Membaca surat Aishah semalam kepada arwah abahnya membuatkan aku teringat pada arwah abah aku..Rindu..Rindu yang amat..
Walaupun tuhan hanya pinjamkan dia sementara..tapi kasih sayang abah, rupa abah tak pernah aku lupa..seawal usia 12 tahun aku dah kehilangan kasih sayang insan yang aku panggil abah..
Dah 14 tahun abah pergi..tak banyak sangat memori aku dengan abah..aku cuma ingat senyuman dia dan gaya dia bercakap dengan bahasa isyaratnya..dan pesanan terakhirnya..
Malam tu kitorang 3 beradik membelek belek surat khabar..masa tu ade iklankan pasal Proton Satria yang baru keluar..abah tunjuk isyarat kat kitorang nanti dah besar belajar pandai-pandai beli kereta..Arwah abah tunjuk kereta Proton Satria dalam surat khabar tu..Seminggu selepas tu dapat pulak berita kematian abah..T__T
Masa dapat berita tu aku macam tak percaya..aku ingat abah sengaja nak uji kasih sayang kami..abah sengaja buat-buat mati..nanti dah sampai rumah mesti abah bangun..T__T tapi abah memang pergi buat selamanya..
Abah tak sempat tengok berjaya dalam UPSR, PMR..tak sempat tengok result SPM aku yang walaupun tak seberapa..tak dapat hantar aku masuk universiti..tengok aku kahwin..merasa mendapat cucu..T__T
Oh setiap kali tengok Zahirah..mesti aku teringat kat arwah abah..mesti dia gembira sangat dah ada cucu..tapi aku dah semakin redha..aku hanya mampu kirimkan doa dan Al-Fatihah buat abah..Moga Abah tenang di sana..
Aminn..
Abah yang baju biru belah kanan ni..Raya terakhir dengan abah..
Rindukan orang yang dah tak ada memang perit kan?
ReplyDeleteHaih.