20 December 2010

Contest Si Manjaku Comel

Assalamualaikum..

Saya telah di tagged oleh Aishah Rahim untuk join contest ni..;p Sekali sekala ape salahnya join contest ni kan..mempertaruhkan gambar anak sendiri..Hihi..Semua baby pun comel2 belaka..harap ade tuah dalam contest ni..;) 

Masih sempat lagi..tarikh tutup penyertaan : 25 Disember 2010


Syarat-syarat penyertaan:

1- Jadi follower blog Masyimalo Heart nie.. -SUDAH


2- Mempunyai blog sendiri... http://yantieazan.blogspot.com <- INI BLOG SAYA ;)
3- Buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik (yang ni wajib)


Ini lah gambar bertuah..tak tau nak pilih mane satu..;) Harap pihak juri berkenan..

4- Tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang... (ni pun wajib gak)-Sudah
5- Last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni...- Sudah 

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun....Zahirah dah 4 bulan..

7. tag rakan2 anda 5 org...
Morq(Farhana) & Adam
Aida & Maisarah
Ilyia & Iman/Idd


ops! 3 orang je boleh tak? hehe


8. Juri adalah hubby dan ibu tuan punye blog okeh...;)<--Pilihlah saya! ;p 


Sekian Terima Kasih!! ;)

18 December 2010

4 bulan dah..


Sekejapnya masa berlalu..dah 4 bulan anak mama..:-)

Semoga menjadi anak yg solehah..jangan meragam selalu..:-P

Ayah & Mama sayang kamu..;-) *hugs and kisses*

13 December 2010

Kematian..

Semalam petang menerima berita kematian..Anak yang dibawa kehulu kehilir hampir 10 bulan cuma dapat melihat dunia tak sampai 48 jam..sedih..

Sedih sangat..lagi sedih mestila si ibu..perut dah kosong tapi anak takde dalam dakapan..berat sungguh dugaan buat pasangan ni..

Fathuddin dan Norhidaya..bersabarlah..ade hikmah disetiap kejadian yang berlaku..ini semua dugaan dari tuhan kepada hamban-Nya..

Rasa nak bercerita tentang kisah mereka..tapi tak tau nak mula dari mana..hati rase sebak sangat..malam tadi peluk Zahirah kuat2..tenung dia..cakap kat dia "kalau tak mesti adik dah bertambah rakan sebaya.."

Sekarang: sedang menunggu lagi berita..Semoga selamat semuanya..Ya Allah..Kau berilah kekuatan kepada Fathuddin sebagai suami dan ayah..Semoga Din dan Isteri tabah menghadapi segalanya..

07 December 2010

Rezeki Zahirah


Alhamdulillah..pump pagi ni..risau jugak bangun kul 5 pagi td pump dapat sket sangat,dah ade standby air longan..cepat2 isi dalam tumbler bawak pi keje..haha..

Tak amik pengajaran langsung dari kes yang lepas..bila cuti pump x tentu hala..tu yang hasil kurang bila naik keje..huhu..

Air longan campur madu sedap! Ke korang dah tau..haha

;-) update from my handphone..

Aktiviti dlm kereta..


Inilah keje zahirah bila naik je kereta..selesa sangat la v..berekon la katakn..:-) tengok jugak kengkadang nk mengamuk jugak..ni dah mengantuk sangat la ni..

Korang buat ape cuti2 ni?:-) Salam Maal Hijrah..

02 December 2010

Gambar hilang..:'(

Baru je nak update blog..jap lagi nak upload gambar dari henpon semua gambar dah hilang..sedihnya..banyak gambar Zahirah dalam tu..sedihnya..mane nak amik balik moment tu..sedihnya.

.berapa banyak sedihnya aku letak..abis nak buat camne..ape card reader ni dah buat kat memory card aku?? semuanya dah hilang..

Abis semua mood nak update blog..banyak cerita nak kongsi..terpaksalah bercerita tanpa gambar sebagai bukti..huhu..

26 November 2010

Susu Merundum..Zahirah dah pandai mengamuk..

Assalamualaikum..

Dah lame tak update blog..ade jugak yang tenanti-nantikan aku update kan..haha..bajet glamer la sangat..kekangan masa la..macam-macam berlaku tapi nak menaipnya serius macam takde masa..mungkin aku kena usaha lebih untuk belajar menguruskan masa kot..supaya ada lagi masa untuk blog ni..

Aku sekarang tengah agak pening..tapi tak boleh stress..nanti lagi takmo keluar susu ni kot..;) tengah berusaha untuk kembalikan production seperti biasa..sebelum ni kalau pump pagi kat ofis biasanya dapat 2 botol x 4 oz paling kurang..tapi sekarang dapat 1 botol je (5 oz)..oh sedih!

Puncanya datang dari aku sendiri kot..makan tak menentu..pump pun tak menentu gara-gara cuti 4 hari aritu..tapi nasib baik cukup untuk bekalan Zahirah..bekalan frozen EBM masih banyak.setiap hari aku pakai 1 atau 2 botol je dari stok frozen..tapi takde bertambah..tak boleh camni..aku kena bangkit..huhu

Hari rabu lepas MIL call kata Zahirah tak nak minum susu..dia kata susu dah tak elok..aku pikir balik..kenapa plak dah tak elok sedangkan aku baru je pump hari sebelumnya..sebelum ni takde plak masalah camni berlaku..rase cam nak menangis tak boleh nak buat kerja sebab masa call MIL tu aku dah dengar Zahirah melalak..aku pun terus mintak time off kat bos..balik awal 1 jam..

Tapi bila sampai umah MIL aku tengok Zahirah diam je plak..mungkin selesa baru lepas mandi kot..aku amik dia dari buaian nak susukan dia tak nak plak..so aku assume sebenarnya dia tak lapar..dia just nak mengamuk kot..kebetulan the next day aku amik annual leave untuk check up Zahirah 3 bulan..Bila berdua je kat rumah aku study gerak geri dia..kenapa dia menangis cam masa kat umah MIL..

Memang betul la..dia bukan menangis sebab nak susu pun..mungkin sebab bila dia sedar dari tidu dia sensorang je dalam buaian..dia sebenarnya nakkan lebih perhatian..bila dia sedar dan menangis..dia nak kita amik dia dan cakap2 bual2 dengan dia..bila dia rase okay dia pun tidur balik..So sebenarnya susu aku yang hari Zahirah melalak kat umah MIL tu bukan la rosak..cuma dia memang belum lapar..

Pagi tadi masa hantar Zahirah aku bagitahu MIL yang Zahirah dah pandai nak mengamuk nak lebih perhatian..aku bagitahu susu yang dipanaskan tu boleh tahan lagi sejam kalau2 Zahirah taknak susu tu..Sayang la..hari tu je 3 botol MIL buang sebab dia kata susu rosak, Zahirah tak nak..

Banyak dugaan nak menyusukan ni..ni baru sikit kot..dengan penghasilan susu yang tak berapa nak memberangsangkan..huhu..dah mengadu dengan husband 2 3 hari ni..tengah berusaha untuk kembalikan supply susu macam sebelum ni..tak payah risau..pump kat ofis je dah dapat 5 botol..cukup untuk bekalan esoknya..

Tadi dah suruh husband carikan longan kering..ada sumber mengatakan boleh meningkatkan penghasilan susu..selain tu aku makan Vitamin C dan B-Complex..orang tua2 plak cakap makan sawi boleh banyakkan susu badan..balik ni mesti cari sayur sawi..doa pun penting gak..yelah kita berusaha..Tuhan yang menentukan kan..

Untuk Zahirah: InsyaAllah mama akan buat yang terbaik untuk kamu sayang..

10 November 2010

Rutin Harian..

Sekejap timbul sekejap tengelam aku ni..dah memang blogger tak tegar pun..;)
Biasa la..banyak perkara berlaku..tapi tak berkesempatan nak cerita kat blog ni..

Rutin harian aku bangun pukul 5.00 pagi..gosok baju kalau belum gosok, mandi dan siap2kan Zahirah tetiba dah pukul 6.00 pagi..;) dulu memang pukul 6.00 pagi je dah keluar rumah..tapi sekarang dah boleh bajet masa keluar rumah pukul 6.30 pagi pun sempat lagi sampai tempat kerja before 8.00 am..;)

Untuk mengelakkan rase cemburu aku bila aku sorang je bangun awal..aku suruh jugak husband bangun awal jugak seawal pukul 6.00 pagi..motor dia tinggalkan dekat umah MIL so setiap pagi boleh pergi kerja sama2 hantar anak sama2..hehe..barulah rase adil kot..

Sampai umah MIL dalam 20 minit perjalanan..sesampai je aku terus uruskan stok EBM untuk Zahirah sepanjang hari tu..biasanya balik kerja ambik Zahirah tu aku terus letak stok perahan kat opis tu dalam fridge..so bila pagi hantar Zahirah tu tinggal letak lagi berapa botol yang tak cukup..biasanya dalam 5 - 6 botol..bergantung kalau aku rase nak kerja lebih masa aku standby 6 botol (4 oz per bottle).. 

Dalam pukul 7.00 terus pergi kerja..bergantung pada tahap kesesakan lalu lintas..selalunya boleh sampai sebelum pukul 8.00..;) siap singgah warung beli breakfast..;)

Sampai je lab terus panaskan air untuk sterile peralatan untuk pump dan botol2 susu..sepanjang kat tempat kerja mesti pump minima 3 kali..kat lab ade fridge masuk je EBM dalam fridge..then waktu balik bawak balik menggunakan cooler bag dengan 2 keping MLO Ice Packs..

Sampai rumah MIL angkut sekali husband balik rumah..hehe..sampai rumah masak, basuh baju main2 dengan Zahirah dalam pukul 11.00 camtu dah masuk tidur..Zahirah  tidur lagi awal..yang aku bersyukur sangat husband tak kisah pun kalau dia kena masak..;) thanks sayang..jadi aku pun takde la penat sangat..

So macam tu la rutin seharian aku buat masa ni bila hari bekerja..;) 

01 November 2010

Zahirah 2 months


Zahirah sbenarnya dah 2.5 bulan..haha baru nak update..cepatnya anak mama membesar..check up yang lepas berat Zahirah adalah 5.3 kg..dapat injection kat peha kanan pulak..nasib baik tak demam..Alhamdulillah lepas inject tu terus bagi ubat demam selang 6 jam bagi lagi dia tak demam..tapi merengek la jugak..selalu dia tak pernah nangis takde sebab..tapi ni dia nangis beriya sampai aku pun rase nak nangis sekali..;)
Untuk bulan ke-2 ni Zahirah dapat imunisasi untuk: Radang Hati, Radang Paru-paru, Polio, Batuk kokol dan tu je la kot..;) rupanya nak kena tanya baru la jururawat tu terangkan betul2 detail..kalau tak tanya dia just bagi suntikan je la..
DSC03068
Lepas je kena injection nangis beberapa saat terus tidur..bagus betul anak mama ni..kebetulan aku cuti masa hari pergi check up tu..so lepak2 je la kat umah dengan Zahirah..
Zahirah’s milestone:

  • Smiles -->comel gile bila dia senyum..bila nak gi keje mesti senyum2 mcm taknak bagi aku gi keje..;)



  • Tracks objects with his eyes
    -->bukan setakat objek je kalau mama dia bergerak jauh dari dia je mesti tertoleh2 kepala dia..;p dah kenal orang pun ye..



  • Makes noises other than crying –> pandai tarik perhatian tu..



  • May repeat vowel noises, such as "ah" or "ooh" --> seronok..macam ajak kite berbual dengan dia..


  • Ok..Nanti update lagi pasal budak kecik ni..;)
    DSC03069
    Reference: ivillage

    30 October 2010

    Work and Pump

    Hmm..hari minggu anak tidur suami tidur camni baru dapat nak update blog..eh tapi sekejap lagi dah nak kena masak makan tengahari pulak..takpe update laju2..haha..

    Semenjak menjadi ibu yang berkerjaya ni..macam2 hal nak kena dibereskan..alangkah bestnya menjadi suri rumah (agaknya) ek?

    Alhamdulillah dah 2minggu aku naik kerja..so far semuanya okay..tapi seawal jam 5 pagi dah kena bangun..sebabnya nak hantar Zahirah ke rumah MIL pun dah 20 minit perjalanan..hari2 pagi dan petang aku mengukur jalan..huhu..

    Alhamdulillah jugak Zahirah masih fully breastfeed..pasang niat memang senang..macam aishah kata..kalau takde keazaman yang kuat memang susah nak menjadi..aku ni tak la ada keazaman yang tinggi..tapi sejak Zahirah lahir aku dan suami sedang cuba yang terbaik untuk anak kitorang..;)

     DSC02778my work station

    Hehe..bersepah gile tempat meja aku ni..bila ade mood je nak kemas..tapi sekejap je bersepah balik dengan macam2 form dan surat..;p kat sini jugak port aku mengepam..cover2 pakai lab coat memang takde orang perasan la..dah la lab ni macam akuarium..kitorang yang dok dalam lab ni ikan..orang yang lalu kat luar tengok ape kitorang buat kat dalam..dah bilik bercermin namanya..;)

    Pumping schedule aku biasanya:

    1st session : 9.00 – 10.30 pagi

    2nd session : 12.30 – 2.30 ptg

    3rd session: 3.30 – 4.30 ptg

    bergantung jugak..kadang2 bagun pagi Zahirah taknak susu seawal jam 7.30 sampai tempat kerja aku terus pam..kadang2 pulak pagi bangun kul 5 tu aku pump..yang penting 3 sesi tu memang wajib..paling lama pun 3 jam sekali..sepanjang kat tempat kerja biasanya dapat stok EBM 16 oz hingga 20 oz..

    Zahirah pulak minum 4.0 oz x 4 botol = 16.0 oz..kadang2 kalau jalan jem aku sampai lambat sampai 5 botol..so setiap hari aku memang bekalkan 5 botol antara 3.5 oz hingga 4.oz setiap botol..kuat minum jugak anak aku ni..kat rumah pulak kalau malam 2 atau 3 kali je dia akan bangun menyusu..itu pun B kadang2 sampai membengkak..tu yang terpaksa bangun pukul  2 atau 3 pagi untuk pam..

    DSC02922

    pump yang banyak berjasa..

    Kebetulan masa lepas bersalin tu ade dapat bonus dari company..terima kasih bos! Hehe..laju2 je aku bukak enjoybreastfeed.com untuk beli Spectra 3 c/w extra breast shield set dengan harga RM 328.00 free postage..aku memang dah lama aim..kebetulan pulak ade promotion sempena  Minggu Penyusuan Susu Ibu pulak masa tu..memang berbaloi2 la..;)

    DSC02771

    Jingle Jungle cooler bag

    Cooler bag ni boleh masuk 6 botol susu jingle jungle yang 5 oz tu..so cooler beg ni la yang aku angkut setiap hari pergi kerja..;) oh ini aku beli kat fabulous mom..masa tu belum bukak lagi cawangan JB..sekarang dah buka dah 2 kali aku terjah..;)

    ebm stok2EBM stock..

    macam siket je kan..tapi husband dah komplen takleh letak ikan..haha..inipun stok dari seminggu sebelum naik kerja..belum pakai pun..ingat november baru nak pakai..maksudnya minggu depan..;)

    Pengurusan EBM lain kali cerita la ye..si Zahirah ni takmo tidur atas tilam dia pulak..asikla nak kena pangku..;) dia tau hai minggu je dapat manja2 seharian dengan mama..;)

    DSC03077 setiap kali amik dari umah MIL..ini je la keje dia..;)

    15 October 2010

    Our 1st Anniversary

    Alhamdulillah..

    17 hb Oktober 2009 adalah tarikh kami melangsungkan pernikahan..esok dah genap setahun..macam tak percaya..sekejap je masa berlalu..

    DSC_1221 macam baru je semalam..

    Sepanjang 1 tahun bersama..masih lagi macam nak mengenali diri pasangan masing2..walaupun 5 tahun bercinta..tapi hidup selepas berkahwin memang sangat berbeza..dulu boleh pikir pasal diri sendiri je..buat keputusan sendiri..tapi bila dah kahwin kena berbincang..keputusan bersama..

    DSC_1392 Sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..

    Lepas kahwin lagi best..kemana2 je boleh ikut..masa belum kahwin pikir kata orang walaupun kadang2 wat bodoh je..hehe..nak cemburu pun payah..kadang2 pura-pura cemburu..;) masa mengandung paling best..semua yang kite nak InsyaAllah mesti dapat..suami pulak sabar je..ye la orang mengandung ni kan sensitif lebih..;)

    CSC_1085

    10 bulan hidup berdua..si kecil lahir ke dunia..jadi pelengkap hidup kami suami isteri..perhatian lebih kepada si kecil..keperluan sendiri kemudian..anak dulu..untung jadi anak..

    DSC02804sakit perit 39 minggu 1 hari hilang lepas lahirnya Azyan Zahirah..

    Hidup kami dah lengkap..Ayah-Mama-Azyan Zahirah..Terima Kasih Ya Allah atas limpah rahmat dan rezeki dariMu..

    DSC02313Hari Raya yang sangat bermakna..Aidilfitri 2010..

    Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Pertama Abang..;) Semoga kita akan kekal bahagia ke akhir hayat..Jadi ayah dan suami yang terbaik..

    11 October 2010

    Kelahiran Puteri Kami..Part 2

    Bila dah stop susah plak nak sambung..dah blogwalking mesti malas nak update blog..ade jugak orang cam ni..aku la tu..;)

    ok sambung..

    Masuk labour room u aku ingat la dah nak bersalin..masa tu rase nak cepat2 je selesai semuanya..kalau la husband boleh masuk..lagi la rase kurang sket berdebar tu..tapi pukul 11.00 pagi aku masuk labour room pukul 11.00 malam baru aku keluar masuk ke wad..huhu

    DSC02811Tempat bersejarah harus dikenang..;)

    Masuk labour room pukul 11.00 terus pasang CTG kat perut..2 kali tukar mesin tu kecoh jugak la..ade yang tak function la..kecoh2 je orang masuk bilik no.9 ni..asik la tanya bukak berapa cm..ape masalah..cek blood pressure plaknya tinggi..puas doktor tanya aku ade darah tinggi ke..so aku cakap la takde..mungkin awak berdebar dia kata..logik la kot..

    masa tu aku tak rase takut pun..cam steady je..tapi ade satu nurse ni macam kerek  sket tanya aku: “awak takut eh?” aku jawab la tak..pastu dia boleh cakap kat member dia : “Ala..cakap je la takut..takut tak nak mengaku” aku macam ade la jugak nak lempang nurse tu..haha..tapi sabar..kang susah nak bersalin plak..

    Pukul 12.00..bacaan CTG tak cantik..aku tak reti baca..ade sorang nurse tu yang temankan aku..dia yang bagitau..baik plak nurse yang sorang ni..tak ingat plak nama dia..dia kata nanti kena masuk air ape entah yang untuk percepatkan bukaan..lupe da..then kena suntik (pelik je pakai perkataan suntik) dengan pithidine..pithidine ni cam pain killer la..tapi macam tak berfungsi..haha..sakit jugak..

    What are the advantages of pethidine?

    • Helps you relax.
    • It can help you sleep, which will allow you to get the rest you need for the hard work ahead.

    source: babycenter.com

    DSC02810 

    Memang lepas je kena inject terus rase mengantuk yang amat..memula contraction selang 10 minit..sampai la pukul 3.00 contraction datang setiap 5 minit..setiap kali contraction je setiap kali tu tersedar dari tidur yang tak berapa nak nyenyak..dalam pukul 4.00 husband masuk dalam bilik..dia mintak kebenaran dengan nurse kat kaunter bilik saringan..2 kali aku rase en.husband masuk tengok keadaan aku..kesian dia tunggu kat luar..;)

    so dipendekkan cerita..aku bersalin pukul 6.38 petang..semua staff hospital tengah sibuk pikir pasal nak berbuka..aku ade la dengar masa aku tengah sakit tu diorang cakap pasal ape juadah berbuka diorang..huhu

    Doktor kata kalau rase nak meneran bagitau..yang aku rase masa tu nak cecepat keluarkan baby dalam perut ni..sakit memang tak hengat la..macam sembelit..betul la ape yang orang2 kata..tapi yang aku tak boleh blah masa aku nak teran keluarkan baby aku boleh kata sekejap sebab aku terasa ade orang gunting kat bahagian tu..huhu..akhirnya keluar la Azyan Zahirah..

    Nurse bagi tengok jantina baby then diorang teruskan proses menjahit..bab ni memang sakit tapi tahankan aje la..aku siap dah macam nak tendang nurse yang jahit luka tu..haha..Alhamdulillah semuanya selamat..aku ditinggalkan sebab semua orang nak pergi berbuka..aku minum air masak je..

    Sambung tidur..pukul 7.30 doktor masuk tanya “mana anak awak?” boleh pulak tanya aku..diorang yang bawak tadi..pukul 8 lebih baru Zahirah diletakkan kat baby cot dalam bilik yang sama dengan aku..masa tu aku beranikan diri ambik Zahirah dan susukan dia..Perasaan yang tak tergambar masa ni..terus dia hisap mungkin haus sangat dah lama keluar baru dapat susu..;)

    tak lama selepas tu en.husband masuk untuk azan dan iqamatkan Zahirah..dah jadi bapak..macam tak percaya muka dia aku tengok..

    Pukul 11.00 baru aku diusung masuk ke wad..wad yang creepy..toilet jauh..kipas kat dinding..nasib baik 1 malam je..esoknya pukul 1.00 dah boleh keluar wad.. 

    tu la dia pengalaman aku..banyak lagi yang tak tercerita..tapi ok la ni..;)

    TAMAT

    10 October 2010

    Kelahiran Puteri Kami..

    Entry ini mungkin akan menjadi sangat panjang..nak menaipnya pun dah mengambil masa..berhari-ari..;) nak cerita detail sket..sebagai kenang-kenangan..;)

    Tak sangka..jangkaan 19hb aku bersalin betul2 terjadi..Hehe..Tarikh tu adalah tarikh due masa pi scan kat Klinik Jamiah mengikut ukuran kepala baby..Sebenarnya tepat jam 12.00 tengah malam tu dah berasa saspen jugak..sampai la ke waktu nak kena bangun bersahur..aku sempat masak nasi goreng pedas..Haha..dah la husband sakit perut secara tak sengaja aku terbuat nasi goreng pedas plak..husband makan sket je..aku pun..last2 banyak buang..lepas bersahur sementara nak tunggu subuh baring2 dulu..;)

    Dalam kul 5.50 pagi aku pun bangun nak ke bilik air..sekali bila jalan tu rase ade bendalir keluar sgt laju..tapi tak banyak..aku tengok takde darah tapi macam ade benda lain warna hijau gelap (rupanya light meconium)..ade 2 kali jugak keluar..aku bgtau husband..

    Dia plak aku tengok cam panik..aku pun sebenarnya..tak tau nak wat ape..then aku soh la dia mandi sembahyang siap2 semua..aku pun mandi siap2 sembahyang then call emak..emak kata tunggu siang sket baru gi hospital..lagipun aku tak rase sakit sangat..just macam sakit pinggang je..

    7.00 pagi kitorang keluar rumah..bukan terus pergi hospital..mengenangkan konfem jalan jem sebab semua orang tengah nak pergi kerja..so kitorang pergi umah my MIL..saje je nak tunggu pukul 9.00 pagi baru gerak nak pi hospital..lagi plak mr.husband sakit perut dari semalamnya..asik nak memerut je..

    DSC02799

    Heh! orang lain yang nak beranak..org tu plak yang sakit perut lebih2..;) masa ni aku steady lagi..sakit 1/2 jam sekali..tu pun mild contraction je..aku rase aku lebih risaukan mr.husband tu yang sakit perut..pas MIL urutkan perut dia baru rase lega sket..

    Dekat pukul 9.00 pagi barulah kitorang gerak ke hospital..my MIL pun ikut sekali..sampai hospital dekat kul 10 jugak kot..tunggu kat depan Bilik Saringan utk cek CTG/ bukaan rahim etc..DSC02800

    10.00 pagi..Takde la ramai sangat..still kena tunggu turn dipanggil..masa daftar tu nurse tanya dah sakit sangat ke? aku jawab 20 minit sekali..padahal aku tak tengok sangat jam pun..main agak2 je..

    Sampai kena panggil turn aku masuk bilik saringan..memula dia cek jantung baby je pakai alat macam kat KK selalu guna tu..then keluar balik tunggu dipanggil lagi katanya..tunggu lagi dekat 15 minit kot nurse panggil lagi..kali ni dengan doktor plak..comel je doktor tu..Dr. Melisa Rina namaya..(amboi ingat tu..;) masa ni dia tanya la pasal medical history cek2 semua buku ibu mengandung..semuanya ok then naik atas katil untuk cek bukaan rahim..

    Sekali dia kata ni light meconium..baby dah buang air besar kot kat dalam..tak sempat buat CTG pun doktor kata ni dah nak kena masuk Labour Room ni..terus dia pecahkan air mentuban pastu booked labour room confirmkan bukaan 5 cm..huhu..aku plak macam “Haa..dah nak masuk labour room ke?” Sempat ke salam2 laki aku mintak maaf semua..macam sedih pun ade..

    Sebelum aku dibawak ke labour room pakai wheel chair, aku dibawak la jumpa en.husband nak amik baju baby,kain batik,pampers dan sebagainya untuk lepas bersalin nanti..salam cium tangan..cam nak ajak sekali dia masuk tapi tak boleh..huhu..aku tengok muka en.husband masa tu pun tak tau la nak describe..macam blur je..;) aku ingat dia cakap baik-baik..;)

    BERSAMBUNG….

    Lagi 6 hari..

    Sedang menghabiskan sisa sisa cuti..6 hari lagi..minggu depan dah naik kerja..huhu..macamane la nanti..uruskan diri sendiri..uruskan anak, laki..uruskan rumah..wah! Super Woman..;)

    Sedang mempositifkan diri..boleh ke aku bila naik kerja nanti perah susu untuk stok EBM..cukup ke? nanti Zahirah ok ke..walaupun dah pernah try bagi EBM..masih risau jugak..;) Biasa la kot kan..terpaksa jugak teruskan kerjaya..

    Sedang jugak..:) mempositifkan diri yang konfem melambak bila naik nanti..nak audit pulak tu..mungkin kena kerja sampai malam jugak..camane plak nanti budak yang lagi sorang tu kalau dapat kerja tempat lain..haru biru..aku la yang kena kerja lebih masa setiap hari..huk!huk!

    DSC03009

    Oh! macam nak masukkan balik budak ni dalam perut bawak pergi kerja..;) macam kangaroo pulak kan..yang penting bila dekat rase senang hati..huhu..

    Ni konfem hari pertama kerja syahdu je rasanye..mesti bergenang air mata..:’(  nak wat camne..aku memang beremosi orangnya..hehe.. 

    Car Seat..

    Cerita adalah berlaku minggu lepas..;) macam tak biasa..update lambat..abis bukak laptop je terus bukak FB..terus macam tak sempat nak update blog..haha

    DSC02997

    Pipi Zahirah..masa ni tengah tunggu ayah balik kerje + bersiap..dah pukul 9 malam masa ni..sampai Sutera Mall dah pukul 9.40 malam..Jalan laju semacam nak cari car seat untuk Zahirah je..sekali dah pukul 10 ade paging kata 10.30 baru tutup..Haha..sempat la jalan2 lagi..

    DSC03004Model..cam patung pulak dah..

    Rela je Zahirah kitorang letak kat seat tu..Hehe..Harga seat tu RM 159.90..affordable la..lepas beli car seat untuk Zahirah tu terus balik umah..dah malam kan..

    Belum try lagi..esok dah start hantar Zahirah ke umah MIL..boleh start guna la..;) haih! jauhnya perjalanan bila dah naik keje nanti..Jalan Seelong-Senai-Skudai-Larkin..Balik plak Larkin-Skudai-Senai-Jalan Seelong..Huhu..Berapa km? Jem lagi..huhu..esok kite tengok..

    p/s: malasnya nak naik keje..nak berhenti la..haha..pening en.husband..

    02 October 2010

    44 hari..

    Alhamdulillah.. Arini dah genap 44 hari aku berpantang..berpantang ke? haha..macam tak je..yang aku rase bebetul berpantang adalah minggu pertama lepas bersalin je..lepas tu takde la bersungguh sangat macam minggu pertama tu..;)

    So dalam minggu pertama tu macam biasa la mandi air rebusan daun..pagi dan petang..tu semua Nyaie yang buatkan..aku tinggal mandi je..badan memang rase segar bertenaga la lepas mandi air daun tu..kalau terkena air sejuk rase lain macam je badan..seram sejuk..tu yang jadi masa hari ke 12 tu.badan aku masuk angin then demam 2 hari..nasib baik boleh lagi nak BF Zahirah..lepas tu terus takut nak mandi air sejuk..tapi lepas 21 hari aku try mandi air sejuk badan dah ok sampai la sekarang aku mandi air sejuk je..

    Lepas mandi pagi tu ade wat bertangas plak..tak berapa pasti ape tujuannya..Katanya untuk kurangkan bengkak pada tempat kta melahirkan tu..Nyaie dah buatkan aku ikutkan ajelah..

    Berurut dengan bidan kampung adalah selama 3 hari je..ade pilihan sebenarnya nak 3, 5 atau 7 hari..tapi aku pilih 3 hari je..kononnya after sebulan nak urut lagi tapi sampai sekarang tak berkesempatan..best ape berurut..lepas tu badan rase ringan je..lepas sesi berurut pagi dam 1 jam jugak berurut pemakaian param dan pilis..bidan tu urut satu badan dengan param..so kulit terasa halus je..hehe..sebab param tu ala ala cam scrub..pilis plak pakai kat dahi..rase panas sket..lepas abis sesi beurut param dan pilis pakai sendiri..

    Oh ade lagi..tapel..harus dipakai di perut..untuk membantu pengecutan rahim..pastu barulah pakai bengkung..tapi lepas 5 hari aku pakai Ginger Extract beli kat Cosway..sedap..panas je..lepas beberapa jam panas hilang nanti ko akan rase panas lagi..

    Bab pemakanan plak memang kena jaga..tapi ade jugak aku hentam je..hehe..kalau ade aku rase yang was2 boleh ke tak makan..aku jamah je..jangan melantak..nanti memudaratkan diri sendiri jugak..aku ingat ade sorang tu pesan..makan jangan pantang kecuali yang memudaratkan..;) nurse tu pesan masa aku pergi cek jaundis Zahirah..

    Tu je la yang penting aku rase dan ingat..pasni kalau bawak Zahirah keluar jenjalan orang dah tak leh nak kata ape or nak membebel kata kesian kat baby la ape la..sebab saya dah lepas hari..yahoo!!

    Alhamdulillah..sepanjang dalam hari ni Zahirah takde la mengamuk malam2 ke..menangis tak tau dia nak ape ke..semuanya under control..harap harap dah lepas hari pun dia tetap behave..;) tak banyak ragam..

     

    p/s: Rasenya masa dah sesuai untuk khatankn Zahirah..

    01 October 2010

    FabulousMom New JB Outlet..

    Fabulous Mom

    Klik untuk ke Facebook FM

    Hari ni Fabulous Mom JB start beroperasi..lepas hantar Zahirah pegi klinik tadi terus terjah kesana..lagipun memangada barang nak beli..daripada beli online nak kena postage..Memang semua tertunggu2 pembukaan outlet kat JB ni..;)

    Gambar tak amik..

    Ape yang aku rembat?

    DSC02975

    1. Jingle Jungle Breastmilk Storage with 15% discount

    2. MLO Breastmilk Storage also with 15% discount

    Kalau bawak duit lagi banyak lagi banyak benda la aku shopping kat situ..tu pun ade hati nak jalan2 kat Sutera Mall..mengenangkan kena dukung Zahirah kesian plak tengak tido takpelah tunggu jalan2 bersama suami tercinta..;) bersempena habis pantang/ lepas ari..hehe boleh?

    15 % discount for each item sampai 14 Oktober ye..

    DSC02972untuk anak mama takpelah berhabis sket untuk EBM storage..daripada membazir beli susu formula..banyak cabaran untuk fully BF..Harap dipermudahkan oleh-Nya..

    DSC02974

    Hasil perahan pagi tadi..Alhamdulillah..sebenarnya aku belum ade jadual mengepam lagi..1 hari 2 atau 3 kali aku pam buat stok EBM..keutamaan direct feeding Zahirah..InsyaAllah 11 Okt akan pump ikut jadual..huhu..

    30 September 2010

    Dilema lepas cuti bersalin..

    Assalamualaikum..

    Banyak nak dicerita..tapi malas nak menaip..camne tu? Hehe..hari2 blogwalking je..abis kalau takde org update memang la bosan..terima kasih kepada blog2 yang selalu update..bagi bahan bacaan untuk saya..

    Lagi beberapa hari je lagi nak naik keje..banyak benda yang terpikir..yang paling utama sekali sape nak jaga baby bila dah naik kerje nanti..huhu..kami suami isteri dah puas berpikir + berbincang..lastly we decide my MIL yang jaga Zahirah..

    Sebenarnya macam taknak menyusahkan orang tua..tapi macam terpaksa..nasib baik la MIL yang offer kalau takde orang jaga hantar kat dia..lagipun dengan orang yang kite lebih kenal lebih yakin nak hantar baby..lagi plak my MIL dah tau aku nak fully BF Zahirah..InsyaAllah..

    Minggu depan dah kena start hantar Zahirah untuk tempoh percubaan..pastu nak kena train MIL camne nak feed Zahirah..Pengurusan EBM..kalau main bagi je nanti dia ingat EBM aku dah basi la..ape la..banyak nak kena terangkn..

    Alhamdulillah setakat ni Zahirah tak banyak ragam..my MIL pun dah biasa dgn dia..dia suka sebab budak kecik ni tak gembeng (kuat menangis)..kan aku dok berpantang lebih kurang 3 minggu jugak kat umah dia..setiap hari dia yang mandikan Zahirah..diam je budak tu..dalam 1 hari nak dengar dia nangis pun susah..

    DSC02970 gaya favourite Zahirah tido kat pangkuan..;) tongkat pipi yang dah labuh..

    DSC02963mesti rindu nak tgk budak kecik ni bila time kerja nanti..;) jangan hari pertama nangis sudah..Hehe..

    Rasa mcm nak berhenti kerja dok umah jaga anak je..huhu..mesti semua 1st time mummy rase camni kan bila nak naik keje..dah sedap dok umah 2 bulan bukak Maybank2u gaji dah masuk..;)

    20 September 2010

    Batuk Selsema Melanda..

    Waa..lepas raya je macam2 penyakit datang..;) batuk la..selsema la sakit tekak la..abis macam2 yang dihidangkan tuan rumah..kuih raya dah mesti..air nak senang mesti air gas je ..senang la katakan..tinggal bukak botol..tak perlu nak bancuh2..pastu mesti nak letak ais..

    aku kan pergi beraya gak..kadang2 degil jugak minum jugak air batu..tapi takde la banyak..kalau tak malu aku mintak la air suam dari tuan umah..tak pun aku tak minum langsung..tapi kat umah dah husband minum air sejuk aku pun kadang2 tutup mata je minum..hehe..jangan contohi saya ye..;)

    akibatnya kena la selsema diikuti batuk..aku plak dah la kalau batuk satu umah dengar..kesian anak aku..asik la terkejut dengar omak eh batuk kokol..pastu asik kena marah je dengan husband..abis dah aku batuk memeng kuat..kalau tak macam tak puas je tekak rasenya..

    nasib baik la Zahirah tak kena batuk dan selsema jugak..;) aku la penyebabnya..huhu..tapi tiap malam aku kena korek jugak hidung dia..uish! bunyi mcm kejam..haha..mungkin dia selsema jugak..tapi siket..

    Korang tu gi umah terbuka banyak2 beringat..;) penyakit tu ujian dari Allah..tapi jangan la cari penyakit..(mengingatkan diri sendiri juga)..

    19 September 2010

    1 month

    Assalamualaikum semua..;)

    Alhamdulillah..semalam Zahirah dah mencapai usia sebulan..dah banyak perkembangannya..;) terutamanya badannya..pipi semakin tembam..kaki tangan semakin berketak-ketak..

    DSC02951Tidur gaya bebas..baru balik dari klinik tadi..tido je de masa kena injection Hep. B kena cucuk jarum bukan main kuat dia melalak 5 saat pastu sambung tido..Nurse kata suntikan ni takkan menyebabkan demam..tapi rasa dia macam kite kena suntikan kancing gigi (tetanus)..

    mesti rasa lenguh2 kan..hihi..kesian anak mama..jangan meragam dah la..sejak 2  minggu kebelakangan ni around 11pm – 1am Zahirah mesti tak boleh nak lelap mata + rengek-rengek manja..time2 tu aku plak la yang ngantuk..hehe..  

    DSC02947bath time..paling dia suka..:)

    Berat Zahirah sekarang dah naik 1.4 kg dr 2.8 kg masa lahir..Alhamdulillah..

    Pertama Raya

    Assalamualaikum..

    Hehe..macam dah lupa ade blog..terabai blog ni dek kerana kesibukkan raya..sape kata orang dalam pantang tak dapat beraya..;)

    Walaupun tak dapat berpuasa penuh..dah terbayang kena menggantikan puasa lebih dari 20 hari..walaupun tak dapat nak melantak secara tah hengat dunia..raya aku tetap meriah..

    Raya pertama as a wife and a mommy..;) thn lepas merasa 2 hari raya sbg isteri sbb kami kn menikah 28 syawal..;) haih! sekejapnya masa berlalu..

    Dalam perjalanan pulang ke kampung..aik! apsal mama yang pakai songkok..pembetulan..

    Zahirah seperti biasa..tidur teruss..dari mula gerak sampai la  kat kampung..;) tak banyak gambar dirakamkan..al maklumlah handphone entah kemana..dah ade handbag baru..kena dukung Zahirah kemana2..

    Ini dikira sbg gambar keluarga..boleh la dr takde langsung..;) alasan kenapa Zahirah tak pki baju kaler pink? taknak bagi de tenggelam antara makpaknya..haha..

    08 September 2010

    Membeli belah untuk beraya sakan..;)

    Syukur dah wat baju awal2..kalau masuk bulan Ramadhan baru nak wat baju..gerenti tukang jahit teragak2 nak amik tempahan..;) Tahun ni tema keluarga kami adalah biru..ikut tema keluarga belah mertua..

    Kebetulan 3 4 bulan lepas dah beli kain ela warna biru..then Cik Leha bagi kain ela lagi warna biru..So baju raya saya thn ni ada 2 helai..ok la tu bagi orang yang tengah dalam pantang macam aku ni..nanti elok2 dah siap pakai baju raya orang tak bagi pergi berjalan plak..huhu..

    Dah dengar pengumuman raya tadi.Raya Jumaat ni..maksudnya masa tu 21 hari berpantang..;) sekejap je rasanya..tengok Zahirah masa lahir kecik je..sekarang dah nampak pipi dia semakin tembam..;)DSC02931 Anak Mama..19 days

    Sempat jugak pergi membeli belah untuk raya 2 hari lepas..Mama dapat 1 handbag je..baby pulak dapat diapers bag 1 dan 2 helai baju raya..sebab ayah soh pilih cepat2 dah mama lupa tema baju raya kami..2 helai keduanya warna pink..Haha..

    DSC02933 Baju raya Zahirah..

    Pastu teramik 1 sleeveless plak..auww! seksi anak mama nanti..;) salahkan ayah sebab dia soh cepat2..T__T dah tak sempat nak amik mitten & booties untuk Zahirah..;) headands pun..baru nak kasi Zahirah melaram di hari raya..Ayah plak dpt 1 helai t-shirt dan sepasang kasut..mama takde kasut raya..;(

    Selamat Hari Raya

    dari kami sekeluarga

    Azan, Yantie & Azyan Zahirah

    05 September 2010

    Beraya mana tahun ni??

    Berapa hari je lagi nak raya kan?! Wah org tak puasa penuh ni excited nak beraya plak..Hehe..biasa la..badan sudah berasa agak2 sihat ni kan..Lagipun siapa yang suka nak beraya..berkumpul sesama sedara mara..ini la masanya..Hari biasa even kalau ade kenduri pun belum tentu dapat jumpa..;)

    Anakku je yang belum tahu erti raya..yang dia tahu nak susu je merengek2..pastu kalau tak nak susu rupanya dia buang air besar..mintak salinkan diapers..Heh! tak sangka plak aku dah ade anak..kadang2 rase macam main pondok2 je..Hihi..

    Berbalik kepada tajuk..suka sangat intro terlebih..Haha..Kalau bujang memang takde atau tak payah wat pilihan..dah status MARRIED ni kena la berbincang suami isteri nak beraya kat mana..jangan la gaduh sampai bermasam muka..;)

    Nasib baik la kami berdua 1 negeri je..daerah pun tak berjauhan..sejam dah boleh sampai..so Hari Raya Pertama boleh ade di kedua dua tempat..:) ish! tak terbayang la aku kalau husband orang utara ke pantai timur ke..mesti setiap kali nak raya macam nak bertekak..tapi pandai2 la ye..

    Tahun ni kami telah berbincang dan sepakat..:) oleh kerana sekarang aku tengah berpantang kat umah MIL..so sampai la ke pagi hari raya pertama kami akan berada di Senai..Selepas solat Jumaat (confirm ke raya ari jumaat?) kami akan bertolak pulang ke kampung halamanku kat Benut..Yea!!

    Oh excited nak raya..esok nak pi cari baju raya untuk Zahirah berang sehelai 2..Hehe..

    Selamat Hari Raya semua!!

    04 September 2010

    Bayi tersedu..

    Dari kecik emak cakap kalau tersedu tu maksudnya nak besar..;) bila sedu biasanya emak akan suruh minum air masak banyak2 untuk hilangkan sedu tu..

    Mitos ke ape ek? Tapi bila dah kat umah MIL ni bila Zahirah tersedu dia dok kata baby terdedah masuk angin..ini la baru first aku dengar..tersedu sebab masuk angin..kalau masuk angin mesti kembung perut..ye tak? Heh! biasalah bila dengan emak sendiri boleh banyak tanya..tapi bila dgn MIL aku lebih suka dengar je..:) nanti kalau aku cakap lelebih dia kata aku ni tak percaya plak ape dia kata..walaupun dalam hati sibuk la nak kata..apsal plak masuk angin?

    Sebenarnya bukan ape..setiap kali my baby tersedu semua orang merasa seperti terganggu..kesian kat baby..padahal bukan ape pun kan..sebabnya sedu tu 2 3 minit lepas tu hilang..biasanya kalau Zahirah tersedu aku terus bagi dia susu..then tak lama terus hilang..

    Bila Zahirah tersedu kalau aku ade dekat2 dia cecepat aku nak hilangkan sedu dia tu..sebab nanti my MIL akan kata aku biarkan baby terdedah..Tak pun aku ikut petua dari atuk nenek amik hujung benang basahkan sket dgn air liur letak kat dahi baby..itu pun nasib..kadang2 terus hilang kadang2 tak hilang pun..;)

    Ni Info aku dapat masa google pasal Bayi Tersedu..

    Kenapa Manusia Tersedu

    Apabila kita menarik nafas,  diafram (otot yang membantu kita bernafas) tertarik ke bawah untuk membantu udara masuk ke paru-paru. Tetapi ada ketikanya, proses ini terganggu. Apabila ini berlaku, diafram membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.  Oleh itu, udara berebut-rebut masuk dan melanggar kotak suara anda. Maka terhasillah bunyi hik, hik.

    Adakah Bayi Akan Rasa Terganggu?

    Walaupun ibubapa akan rasa risau, namun sebenarnya ia tidak begitu mengganggu atau menyakitkan bayi. Ibu boleh terus memberikan bayi  susu atau makan serta bermain seperti biasa. Ia tidak akan membuatkan bayi tercekik.

    Bila Perlu ke Doktor

    Jika sedu ini berlarutan terlalu lama, berlaku dengan sangat kerap dan tetap kerap terjadi selepas umur bayi setahun, sila beritahu doktor anda.
    “Bayi dengan penyakit refluks gastroesofagal mungkin tersedu lebih kerap. Jika sedu bayi terlalu kerap berlaku, beritahu doktor, lebih-lebih lagi jika bayi muntah dengan banyak atau batuk dan sangat meragam.”  kata Lynette Manzur, Professor Pediatrik dalam Babycenter.com.

    Jika Bayi Tersedu, Apa Nak Buat?

    Anda boleh membiarkan sahaja bayi tersedu. Ia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkannya secar sendiri. Tapi anda boleh mengelakkannya dengan mengurangkan kuantiti angin yang masuk ke perut bayi. Saiz puting yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi menghisap udara. Ini mungkin menyebabkan bayi tersedu. Bagaimana nak tahu saiz puting adalah sesuai? ‘Bila anda menonggengkan botol susu bayi, anda sepatutnya dapat lihat titisan susu bukan aliran susu tanpa henti ke bawah’.
    Sendawakan bayi dengan menyandarkannya ke bahu. Bagi bayi yang lebih besar, biarkan dia duduk. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan.
    Terus menyusukan bayi walaupun bayi tersedu. Biasanya sedu bayi tidak mengganggu penyusuannya, malah mungkin ini akan membuatkan sedunya hilang. Tetapi jangan terlebih menyusukan juga kerana mungkin terlebih menyusu menjadi penyebab sedu bayi. Jika anda risau terlebih memberi susu, cuba beri susu bila bayi mahu (on-demand) bukannya mengikut jadual.

    Fakta yang menarik baca kat Blog My Breastfeeding Journal:

    Kebaikan yang diperolehi daripadanya adalah 'bayi yang tersedu ini dapat meningkatkan deria untuk mencari puting susu'..selain itu, jika dari dalam rahim dia sudahpandai menghisap jari, ini dapat membolehkan bayi tersebut 'pandai menghisap susu ibunya' sebaik sahaja lahir ke dunia..

    Asal usul manusia tersedu

    03 September 2010

    Memulakan Penyusuan Susu Ibu

    Wah tajuk entry macam pakar je bab –bab Breastfeeding ni kan..;) sebenarnya macam takde idea nak publish entry ape arini..so marilah aku cerita tentang pengalaman yang tak seberapa ni..pasal pengalaman bersalin lambat la sket..;) panjang ceritanya..
    Masa lepas bersalinkan Zahirah tu rase macam penat sangat..aku terpikir jugak mane diorang letak anak aku..mungkin ke kena admitted kat wad..sebab Zahirah lahir with light meconium..nasib baik tak sempat dia telan meconium tu..so selamat la..lepas sejam (masa ni aku still dlm labour room) diorang hantar Zahirah letak dekat2 aku..
    Aku ingat la diorang nak ajar aku camne nak BF kn Zahirah..Malangnya staff semua sibuk nak tukar shift pastu semua macam malas nak ajar sebab masa tu baru lepas berbuka puasa..aku pun dengan tenaga yang ada ambik Zahirah dari tempat baby tu susukan dia..rase bangga sangat dengan diri sendiri masa tu..;) nak –nak bila Zahirah pandai pulak tu latch-on dengan sendirinya..dia punya hisapan bukan main kuat lagi..macam haus sangat..:) mungkin la haus kan..tak pun mungkin dia bersungguh sebab susu tak berapa nak kuar..Perasaan masa ni macam tak percaya tengah susukan anak sendiri..tak lama lepas tu husband pun masuk dia senyum je..dia kata suka tengok..macam nak menitis air mata..;)
    image
    Sebab banyak dah cari info la jugak pasal BF ni..sepanjang  malam kat dalam wad aku pun bagi je susu setiap 1 atau 2 jam..lagipun Zahirah pandai je setiap 1 jam dia cam rengek2 mintak susu..sepanjang malam tu sekali je dia nangis menjerit2 sbb aku lambat sket..masa kat dalam wad ade nurse yang pantau tengok kite ok ke tak..pandai ke taknak BF kn anak..
    Itu kisah kat hospital..satu malam je stay kat wad sbb takde masalah lain..keesokannya balik kampung nak berpantang kat kampung..itu pun sampai kampung diorang tanya takde ke beli Susu Tepung wat standby..kot2 anak tak puas menyusu terutamanya waktu malam nanti..aku cakap la tak nak bagi susu tepung..Nyaie plak nak bagi air masak kat Zahirah..beiya2 jugak la aku menyatakan hasrat aku nak fully BF anak aku..diorang macam tak yakin sangat..nak2 bila aku dah naik keje nanti..Tapi Alhamdulillah lama2 diorang boleh paham..
    Hari ke 3 berpantang aku dah merasa camne bengkak susu..Abis Zahirah asik tido je..hisap susu hisap jugak..tapi breast ni tak rase kosong..semakin membesar cam nak pecah aku rase..
    Macam2 la cara nak buat nak bagi reda rase bengkak dan panas kat breast tu..try pump keluar beberapa titis je..rasa semakin bengkak lagi ada..nasib baik husband ade masa tu..dia tolong jugak nak pam tapi bila dia kata aku terlalu excited nak pam plak..terus aku rase nak nangis..mungkin dia nampak macam tu..padahal aku nak kurangkan rase sakit tu..nak tido pun tak boleh..down gile..then mak + makcik2 aku semua masuk bilik bagi support..dah tau sebab ape..mungkin saluran untuk susu keluar tu tersumbat..
    image
    Nak bagi kurang rase panas tu letak kubis kat breast..daun kubis tu letak dulu dalam peti sejuk..ade kurang la jugak..lagi 1 makcik aku punya cadangan sikat breast..pakai sikat rambut tu kira macam urut2 la urat2 kat breast tu..itu pun membantu jugak..Aku layan je..yang penting sakit tu hilang..sebelum tido telan panadol dulu 2 biji..Alhamdulillah kesakitan tu beransur hilang..cuma 1 malam tu je la kau rasa azab betul breast membengkak..
    Kebetulan sesi urut lepas bersalin tu belum habis..so, bidan urut tu ade la wat urutan supaya pengaliran susu lancar..sekali lagi macam nak menangis aku rase..berapa kali aku tepis tangan mak bidan tu..:)
    Itu tak termasuk rase sakit melecet bila baby hisap susu..tapi yang tu boleh tahan lagi..;) Alhamdulillah sekarang semua tu dah berlalu..hari ni dah hari ke-15..sepatutnya semalam aku dah start Latihan Memerah..tapi sebab sekarang ni dok kat umah mak mertua aku, aku rase minggu depan kot baru aku start..tak selesa la..kat sini ada 3 orang anak buah yang sedang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi..semua benda diorang nak tau nak tanya..kengkadang aku tak larat nak layan..;)
    Lagipun InsyaAllah Isnin ni Breastpump Spectra3 yang aku order tu akan sampai..mesti excited sket nak start..;) Semoga Allah mempermudahkan urusan aku nak fully BF Zahirah InsyaAllah sampai dia umur 2 tahun..Aminn.. 

    Pictures: Google

    01 September 2010

    Anak pulak demam..

    Kesian anak aku..semalam pagi badan dia macam panas sket..tapi aku rase ok lagi..temperature 36.6 degree C..lagipun masa pantang kat kampung hari2 nurse datang check temperature dia..sampai 36.8 pun dia kata normal lagi..so aku takde la risau sangat..cuma tak yah la bedung lagi kalau dah tengahari..tapi sekarang ni dari pagi pun aku tak bedung..

    Tapi sejak semalam dia punya tido cam tak berapa nak nyenyak..dah mudah terkejut dengan bunyi persekitaran..biasa la kot kan..lagipun ade sepupu2 dia yang suka sangat kat dia asik nak cium sampai kadang2 aku tengok anak aku pun cam rimas..ke aku yang rimas..hehe..;)

    DSC02917

    So semalam aku tidokan dia dengan aku sekali tido kat sofa..baru la nyenyak dia tido..cian anak mama..sepanjang siang tak dapat tido nyenyak..

    DSC02918

    Latest pic..ni pun aku pangku..barula nyenyak + kurang terkejut..kalau aku letak je..si kakak sepupu dia asik la nak mangadap + cium2 dia bila balik dari sekolah..

    Oh ye..ape ubat ruam panas ek?

    30 August 2010

    Bentan?

    Assalamualaikum..

    Alhamdulillah sekarang dah rase sihat sket..semalam merasa jugak aku demam selepas bersalin..itu agaknya orang kata bentan ye? aku pun tak tau..baru ni la mengalaminya sendiri..

    Pagi semalam macam2 betul2 dah sihat..basuh baju mengemas umah..sekali bila masuk waktu tengahari badan dah rase seram sejuk je..badan panas tapi rase sejuk mengigil gigil rase nak selubung je..tapi aku gagahkan jugak..

    Aku amik towel dgn curah air sejuk dari dalam peti ais untuk kurangkan panas..lap2 sendiri kat dahi kat badan pastu tido jap..2 jam pastu rase cam dah ok sket..siap cari info pasal ubat periuk..ubat periuk dah ade tapi belum rebus + minum lagi..

    bgtau kat mr.husband rase macam nak demam..dia cam nak balik tapi aku soh je abiskan keje..pastu aku sambung je tido..sebelum tu siap rebus ubat periuk simpan dalam flask dan minum sket..petang kul 6.00 terus gerak pi umah mertua kat Senai..adelah kena bebel sket..Haha..

    Pas makan malam tarus masuk bilik..pening tak terkata..badan rase lemah gile + sejuk satu badan..nasib la Azyan tak banyak ragam..dia tak nangis pun..bising2 sket time nak susu je..susu plak tengah banyak..banyak kali jugak dia bangun nak susu..tapi banyak jugak susu sampai aku bangun pagi tadi cam mandi susu dah..Hehe..

    Sebelom nak tido tu aku makan Panadol 2 biji dgn minum air ubat periuk..baru la rase demam tu nak kebah..berpeluh2 dan panas badan pun dah kurang..mungkin peredaran darah tak berapa nak lancar la kn..tu yang pas minum tu rase segar sket..

    Hoho..tu la kisah semalam..Alhamdulillah hari ni dah semakin sihat..harap2 hari2 seterusnya pun sama..;) dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..aminn..

    29 August 2010

    Alhamdulillah..Syukur Pada-Nya..

    Detik yang dinanti tiba juga akhirnya..Alhamdulillah semuanya selamat..

    DSC02804 Fresh from the oven..;)

    Name: Azyan Zahirah Binti Azan

    Weight, Height: 2.8 kg, 48 cm

    DOB: 19 August 2010 (6.43 pm)

    POB: Hosp. Sultanah Aminah, JB

    Banyak lagi nak update..tapi macam nak tido dulu la temankan Azyan..Hehe..

    18 August 2010

    Risau..

    Alhamdulillah..selesai sudah berbuka..tapi risau plak yang datang..mr.husband sakit perut dari waktu lepas berbuka semalam sampai sekarang tak baik2 lagi..ni pun dia masuk tidur awal..kesian tengok dia..resah gelisah terpusing sana sini..

    Aku cuma boleh tolong sapu minyak kat perut dan picit kat mana yang patut je la..actually pagi tadi selepas check up dah pergi klinik panel mr.husband..dapat MC 1 hari..aku cakap kat dia tak payah la puasa hari ni..makan ubat..tapi aku balik kerja tadi dia still tak ok lagi..nasib boleh lg drive amik aku balik kerja..

    Oh ya..doc kata mungkin perut terkejut..erk! dah seminggu puasa baru nak terkejut ke?! mungkin pasal minum/makan makanan atau minuman yang tak bersih..tapi semalam aku dan dia makan makanan yang sama? konpius disitu..doc kata mungkin jugak petanda nak kena gastrik..

    Ya Allah..jauhkanlah suamiku daripada segala penyakit yang memudaratkan..Aminn..

    Aku yang tengah sarat ni mr.husband plak yang sakit..;( kalau tetiba aku sakit nak bersalin camne ek? huhu..mungkin baby ni dah tahu belum lagi sampai masanya dia perlu keluar..tapi kalau esok pagi mr.husband tak baik2 jugak aku rasa nak amik EL then bawak dia pergi hospital la..lambat sangat tak?..memalam cam ni aku tak berani nak drive..udah la rabun..boleh plak tertinggal cermin mata kat opis..;(

    Harap harap semuanya ok la dalam beberapa jam ni..Risau..risau sangat..dia jarang sakit/demam..biasa kalau demam pun tak lama..lagipun sakit2 dalaman nak2 dalam perut ni..merisaukan sungguh..;(

    17 August 2010

    39 weeks

    Tak sangka la masih bertahan lagi baby ni dalam perut ni..best sangat ye syg dalam perut mama ni..;) Tu yang tak nak kuar lagi tu..;p

    Hari ni pergi check up kat Klinik Desa (KD)..check up macam biasa je..minggu depan kalau tak bersalin lagi pergi check up jumpa doktor plak kat Klinik Kesihatan Kempas..;)

    Perkataan pertama aku masuk bilik nak cek perut: "Tak bersalin lagi awak?!" Aku gelak je la..abis nak buat camne memang baby belum nak keluar..Hehe..tunggu la lagi 2 3 hari kot..;p Belum ade rase ape2 lagi..just biasa je contoh macam asik la nak pergi buang air..then kalau duduk atau baring tu bila nak bangun sakit sangat kat ari-ari tu..setiap kali pergi bilik air saspen je kot dah ade keluar tanda..;)

    Nasihat daripada nurse tu: sentiasa pantau gerak anak..once dapat rase cam pergerakan kurang cepat2 pergi hospital..kalau selepas 25.08.10 ni tak besalin lagi..kemungkinan 5-7 hari lepas tu kena pergi menyerah diri kat hospital..pe la lagi..induce la..;) Harap tak yah la samapi induce2..keluar la bila dah ready ye baby..;)

    Hari ni aku berpuasa seperti biasa..pagi tadi sahur ala kadar je..nasi lauk kicap, telur goreng,dgn lada n bawang goreng..;) oh ade minum oat sebagai penambah tenaga..hehe..hari ni suamiku tak sihat..dah hantar dia pi klinik then aku terus pergi kerja..ape khabar dia kat umah agaknya..






    Seminggu di bulan Ramadhan

    Alhamdulillah..dah 7 hari kite semua umat islam menjalani ibadah puasa..;) 7 hari jugak dah berlalu dgn macam2 kisah..macam2 dugaan..terutamanya ibu2 mengandung cam aku..;p

    Kalau2 esok aku bersalin pun dah kurang seminggu nak ganti puasa..hehe..ok la daripada kena ganti sebulan..thanks baby bagi kerjasama yang baik kat mama..;)

    imageDi hari ke-7 ni jugak kami suami isteri telah genap 10 bulan menjadi suami isteri yang sah..Alhamdulillah..Ya Allah, Kurniakanlah kebahagiaan yang berkekalan kepada kami hingga ke akhir hayat..Kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh/solehah..Berkatilah hidup kami dengan rezekimu dan permudahkanlah segala urusan kami..Aminn.. 

    I love You so much Abang..;) terima kasih atas segala-galanya..

    Esok ade check up..huhu..

    imageNak masuk 39 minggu dah..;) dah kena pi check up setiap minggu..Bila baby nak kuar ni? ;) Mama & Ayah dah tak sabar nak mencurahkan kasih sayang kami..Hehe..;p

    16 August 2010

    Malas nak masak!

    Emm..malas2 pulak nak masak untuk berbuka..dah tau hari ni kena buka sorang2..tu yang malas tu..dah dekat nak berbuka nanti baru la sibuk bising kat dapur..takpe masuk waktu berbuka boleh terus rasa masakan sendiri..;) lagipun menu arini simple2 je la..nak masak sayur air, ikan goreng dengan sambal belacan je..

    Tadi dah singgah bazar kat depan simpang tu beli ayam panggang..;) harum sungguh baunya..buat orang tak sabar nak berbuka..;) si suami pulak kirim Karipap Sardin..dah lama tak makan karipap katanya..;p

    Alhamdulillah..dah 6 hari kita semua berpuasa kan..aku masih lagi larat nak berpuasa..baby dalam perut pun tak meragam..cuma semalam tu je la yang wat saspen..;)

    Malam ni atau esok kena beli barang dapur untuk masak sahur + berbuka..si suami kata “Ala lagi 2 3 hari kan awak bersalin..tak yah beli barang basah dah..” Amboi2 yakin sungguh ye..;p

    Takpelah..bila baby dah ready nak tgk dunia ni nanti dia kuar la..redha je la bebila pun..janji dia elok2 je dalam perut ni..;)

    Selamat berbuka semua..nak start masak dah ni..;) waktu berbuka kawasan Johor Bahru arini adalah 7.16 malam..;)

    15 August 2010

    EDD

    Estimated Due Date..bagi yang tak biasa pasal istilah2 mengandung ni..eceh! baru first time mcm dh byk time..hehe..hari ni aku 38 weeks 5 days pregnant..tgk je ticker kat atas tu..;) bermakna dalam masa lebih kurang 9 hari je lagi baby nak kuar..huhu..

    Kalau ikut cam emak masa mengandungkan aku dulu..dia kata aku kuar dulu sehari selepas due date yang sepatutnya..mungkinkah aku pun nanti camtu..maksudnya 26 hb August ni la aku bersalin..Hehe..macam seronok je menjangkakan diri sendiri nak bersalin bila..;) abis belum kuar tanda kan..kalau dah takde la aku tengah menaip kat sini..;p

    Ada lagi tarikh lain..Aku pergi scan sekali je kat klinik private..tapi ade 2 EDD aku dapat..kalau scan dia berdasarkan ukuran baby paad masa tu..masa aku pergi tu dalam 28 weeks camtu la..ikut ukuran kepala baby EDD aku adalah awal iaitu 19 August..tapi kalau ikut ukuran tulang peha adalah lewat seminggu iaitu 29 August..

    So tarikh yang mana baby nak pilih ye..mari kita senaraikan..haha..

    1. 19 Ogos
    2. 25 Ogos
    3. 26 Ogos
    4. 29 Ogos
    Paling hampir adalah lagi 3 hari..huhu..sekali lagi kasi saspen kat diri sendiri..;) berdebar tak?? korang memang la tak rase..aku ni ha yang membawak perut..ada 2 org pregnant blogger yang aku follow yang mana EDD diorang lebih kurang aku je..dah beberapa hari diorang tak update..sudah bersalinkah mereka? kat company aku ni plak ade sorang lagi yang sepatutnya due awal Ramadhan aritu tapi baby belum nak kuar..huhu..hmm..tak sabar dah nak jadi emak..Hehe..;p

    Anak buat saspen..jimatkan tenaga..;)

    Catatan Ibu mengandung..;) agak2 menyampah nak baca tak perlu teruskan..terima kasih..;p

    Ok..rehat jap..mengantuk giler wat data entry ni..
    tersengguk-sengguk aku dibuatnya..huhu..tak boleh blah..
    ok kite cerita pasal semalam..buat saspen je baby ni dari pagi sampai tengahari tak bergerak2..
    Kalau jadi ape2 kat 'dia' mesti aku yang rase bersalah..sebab aku yang mengandung kan? takkan pulak nak salahkan bapaknya..;( sampai aku rase nak menangis..tak pun memang dah menangis kot..hehe..cengeng!

    Pagi semalam entah camne 2 2 orang pekak boleh tak dengar alarm..padahal 2 2 handphone dah set alarm..tapi kul 5.10 am baru sedar..kul 5.35 am dah nak imsak..dah la takde siap makanan lagi..yang ade cuma nasi..ingatkan nak masak sardin pagi tu..kalau bgn kul 4.45 memang sempat sangat..cam selalu la..

    So..melantak la maggi ayam..si suami memang boleh lalu makan maggi dengan nasi..tapi aku tak boleh..erk! cam pelik je makan maggi dengan nasi..so aku makan maggi je la yang sempat yang paling cepat nak prepare..aku rase dah cukup kenyang la tu..dengan minum air milo..

    tapi siang tu baby dalam perut ni diam je plak..aku tepuk2 perut ni pun dia diam je..dah akhir2 ni memang la sangat saspen..kan kalau dalam masa 12 jam tak cukup 10 pergerakan kena laju2 pi hospital..tu yang saspen sebenarnya..dok tertanya2 : "eh! dah nak kena pi hospital ke ni??" then sampai kul 12 tghari camtu aku rase macam dilanda kemurungan..hehe..ye la..apsal la baby ni tak nak gerak ni..siap aku google pasal pergerakan baby semua forum aku masuk..risau punya pasal..

    sekali dalam lebih kurang sebelum kul 1 baby ni pun bergerak..hehe..baru la muka aku boleh nak tersenyum..tapi wonder jugak cukup ke nanti 10 pergerakan after 12 hours..tak nak bagi mama dia risau agaknya dalam kul 6++ dah cukup dah..so lega di situ..tak yah pergi serah diri kat hospital dulu..hehe..

    Agaknya baby saje je nak jimatkan tenaga awal2 rilek2 tido2 dulu kot..haha..pandai aku je kan..ye la kan sahur tak makan nasi..tu yang macam tak yakin..tapi pagi ni baby betul2 aktif..sebab aku duduk2 je kan..tapi bila nak angkat punggung..bercinta nak start jalan tu..cam penguin pun ade..huhu..

    p/s: 
    Kalau dah nak bersalin pun..biarlah keluar tanda..senang sket..takdela aku teragak2..;) baru nak masuk 39 minggu je pun..belum lagi overdue..tapi biasalah..perasaan lebih..setiap kali nak pergi toilet pun saspen je..jeng! jeng! jeng!..

    12 August 2010

    Misi RM 5 di bazar ramadhan..

    Ceh! pergi bazar ramadhan pun ade misi yang dibawa kan..hehe..bukan ape..kena berjimat cermat..kalau tak RM 20 pun tak cukup..sudahnya membazir je nanti ade yang terbuang..ish! tak baik..membazir itu amalan syaitan..;)

    Alhamdulillah..mcm tahun2 lepas..company ade bg peruntukan kira cam Meal Allowance untuk bulan Ramadhan..minggu depan pulak dah start dapat bubur lambuk..;p bubur lambuk Zara adalah sangat laris..ops! bukan untuk dijual tapi percuma..so sesapa yang lalu Jalan Langkasuka dalam kul 2.30 –4.00 pm boleh la singgah amik..murah rezeki company..boleh dapat bonus lagi..hehe..

    Setiap hari kitorang dapat RM 5/seorang..RM 5 tu la yang aku peruntukkan untuk pergi bazar tadi..;p hari ni tak berbuka bersama suami..beliau balik kul 8.30 mlm..suami balik baru la makan nasi..macam tak percaya pun ade..tahan je nafsu nak membeli..sblm kuar kerja kul 4.00 dah set mind nak beli kuih je untuk berbuka nanti..tak sangka berjaya..haha..

    Aku beli 2 bungkus air kelapa (kata baik untuk ibu mengandung..tu yang asik hentam air kelapa je..;p) lagi RM 3 aku beli la aneka jenis kuih..;p oh ucap tahniah pada diri sendiri..hehe..bukan mudah tau (bg aku) nak menahan nafsu membeli juadah berbuka puasa..;p pencapaian yang baik untuk diri sendiri arini..;)

    Balik tadi terus masak asam pedas ikan kembung..jap lagi dah boleh makan bila suami dah balik..sekian laporan arini..;p

    Korang berbuka ape di hari ke-2 puasa ni?

    10 August 2010

    Less than 14 days..

    Selagi tak bersalin cerita pasal kandungan je la ye..;p 1st time adalah suspen..itu yang macam setiap pengalaman hendak dirakamkan melalui penulisan kat blog ni..ceh! hehe..

    Kadang macam tak percaya..arini dah genap 38 minggu..pergi check up yang lepas nurse cakap ni mmg dah cukup sangat2 ni bila2 dah keluar tanda terus serah diri kat hospital..ini serius..huhu..rase cam main2 je..tapi jangan nak main2 ade 1 lagi nyawa dalam perut ni..;) anak mama & ayah..

    Smlm kul 9++ mlm time dinner si suami kata arini mungkin tak dapat balik berbuka..dalam hati adalah sangat sedih..puasa pertama tapi tak dapat berbuka bersama..huhu..prepare hidangan then terus pergi solat Isyak dulu soh suami makan dulu kerana mendapat perkhabaran sedih..entah2 apa2 je rase siap nangis time tengah sembahyang..;p malu plak dgn diri sendiri..terlalu mengikutkan perasaan..hehe..

    Mungkin perasaan sekarang ni cam tengah bercampur baur kan..macam saspen bila2 masa je boleh beranak..tapi tak boleh nak saspen2 sgt..nanti jadi panik..bila panik si suami lagi la panik..so buat cool je la..haha..

    ok la mari menunggu hari2 bersalin dengan penuh ketenangan..hehe..Doakan semuanya berjalan lancar..mama & baby semuanya selamat ye..

     

    p/s:

    saspen jugak..;p tidur tak lena mandi tak basah..;)

    1 Ramadhan

    Assalamualaikum..

    Salam ramadhan semua..hari ni hari pertama kita semua berpuasa..Alhamdulillah sempat juga menyambut puasa tahun ini..(belum nak beranak lagi)..

    Bulan puasa pertama as a wife..;p lain rasanya..selalunya time bujang suka hati je nak sahur ape..ini nak kena pikir dari petang sebelumnya lagi nak sedia juadah ape untuk bersahur..dapat suami yang tak kesah memang senang..janji ade je makanan depan mata dia makan je..tapi wajib nasi..dah nama pun makanan ruji rakyat Malaysia..hehe..

    Hari ni aku adalah cuti Awal Ramadhan..kira public holiday la kat Johor ni..tapi aku tak paham ade jugak company yang tak amik today as a public holiday..sudahnya ni aku sorang2 la kat umah..huhu..tu yang dapat ngadap blog..pastu jap lagi mesti bosan..tunggu waktu zuhur plak untuk beribadat..;) pastu mesti sekejap je dah masuk waktu asar kelentang kelentung plak kat dapur masak untuk berbuka..

    Masak ape untuk berbuka arini? tak tahu lagi..sebab si suami macam tak dapat balik berbuka bersama je..huhu..sedih..apa nak buat..tapi masih jugak berharap dia dapat balik berbuka bersama2..macam nak stress tapi macam tak perlu..;( baby ade temankan mama kan..;)

    Korang berbuka apa arini? kat mane?

    Salam Ramadhan semua..semoga mendapat keberkatan Ramadhan..