Erk..lagi tak sampai seminggu Zahirah dah nak masuk 9 bulan..;) tapi baru nak update perkembangan 8 bulan..Nasib la..janji ade catatan..;) Rugi rasanya beberapa bulan lepas takde langsung update milestone Zahirah..
Tak sangka dah 8 bulan anak mama..sekejap je masa berlalu..nanti dah setahun lagi la macam tak boleh nak terima kenyataan..sekarang dah macam macam ragamnya..
Kemahiran yang dipraktikkan sejak dari 7 bulan adalah merangkak..rumah perlu sentiasa bersih…kalau tak ada cleaner kecil akan mop satu rumah..mengutip satu hal..;)
Memanjat..pantang ape saja boleh dicapai..mesti nak berdiri..dapat capai badan mama atau ayah terus nak berdiri..bukan ape takut jatuh je..tapi takpe biarkan dia explore..
Duduk sendiri tak nak dah orang pangku-pangku..tak bebas nak explore dunia dia..;)
Makan takmo makan bubur dah..gigi baru 2 batang dah nak makan macam orang besar..kalau kite makan mesti nak kena suap dia jugak..so bila makan kat luar pun mama kena pilih menu nasi putih jugak..bila suap nasi nanti dia kunyah kunyah sampai dia boleh telan..kalau bagi yang lembik alamak tak layan la..
Tidur melasak..sekejap kaki kat muka mama..pastu kat perut..pindah pulak kat ayah..haha..nasib la..macam nak tukar katil king size..;)nati dia dah bertambah besar camana la gamaknya kami 3 beranak tido..tak dapat nak bayangkan..;p
Dah kenal orang..kalau orang tak kenal nak dukung cepat2 peluk kita kuat kuat..nangis mencebik cebik..kalau nak pergi kerja pulak dah pandai sibuk nak ikut..bila nampak mama pakai tudung je mula la hulur tangan mintak dukung..;)
Pandai sebut mama..ayah jeles..haha..bila terjaga dari tidur mama takde cepat je panggil “mamma” dengan mulut cebik cebik..ayah ada kat sebelah pun tak layan..lagi dia panggil mama mama kat telinga ayahnya..;)
Setakat ni tu la perkembangan anak dara sorang tu..kalau teringat lagi nanti tambah.. Semoga Zahirah terus membesar dengan sihat dan bijak..sayang Zahirah banyak banyak..:) mmuah!! (ni pun dia dah pandai buat gaya..;))
Haha. Sama cam Nashriq. Tang duduk tak mau berpangku tu adalah exactly the same!!
ReplyDeleteKalau kita pangku dia, mulalah dia melorot nak turun duduk sendiri. Geram tengokkan!! Macam orang besar.
Semoga Zahirah terus membesar dengan sihat. Amin. :)
sekejap je kan anak ko dah nak setahun.bestnyeee...
ReplyDelete@Aishah:
ReplyDeleteRakan sepasukan la katakan..;) perkembangan lebih kurang sama je..;) moga nashriq pun membesar dengan sihat..amin..;)
@Isma:
a'ah..ko bila lagi..hehe..