Wah tajuk entry macam pakar je bab –bab Breastfeeding ni kan..;) sebenarnya macam takde idea nak publish entry ape arini..so marilah aku cerita tentang pengalaman yang tak seberapa ni..pasal pengalaman bersalin lambat la sket..;) panjang ceritanya..
Masa lepas bersalinkan Zahirah tu rase macam penat sangat..aku terpikir jugak mane diorang letak anak aku..mungkin ke kena admitted kat wad..sebab Zahirah lahir with light meconium..nasib baik tak sempat dia telan meconium tu..so selamat la..lepas sejam (masa ni aku still dlm labour room) diorang hantar Zahirah letak dekat2 aku..
Aku ingat la diorang nak ajar aku camne nak BF kn Zahirah..Malangnya staff semua sibuk nak tukar shift pastu semua macam malas nak ajar sebab masa tu baru lepas berbuka puasa..aku pun dengan tenaga yang ada ambik Zahirah dari tempat baby tu susukan dia..rase bangga sangat dengan diri sendiri masa tu..;) nak –nak bila Zahirah pandai pulak tu latch-on dengan sendirinya..dia punya hisapan bukan main kuat lagi..macam haus sangat..:) mungkin la haus kan..tak pun mungkin dia bersungguh sebab susu tak berapa nak kuar..Perasaan masa ni macam tak percaya tengah susukan anak sendiri..tak lama lepas tu husband pun masuk dia senyum je..dia kata suka tengok..macam nak menitis air mata..;)
Sebab banyak dah cari info la jugak pasal BF ni..sepanjang malam kat dalam wad aku pun bagi je susu setiap 1 atau 2 jam..lagipun Zahirah pandai je setiap 1 jam dia cam rengek2 mintak susu..sepanjang malam tu sekali je dia nangis menjerit2 sbb aku lambat sket..masa kat dalam wad ade nurse yang pantau tengok kite ok ke tak..pandai ke taknak BF kn anak..
Itu kisah kat hospital..satu malam je stay kat wad sbb takde masalah lain..keesokannya balik kampung nak berpantang kat kampung..itu pun sampai kampung diorang tanya takde ke beli Susu Tepung wat standby..kot2 anak tak puas menyusu terutamanya waktu malam nanti..aku cakap la tak nak bagi susu tepung..Nyaie plak nak bagi air masak kat Zahirah..beiya2 jugak la aku menyatakan hasrat aku nak fully BF anak aku..diorang macam tak yakin sangat..nak2 bila aku dah naik keje nanti..Tapi Alhamdulillah lama2 diorang boleh paham..
Hari ke 3 berpantang aku dah merasa camne bengkak susu..Abis Zahirah asik tido je..hisap susu hisap jugak..tapi breast ni tak rase kosong..semakin membesar cam nak pecah aku rase..
Macam2 la cara nak buat nak bagi reda rase bengkak dan panas kat breast tu..try pump keluar beberapa titis je..rasa semakin bengkak lagi ada..nasib baik husband ade masa tu..dia tolong jugak nak pam tapi bila dia kata aku terlalu excited nak pam plak..terus aku rase nak nangis..mungkin dia nampak macam tu..padahal aku nak kurangkan rase sakit tu..nak tido pun tak boleh..down gile..then mak + makcik2 aku semua masuk bilik bagi support..dah tau sebab ape..mungkin saluran untuk susu keluar tu tersumbat..
Nak bagi kurang rase panas tu letak kubis kat breast..daun kubis tu letak dulu dalam peti sejuk..ade kurang la jugak..lagi 1 makcik aku punya cadangan sikat breast..pakai sikat rambut tu kira macam urut2 la urat2 kat breast tu..itu pun membantu jugak..Aku layan je..yang penting sakit tu hilang..sebelum tido telan panadol dulu 2 biji..Alhamdulillah kesakitan tu beransur hilang..cuma 1 malam tu je la kau rasa azab betul breast membengkak..
Kebetulan sesi urut lepas bersalin tu belum habis..so, bidan urut tu ade la wat urutan supaya pengaliran susu lancar..sekali lagi macam nak menangis aku rase..berapa kali aku tepis tangan mak bidan tu..:)
Itu tak termasuk rase sakit melecet bila baby hisap susu..tapi yang tu boleh tahan lagi..;) Alhamdulillah sekarang semua tu dah berlalu..hari ni dah hari ke-15..sepatutnya semalam aku dah start Latihan Memerah..tapi sebab sekarang ni dok kat umah mak mertua aku, aku rase minggu depan kot baru aku start..tak selesa la..kat sini ada 3 orang anak buah yang sedang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi..semua benda diorang nak tau nak tanya..kengkadang aku tak larat nak layan..;)
Lagipun InsyaAllah Isnin ni Breastpump Spectra3 yang aku order tu akan sampai..mesti excited sket nak start..;) Semoga Allah mempermudahkan urusan aku nak fully BF Zahirah InsyaAllah sampai dia umur 2 tahun..Aminn..
Pictures: Google
la lambatnya breast pam ko nep. ingatkan dah standby. sayang je susu yang terkumpul tu.
ReplyDeletebeli la jugak pureen nep, yang bateri tu. tak rugi pon, sebagai standby & boleh pam dalam kereta apa.
@MaS PuTRi
ReplyDeleteade aku mmg ade standby pam biasa..dah dapat baru je pagi tadi..;)