nak masuk 9 bulan..;) tapi baru nak update perkembangan 8 bulan..Nasib la..janji ade catatan..;) Rugi rasanya beberapa bulan lepas takde langsung update milestone Zahirah..
Tak sangka dah 8 bulan anak mama..sekejap je masa berlalu..nanti dah setahun lagi la macam tak boleh nak terima kenyataan..sekarang dah macam macam ragamnya..
Kemahiran yang dipraktikkan sejak dari 7 bulan adalah merangkak..rumah perlu sentiasa bersih…kalau tak ada cleaner kecil akan mop satu rumah..mengutip satu hal..;)
Memanjat..pantang ape saja boleh dicapai..mesti nak berdiri..dapat capai badan mama atau ayah terus nak berdiri..bukan ape takut jatuh je..tapi takpe biarkan dia explore..
Duduk sendiri tak nak dah orang pangku-pangku..tak bebas nak explore dunia dia..;)
Makan takmo makan bubur dah..gigi baru 2 batang dah nak makan macam orang besar..kalau kite makan mesti nak kena suap dia jugak..so bila makan kat luar pun mama kena pilih menu nasi putih jugak..bila suap nasi nanti dia kunyah kunyah sampai dia boleh telan..kalau bagi yang lembik alamak tak layan la..
Tidur melasak..sekejap kaki kat muka mama..pastu kat perut..pindah pulak kat ayah..haha..nasib la..macam nak tukar katil king size..;)nati dia dah bertambah besar camana la gamaknya kami 3 beranak tido..tak dapat nak bayangkan..;p
Dah kenal orang..kalau orang tak kenal nak dukung cepat2 peluk kita kuat kuat..nangis mencebik cebik..kalau nak pergi kerja pulak dah pandai sibuk nak ikut..bila nampak mama pakai tudung je mula la hulur tangan mintak dukung..;)
Pandai sebut mama..ayah jeles..haha..bila terjaga dari tidur mama takde cepat je panggil “mamma” dengan mulut cebik cebik..ayah ada kat sebelah pun tak layan..lagi dia panggil mama mama kat telinga ayahnya..;)
Setakat ni tu la perkembangan anak dara sorang tu..kalau teringat lagi nanti tambah.. Semoga Zahirah terus membesar dengan sihat dan bijak..sayang Zahirah banyak banyak..:) mmuah!! (ni pun dia dah pandai buat gaya..;))
Random #001- Kesesakkan lalu lintas
Selalunya bila korang menghadapi traffic jam ape korang buat? Jem boleh mengganggu kesihatan..;) stress woo..membebel memaki hamun tak ingat..cara aku nak hilangkan stress:
- Bukak radio..tinggikan volume pastu melalak kuat kuat..feeling suara macam artis yang tengah nyayi tu..;)
- Sengaja tinggalkan makanan (jajan) dalam kereta..boleh mengunyah..sambil2 buat perkara No. 1
- Potong kuku..macam tadi aku buat..al-maklum la hari jumaat..potong ikut sunnah nabi..;) tapi jangan hayal pulak sampai kereta depan dah jalan korang dok belek belek kuku lagi..;)
- Call/ Message suami..mengadu..pastu kena bebel balik..ade jalan lain tak nak lalu..nak jugak lalu jalan yang dah tentu jam itu..haha
- Update status FB, Twitter..dulu selalu buat..tapi tak best plak asal update je nak emo pasal sangkut kat jam..;)
- Lain kali cari jalan alternatif..biar jauh sedikit tak ape..janji kelajuan konsisten dan menjimatkan minyak..;)
Cara korang camane? cer cite cer cite..;)
10 May 2011
Terkini..;)
-
Saya adalah jiran yang agak perihatin..kata suami saya..;) Semalam pulang dari kerja sampai di ruamh kira-kira pukul 6.15 pm..sebenarnya b...
-
Assalamualaikum.. Rjin pulak hari ni nak post entry masak2..Hehe..Sehari sebelum kejadian pijak gelas sampai pecah tu kitorang dah beli ik...
-
Assalamualaikum.. Rasanya baru je hari tu tengok 100++ hari lebih lagi ada..tetiba tengok harini dah tinggal 2 angka..sekejap je masa berl...