30 October 2010

Work and Pump

Hmm..hari minggu anak tidur suami tidur camni baru dapat nak update blog..eh tapi sekejap lagi dah nak kena masak makan tengahari pulak..takpe update laju2..haha..

Semenjak menjadi ibu yang berkerjaya ni..macam2 hal nak kena dibereskan..alangkah bestnya menjadi suri rumah (agaknya) ek?

Alhamdulillah dah 2minggu aku naik kerja..so far semuanya okay..tapi seawal jam 5 pagi dah kena bangun..sebabnya nak hantar Zahirah ke rumah MIL pun dah 20 minit perjalanan..hari2 pagi dan petang aku mengukur jalan..huhu..

Alhamdulillah jugak Zahirah masih fully breastfeed..pasang niat memang senang..macam aishah kata..kalau takde keazaman yang kuat memang susah nak menjadi..aku ni tak la ada keazaman yang tinggi..tapi sejak Zahirah lahir aku dan suami sedang cuba yang terbaik untuk anak kitorang..;)

 DSC02778my work station

Hehe..bersepah gile tempat meja aku ni..bila ade mood je nak kemas..tapi sekejap je bersepah balik dengan macam2 form dan surat..;p kat sini jugak port aku mengepam..cover2 pakai lab coat memang takde orang perasan la..dah la lab ni macam akuarium..kitorang yang dok dalam lab ni ikan..orang yang lalu kat luar tengok ape kitorang buat kat dalam..dah bilik bercermin namanya..;)

Pumping schedule aku biasanya:

1st session : 9.00 – 10.30 pagi

2nd session : 12.30 – 2.30 ptg

3rd session: 3.30 – 4.30 ptg

bergantung jugak..kadang2 bagun pagi Zahirah taknak susu seawal jam 7.30 sampai tempat kerja aku terus pam..kadang2 pulak pagi bangun kul 5 tu aku pump..yang penting 3 sesi tu memang wajib..paling lama pun 3 jam sekali..sepanjang kat tempat kerja biasanya dapat stok EBM 16 oz hingga 20 oz..

Zahirah pulak minum 4.0 oz x 4 botol = 16.0 oz..kadang2 kalau jalan jem aku sampai lambat sampai 5 botol..so setiap hari aku memang bekalkan 5 botol antara 3.5 oz hingga 4.oz setiap botol..kuat minum jugak anak aku ni..kat rumah pulak kalau malam 2 atau 3 kali je dia akan bangun menyusu..itu pun B kadang2 sampai membengkak..tu yang terpaksa bangun pukul  2 atau 3 pagi untuk pam..

DSC02922

pump yang banyak berjasa..

Kebetulan masa lepas bersalin tu ade dapat bonus dari company..terima kasih bos! Hehe..laju2 je aku bukak enjoybreastfeed.com untuk beli Spectra 3 c/w extra breast shield set dengan harga RM 328.00 free postage..aku memang dah lama aim..kebetulan pulak ade promotion sempena  Minggu Penyusuan Susu Ibu pulak masa tu..memang berbaloi2 la..;)

DSC02771

Jingle Jungle cooler bag

Cooler bag ni boleh masuk 6 botol susu jingle jungle yang 5 oz tu..so cooler beg ni la yang aku angkut setiap hari pergi kerja..;) oh ini aku beli kat fabulous mom..masa tu belum bukak lagi cawangan JB..sekarang dah buka dah 2 kali aku terjah..;)

ebm stok2EBM stock..

macam siket je kan..tapi husband dah komplen takleh letak ikan..haha..inipun stok dari seminggu sebelum naik kerja..belum pakai pun..ingat november baru nak pakai..maksudnya minggu depan..;)

Pengurusan EBM lain kali cerita la ye..si Zahirah ni takmo tidur atas tilam dia pulak..asikla nak kena pangku..;) dia tau hai minggu je dapat manja2 seharian dengan mama..;)

DSC03077 setiap kali amik dari umah MIL..ini je la keje dia..;)

1 comment:

  1. wahh bestnya nep.. bertuah betol ko dapat pam susu banyak2.. bagus & keep it up ok! jaga azhirah baik2 (^_^)

    Bagaimana wanita di usia 25 tahun

    ReplyDelete