18 May 2011

Happy 9 Month Old Zahirah..

19 May 2011..Genap anak mama 9 bulan..Alhamdulillah Zahirah membesar dengan sihat..start dari hari isnin hari tu Zahirah dah demam..tapi tetap aktif macam biasa..cuma asyik nak dengan mama je..
DSC03847Amik kat Klinik masa check up 8 bulan haritu..
Milestone:
  • Duduk sendiri-kemahiran semenjak 7 bulan lagi..tapi kena jaga-jaga jugak..nanti dia tergolek ke belakang..
  • Mulai Merangkak- 2 3 hari ni dia dah kerap merangkak..tapi kalau dia nak pergi tempat jauh sikit + tak yakin sangat dia akan mengesot je (crawl macam askar macam selalu..)
  • Berdiri dengan pertolongan-kalau ade sofa, sofa la tempat dia praktis nak berdiri..tak pun badan ayah dengan mama..kalau katn dapur bahaya aikit..kena tengok nanti dia berdiri kat rak pinggan then mengemas la ape yang patut..;)
  • Peglihatan-mengikut benda yang jauh..contoh kalau dukung bawak dia keluar jalan-jalan kat luar rumah..nampak pokok besar daun bergoyang-goyang Zahirah akan perhatikan je..kalau tengo sepupu dia main kejar-kejar pun asyik je dia tengok..(bila la aku dapat kejar diorang ni..;))
  • Menyahut panggilan mama..selalu kalau tengah main sendiri bila mama panggil adik/Zahirah..mesti cepat-cepat toleh mintak dukung..
  • Boleh bertutur-kalau nangis je “mama”..kalau tinggal sorang je teriak “mama”..sebut ba ba ba bila menyembur air liur dia..da da da bila membebel sendiri..
  • Melambai-belum pandai sangat cuma bila mama nak pergi je dia angkat tangan..lebih kepada nak ikut kita..kalau ayah dia pergi kerja lagi la..melalak nak ikut..
  • Patuh pada perkataan “jangan”-suka sangat pergi ke bilik air..bila kite kata jangan dia berhenti..bila kite tak kata ape-ape laju je dia pergi..;)
DSC04319 Saya anak ayah & Mama!
p/s": 3 bulan sahaja lagi mahu menginjak ke usia 1 Tahun..U’re always my little baby..

No comments:

Post a Comment