18 August 2010

Risau..

Alhamdulillah..selesai sudah berbuka..tapi risau plak yang datang..mr.husband sakit perut dari waktu lepas berbuka semalam sampai sekarang tak baik2 lagi..ni pun dia masuk tidur awal..kesian tengok dia..resah gelisah terpusing sana sini..

Aku cuma boleh tolong sapu minyak kat perut dan picit kat mana yang patut je la..actually pagi tadi selepas check up dah pergi klinik panel mr.husband..dapat MC 1 hari..aku cakap kat dia tak payah la puasa hari ni..makan ubat..tapi aku balik kerja tadi dia still tak ok lagi..nasib boleh lg drive amik aku balik kerja..

Oh ya..doc kata mungkin perut terkejut..erk! dah seminggu puasa baru nak terkejut ke?! mungkin pasal minum/makan makanan atau minuman yang tak bersih..tapi semalam aku dan dia makan makanan yang sama? konpius disitu..doc kata mungkin jugak petanda nak kena gastrik..

Ya Allah..jauhkanlah suamiku daripada segala penyakit yang memudaratkan..Aminn..

Aku yang tengah sarat ni mr.husband plak yang sakit..;( kalau tetiba aku sakit nak bersalin camne ek? huhu..mungkin baby ni dah tahu belum lagi sampai masanya dia perlu keluar..tapi kalau esok pagi mr.husband tak baik2 jugak aku rasa nak amik EL then bawak dia pergi hospital la..lambat sangat tak?..memalam cam ni aku tak berani nak drive..udah la rabun..boleh plak tertinggal cermin mata kat opis..;(

Harap harap semuanya ok la dalam beberapa jam ni..Risau..risau sangat..dia jarang sakit/demam..biasa kalau demam pun tak lama..lagipun sakit2 dalaman nak2 dalam perut ni..merisaukan sungguh..;(

1 comment:

  1. siannya..sakit perut biasa jer tu kot..harap2 cepat ok yer ur husband

    ReplyDelete