30 May 2011

Pantai Temala (Part 2)

Picnic pertama kali ke Pantai Temala mendapat sambutan..masa tu pergi 3 buah kereta sahaja..tapi memang sangat seronok la..

DSC04135

Pantai Temala ni terletak di Sedili, Kota Tinggi. Macam private beach je..sebab jalan nak pergi ke pantai pun lalu belakang rumah orang..bayar parking RM 3/car dan mandi RM1/seorang..Perjalanan memakan masa tak sampai 1 jam 30 minit..

DSC04121 

Inilah laluannya..turun bukit sikit dah jumpa pantai..gambar ini masa first time pergi..so tak ramai sangat..aku pulak masa tu tumpang kereta orang je..masing-masing bawak juadah sendiri pastu makan sama-sama..

DSCF4062

Trip kali kedua kitorang buka penyertaan kepada pekerja- pekerja lain..sekali ramai pulak yang nak pergi..13 biji kereta..risau jugak tak cukup halaman tuan rumah nak parking..tapi bila call makcik tu cakap datang je..memang luas la laman rumah dia boleh muat lagi 5-6 biji kereta..;)

DSC04401

Halaman tuan rumah..takde pulak gambar ke 13 buah biji kereta..memang kami je la yang conquer Pantai Temala ni..

DSCF4072

MIL ikut..dia tolong jaga Zahirah..Aku boleh mandi dengan puas hati..trip yang pertama tak dapat mandi..tau je la Zahirah punya waktu tidur..kalau tak dapat tidur dia akan moody sepanjang hari..

 DSCF4073

Aktiviti BBQ..sebagai organizer (cheh!) kami mengenakan bayaran RM 5 seorang untuk beli ayam, arang dan yang sepatutnya..;) Itu Encik Kamarul masih available..boleh emel kalau berminat..HAHAHA..

DSCF4071

Menyelerakan bukan? Seperti ku kenal tangan yang memegang penyepit tu..;p  Makanan lain bertemakan Potluck..Tak sempat amik gambar la..

DSCF4064  

Ade jugak gambar aku yang tak semenggah macam cacat pulak..HAHAHA..dengan gaya tudung seperti orang Afrika diorang kata..Aku pun rasa nak ketawakan diri sendiri..;p

DSCF4079

Tang air paling geram..jernih kan? tak dapat pergi Sibu Island pergi Pantai Temala dulu pun jadi la..Huhu..Saksikan la gambar diorang bersuka ria..Gambar I censored..HAHAHA..

DSCF4082

DSCF4078

 DSCF4075 

DSCF4083

Oh ada la gambar kereta parking tengah nak gerak balik..Siap ade model tak boleh blah itu..;p Destinasi seterusnya pada hari itu..Tempat Penternakan dan Penetasan Belangkas..Next entri la..banyak sangat dah gambar ni..;)

 

Kesimpulan: Semua puas hati..siap tanya bila nak buat aktiviti macam ni lagi..;)

No comments:

Post a Comment