30 December 2009

Lempeng + Nasi Lemak Simple Street..

Malam- malam cari makan..mane badan tak mengembang ye tak? Haha..Simple Street ni terletak berdekatan dengan Hotel Selesa dan Hotel New York.. Mesti ramai jugak yang dah familiar dengan tempat ni..

DSC01409  macam makan kat dalam semak ye?

DSC01395

Macam ni la rupa tempatnya..ala2 warung ke memang warung la..makan beratapkan awan..Ade jugak tempat berpayung view dari tempat duduk kami..=)

macam2 menu ada ye..paling utama nasi lemak..nasi lemak dia memang teringat ingat la tu yang dah beberapa kali jugak jejak kaki ke sini..tapi tak boleh lawan lagi Nasi Lemak Kulai..

Nak best lagi order la lempeng..lempeng ni bahasa universal ke ek? kalau rase cam omputih cakap la "pancake" hehe..

DSC01392  Kita duduk bawah payung..sila abaikan perempuan yang macam serebeh tu ye..=)

DSC01396muka org yang telah mencuri hati air aku.. sebenarnya aku order air laici suam..jap lagi datang Air Laici sejuk air batu banyak tak hengat siap gelas besar lagi..Huhu..nasib baik aku malas nak mengamuk malam tu..Hehe..

 

DSC01398  Ni air DIA yang sebenar..Teh O..kat umah pun boleh buat..

DSC01400 Menu #1: Nasi Lemak Ayam..

DSC01402Menu#2: Lempeng dgn Sambal Ikan Bilis

DSC01404

Itu gambar sebenarnya betindih pinggan setiap satu menu 2 pinggan..bila semua makanan sampai buat2 call kengkawan " Eh! apsal tak datang lagi ni,aku dah order makanan banyak ni!"  Mulalah nak berlakon tak nak nampak pelahap..Haha..

 

P/S: Kalau dah licin pinggan tu konfem la sedap hingga menjilat sudu, jari, pinggan..Hehe..Oh ye Char Kuey Teow kat sini pun sedappp!

28 December 2009

Kronologi 2009..

Sedar tak sedar lagi 2 hari je nak melangkau ke tahun 2010..macam biasa bila melangkah ke tahun baru azam mesti nak ada..baru ke lama ke still ada dalam diri setiap korang..Tapi kali ni tak nak cakap pasal azam la..I kan dah ada AZAN dalam hidup ni..Hehe..Dah cukup bermakna sangat la tu..=)
So mari mengimbau kenangan sepanjang tahun 2009:
JANUARI
Bila dah hujung tahun tak ingat dah cerita masa awal tahun..Haha mane ade..mesti la aku ingat..sebab bulan ni aku dah mencapai usia 24 tahun..nasib orang lahir awal tahun cepat je nak tua..Haha..
Masa ni jugak dah  sikit2 merancang untuk bertunang..masa yang sesuai..dah pikir pasal belanja kawen nak menyimpan untuk kawen dan macam2 lagila pasal PERKAHWINAN. Kadang2 tu hari2 Google idea hantaran..Kah! kah! kah! Gelak pada diri sendiri pulak..
Ade perkara sedih jugak berlaku bulan ni..Aku accident dengan kereta..nasib baik la takde ape berlaku cuma luka luka sikit je..masa tu on da way nak pergi kerja..tak sampai pun 1 km dari umah..amik mase la jugak nak baik kesan luka kat punggung kat lengan ..dah la mase tu pakai baju kurung..ade la jugak aku tergolek2 3 kali..nasib baik tak menyeksi aauuww! hehe..
Oh ya! bulan ni jugak Cik Inda melahirkan Hadif..yang aku selalu dok cerita dalam blog ni..bertambah keceriaan dalam umah tu..mase ni still dok kat Mutiara Rini lagi..
FEBRUARI
Mase bulan ni aku dah proceed untuk urusan sewa beli kereta..pegi survey harga kat Proton depan tempat kerja aku (dekat je senang nak berurusan) bincang dengan mr. Azan (mase ni belum tunang lagi) akhirnya decide untuk amik Saga BLM..kalau nak tahu mase amik kereta ni aku belum ade lesen pun..Ujian Memandu dengan JPJ pun belum..gila semangat nak beli kereta..kalau tak silap 12 Februari keluarlah JLK ****gembira sangat2..minggu selepas tu dah tak perlu lagi pergi kerja naik motor berpanas berhujan..bermulalah episod aku membawa kereta pergi kerja tanpa lesen..Hehehe..(jangan tiru aksi ini..=))
akhir2 bulan tu dah sibuk buat perancangan untuk bertunang..dah pikir nak buat kat mane..bincang punya bincang akhirnya dah sampai bulan...
MAC
Pada tanggal 1 Mac dengan majlis yang cukup sederhana..terikatlah tali pertunangan antara aku dan azan..ceh! Majlis Pertunangan kami diadakan dikediaman makcik aku (Cik Inda) bersempena majlis kesyukuran kelahiran Hadif dan House Warming..Tali (ade tali ke?) pertunangan kami diikat selama 1 tahun hidup..
1 tahun hidup = majlis boleh dipercepat atau dilambatkan; 1 tahun mati = genap setahun majlis perlu dilansungkan..sumber tak tahu..Haha..Org org tua yang bagitau..
Lepas tunang seminggu terus jadi pengapit kepada Kak Niza & Boy pada 8 March 2009..Ade aku cerita entry itu klik ---> SINI..
APRIL
Yang aku ingat bulan ni ade tragedi pada Handphoneku.. sebenarnya handphone tu kepunyaan tunang tersayang pada masa itu..ececeh! aku dah bagi jahanam..
Tak berapa menarik la bulan April..paling best aktiviti bulan tu adalah MASAM 2009 dan masa tu aku amik plan Takaful Pesona Lady dari Maybank..Sebab aku rasa banyak benefit that's why aku amik..just tolak sebulan RM 24 je dari akaun..=)
MAY
Haa..setelah lebih 2 bulan aku bawak kereta tanpa lesen..akhirnya pada bulan May Alhamdulillah saya sudah lulus! banyak cerita masa ujian memandu ni tapi tak sempat nak buat entry pasal tu..masa tu dah rase tak takut langsung la bila ade road block ke ape kan..=) bangga la konon dah ade lesen..Heee~
Pada akhir bulan May ni..berlangsunglah jugak Majlis Perkahwinan Amy..my dear friend yang baik sangat dari masa still belajar kat upm lagi..masa ni bila orang kawen mula la pikir "Bilalah aku pulak nak kawen ni? macam tak pasti je.." Hehe..
Sekarang beliau telah pun disahkan mengandung yang akan due bulan April tahun depan..wah! wah! bestnya..=) harap2 tahun depan ada 3 baby akan lahir dari kalangan kami2 6 sekawan..=) InsyaAllah..
Oh ya adelagi sorang..my dear Ecah..Hihi..sekarang pun tengah tunggu nak melahirkan tahun depan..seronok2! tapi sebab majlis Ecah sekali dgn Amy so majlis Ecah aku pergi awal..best giler jumpa kengkawan lama yang dah lama tak jumpa..Lynn, Abid, Jannah, Juli (selalu jmpa kat upm ni..) elly pun ade..giler2 lagi semuanya..teringat zaman2 sekolah kat STA BP dulu..
JUNE
Bulan ni buat kali pertamanya berjalan ke rumah saudara mr.Azan sebagai tunangnya..=) lagipun dah ada kereta ni asyik pikir je nak jalan ke mana..Haha..gila sakan la kitorang berjalan ke Kota Tinggi, Johor..seronok..dapat jugak berkenalan dengan keluarga tunang sendiri..tak la bila time kawen je diorang datang..lepas2 tu dah tak kenal..
Dalam bulan 6 ni je 3 kali aku pergi ke Kota Tinggi..yang kedua pergi Mini Family Day dengan kengkawan kerja kat Batu Layar..memang enjoy gila la..tak sampai gila tapi enjoy sangat..Hee~~ Kali ke-3 ke Desaru pulak dengan makcik aku keesokkan harinya..
JULY
Ada tragedi di tempat kerja yang menyedihkan pada bulan ni..tak nak cerita la..emo tetiba~~
AUGUST
Bulan Ramadhan Pertama sebagai tunangan orang..(Patut tak perlu mention kot..Hehe) Kalau tak silap bulan ni dah ada jugak buat preparation for out big day..Dah ada plan nak kawen wey bulan 8 ni!! Tak sangka la..memula kitorang decide nak nikah sekali dengan hari bersanding..tapi akhirnya di awalkan atas sebab saje2 gatal nak nikah awal..Haha~ masa bulan puasa ni kitorang dah pergi ke Majlis Agama Daerah Pontian untuk proses permohonan nikah..hati sentiasa berbunga2 bulan ini dan seterusnya..=)
SEPTEMBER
Menghitung hari untuk menjadi Isteri Azan Bin Awang sambil berhari raya..Kah! Kah! Kah! Of course la mase ni sibuk wat preparation beli baju untuk nikah..tempah baju..cari mak andam..pasal hantaran tak risau sangat..sebulan lepas nikah baru hantar barang untuk Hari Persandingan bulan November..=)
Rumah untuk kami berdua tinggal selepas bernikah juga telah dicari..=) semakin tak menyabarkan diri masa ni..Haha..Behave~
OKTOBER
Status sudah bertukar kepada MARRIED. Hari paling bermakna 17 Oktober 2009 saya Noryanti Binti Kasnan telah SAH menjadi Isteri kepada Azan Bin Awang..Yihaaaa! yabedabedu!
Perasaan yang tak dapat nak digambarkan..kalau sape nak rase cepat la nikah..Haha..tapi awal awal tu masih dalam percaya tak percaya lagi la..eh betul ke aku ni bini ko? Haha..Boleh gitu? Bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri..Hihi~
NOVEMBER
Berlangsungnya Majlis Persandingan (Walimatulurus) Yantie dan Azan pada 22 November 2009..tarikh ni tarikh kami meluahkan perasaan masing masing pada 5 tahun yag lepas..=) Ape orang kata....DECLARE..Hehe..saje pilih tarikh ni..tetiba tersama la pulak dengan my colleague on the same day..  aku buat kesimpulan majlis ni sederhana dan puas hati..meriah..best la..tu yang rasa nak sanding lagi bila tengok pelamin orang lain..Haha..Asik nak feeling Pengantin Baru je..
DISEMBER
Tetiba je dah hujung tahun..sekejap je masa berlalu..lagi 2 hari je dah masuk tahun 2010..Bulan ni ada berita gembira..I think i'm pregnant.. Doakan semuanya berjalan lancar ye kawan2..masuk tahun 2010 nanti baru nak pergi check up kat klinik..setakat ni tau dari Pregnancy Test Kit je..Kalau betul2 berisi perut ni..Syukur dipanjatkan kepada Allah..Alhamdulillah..Rezeki dari Allah..
Wah! wah! ni macam entry terpanjang bertulis tahun 2009..Hehehe..Korang punye cerita sepanjang tahun ni camne pulak..biasala tu kalau ada gembira, sedih, suka, duka, emo..lumrah kehidupan..anyway..
Welcome 2010!

P/S: Edited 30.12.09

27 December 2009

The Wedding Wishes

Assalamualaikum..

Lepas cuti pun masih takde update..Haha..dok usha je blog sendiri setiap hari dengan harapan terupdate sendiri..See..teruk betul aku ni..Biasa la manusia ada naik ada turun..tapi kalau asyik turun je apa kes..=)

Oh ya! minggu lepas 2 wedding aku missed..what to do? abis rase bersalah sangat ni..mesti Farah marah ni..Ehehe! Puan Farah jangan  marah saya ye..Saya mohon maaf tak dapat hadir majlis kamu..Sob! Sob! ~nak nangis..

Selamat Pengantin Baru Farah Azura & Affan..

Ape daa tengok gambar senget..tapi kedua mempelai memang sangat cute..seperti biasa berangan~ Nanti aku kawen nak pakai baju camni..(tak sedar diri majlis kau dah 2 bulan berlalu) Haha..

 

Tak puas tengok gambar yang tadi..wish lagi:

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT FARAH & AFFAN..

Semoga Berkekalan ke akhir hayat hendaknya..Welcome to the club! (Ini wish paling penting..Hehe)

To Ilyia: Thanks a lot upload gambar buat tatapan kami yang tak dapat datang ni..=)

Ade lagi satu wedding sebenarnya:

Mustafa & Nirwana

Kedua mereka kawan yang aku kenal..wah! suke betul aku tengok ramai kengkawan yang sama2 mendirikan masjid pada tahun ni..Haha..

To Mus & Wana:

Selamat Pengantin Baru MUS & WANA..Semoga Kekal ke akhir hayat..

Gambar Ihsan: Hasbullah

DSC_6292

Nak jugak letak gambar sendiri..feeling pengantin baru jugak..kEH! Keh! Keh! =)

22 December 2009

Fish Feeding..

Waa mesti seronokkan kalau dapat buat aktiviti cam kat atas tu..=) terasa macam pencinta alam sungguh..Hehe..

Ape yang kami mampu buat adalah bagi makan ikan kat Hutan Bandar Putra. Kulai jer..Ini adalah aktiviti petang Jumaat lepas dikala kebosanan..Balik Senai untuk ajak bebudak Fish Feeding..diorang memang suka sangat la..

DSC01243

Tak sabar diorang nak pergi..masa ni baru lepas hujan..so jalan adalah agak becak sedikit..

DSC01249

See..my MIL with her one and only son..=)

 

DSC01280

Disebabkan hari baru lepas hujan..so air kat tasik tu keruh sket la..kalau tak boleh nampak semua ikan ikan tu berenang renang..ade berbagai spesies..

DSC01263 

Dedak ikan tu ade jual kat jalan nak masuk tu..paket kecil berharga RM 1.50..dengan hanya RM 1.50 dah boleh gembirakan hati budak budak..bagus sekali..aku pun bila dapat tengok pun dah gembira..daripada duduk memerap kat rumah..tak menjana apa apa..menjana lemak ado..Hehe..

DSC01266

Nampak jinak je ikan ikan ni..tapi bila hulur tangan buat macam nak tangkap habis semua bertempiaran lari (berenang tapi lari).

DSC01268 

Nampak tak yang ternganga besar tu..Itu ikan keli afrika (dari sumber yang boleh dipercayai) memang bapak besar la ikan tu..dengan misainya yang panjang tu..kalau dia ternganga 80% daripada dedak yang kita campak masuk dalam mulut dia..(wah! fakta sungguh)

DSC01271  Ini si kakak..mulut dia je yang bising terjerit jerit..

 

DSC01279Ini plak si adik..nampak cool tapi agak penakut..=) ish! nampak plak perut laki aku kat situ..=)

 DSC01289

Boleh jugak bagi makan ikan dari atas jambatan ni..pun nampak mulut ikan ikan ternganga mintak makanan..

DSC01286

tugas aku amik gambar je..sampai masa hari dah gelap kita pulang..=)

DSC01303

 

p/s: Nape ntah semenjak 2 menjak ni mood nak update cam hampeh je..sindrom agaknya..=)

18 December 2009

Doa Kebahagiaan Sekeluarga

Doa utk kebahagian sekeluarga

Doa adalah senjata orang mukmin..=) berdoa dan berzikirlah selalu pada-Nya tanda kita tak pernah lupa pada Yang Maha Pencipta..

16 December 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah diucapkan pada semua..=)

Happy Holiday!

Apa rancangan? update kemudian..

Daa..Semoga amalan kita sepanjang tahun 1430H diterima oleh Allah dan mulakan lembaran baru dengan penuh rasa kesyukuran terhadap-Nya..

Wassalmam..

15 December 2009

Theme pada handphone anda..

Tahukah anda? (sejak bila ade segmen tahukah anda nih? Haha) kite boleh jugak buat theme sendiri kat handphone kite..Selama ni kalau ade satu pic yang kite suke kite just set as wallpaper kan..korang tak eh ke aku je..Hehe..

Sebenarnya boleh buat sendiri tau..boleh ke website www.zedge.net.. untuk memudahkan..meh aku watkan tutorial (ehceh! ada hati nak wat tutorial..Hehe) yang di harapkan dapat lebih membantu..=p

  1. Pergi kat website www.zedge.net . Then create account sendiri..sebab theme creator ni available untuk sesapa yang ade account dalam Zedge je..
  2. After dah create account boleh la cari Theme Maker. tengok yang red circle tuh! Setkan dulu jenama handphone korang..

1 

3. Then kat ikon wallpaper tu upload gambar yang korang nak..selepas itu boleh crop mane yang patut..make sure yang gambar yang korang nak tu size kurang dari 1MB..kalau tak bertahun la menunggu..senang je nak compress gambar boleh kat Windows Picture Manager then compress to webpage size..Contoh:

2

4. Lepas siap klik pulak kat ikon Background upload gambar yang sama atau gambar lain yang anda suke..caranye same dengan nak buat wallpaper tadi..Contoh:

3

5. Setkan pulak color yang korang nak..Ringtone pun korang boleh seting jugak..Siap sudah..lepas klik pada ikon Download dan boleh la setkan nama theme korang tadi..dan klik pada Create Theme..

 

4

6. Akhir sekali Download to PC..lagi senang connect terus handphone korang via USB terus masuk je..Lepas tu boleh la set theme pada handphone korang..=) Senang je kan..bila dah masuk Zedge ada step by step just follow je..

Selamat Mencuba!!

14 December 2009

Ape nak buat kalau..

semua orang kat tempat kerja macam nak kondem korang? Pergh! aku memang bengang kalau ade orang macam ni..nasib baik la bukan aku yang kena..

Aku kesian kat budak sorang ni..dia ni kira budak under pemantauan aku..tapi masalahnya aku takde masalah dengan dia tapi orang lain plak yang cari pasal dengan dia..bermuka muka bila kat depan kita cakap bukan main baik lagi..tapi belakang kita muka puaka komplen yang bukan bukan pada HR atau orang orang atasan..

Ape motif dia? agak agak la weyh! Ko nak komplen pasal orang ingat ko bagus sangat ke? masalahnya ko tu lain department dengan kitorang..ade ke susahkan ko? kalau ade masalah cakap la terus terang..ni depan cakap ok belakang buruk burukkan orang..

Eii! tak paham aku..dah la psiko..pastu kalau ade maslah ape ape ke cepat je nak lepaskan diri..paling bagus nak cari salah orang lain..orang lain boleh masuk syif bila time dia taknak masuk plak kalau masuk kena bagi tambang la ape la..orang lain masuk syif dia tak pikir plak..yang dok lagi jauh dari ko..nampak sangat la pentingkan diri sendiri..

Ok dah malas nak taip dah! sakit hati..macam nak tumbuk muka orang tu! Alamak! terlebih sudah..aku yang emo lebih..=)

Tadika Rafflesia Bestari, Tmn. Bukit Indah 2

Hari ahad hari tu sebelum jalan cuci mata kami pergi ke Taman Bukit Indah 2..nak senang taman ni dekat je dengan Jusco Bukit Indah..Semakin membangun kawasan bukit indah ni..kat 1 tempat je ade 3 pasaraya besar..

  1. Aeon (Jaya Jusco)
  2. Giant Hypermarket
  3. Tesco (openning soon)

Kat Johor ni banyak sangat dah pasaraya rasanye..jangan bukak sekejap je dah la..jangan jangan Econsave plak tengah wat perancangan nak ade kat Bukit Indah tu..=)

DSC01194

Tujuan sebenar adalah nak betulkan CCTV kat tadika ni..ade satu port tak dapat berfungsi..bila plak aku ade bisnes pasang CCTV? bukan aku ataupun azan..tapi member kami..

Sekarang Tadika ni tengah dalam sesi pendaftaran..sesapa yang ade anak dekat area bukit indah tu boleh la enrolled anak anak anda kat sini..Jangan risau kat sini siap ade kawalan CCTV tau..nak pastikan anak kite sentiasa dalam kawalan dan kalau ade orang luar masuk kita boleh tau..

DSC01190

Ok kat bawah ni persekitaran sekeliling tadika ni..berminat aku dengan mural ni..cantik..

DSC01191

DSC01195

DSC01192

DSC01193 

Taman permainan mini pun disediakan..ehehe gambar dalam kelas tak amik plak..lupe plak..nak nyanyok dah..Haha..

Kalau ade nak tau info lanjut boleh drop by an email : yantieazan@yahoo.com actually this kindergarten is belongs to one of my colleague yang diuruskan wife dia..

13 December 2009

Boleh jadi gila macam ni..

Sehari 2 atau seminggu boleh tahan lagi..ni nak kena macam ni dalam masa 2 bulan..Haaa boleh ke aku ni..ape masalahnya? Dalam tempat kerja aku ni dok berdua je dalam lab..tapi sekarang aku sorang..member lagi sorang tu ML (Maternity Leave)..tak ke 2 bulan aku kena tinggal sensorang dalam lab ni..Huhu..

Bulan depan ada 2 orang budak praktikal masuk..tapi mane same dengan member yang dah lame..aku ni kan kalau satu hari tak cakap cakap dengan orang boleh jadi something wrong tau..Haha..boleh macam nak gila..

Budak praktikal ni mesti lebih muda daripada aku ek..banyak songeh tak? jangan banyak songeh banyak hal sudah..jap lagi aku biar je malas nak layan..tapi tak boleh jugak..kena ajar bagi kerja ape yang patut..dah keje aku pikir plak camne budak praktikal tu nanti?

Sebenarnya aku rase semacam arini..kenape ek? sindrome kah? Haha..hari ni aku rase nak marah orang je..nasib baik la xde orang buat hal kat aku..tapi budak nak servis aircond tadi hampir siket je lagi nak kena sembur..boleh dia ketuk pintu macam nak kasi roboh pintu tu..nasib baik boleh sabar lagi..

Ok la cukup takat ni je nak meluahkan perasaan..Hehe..hope tomorrow everything will gonna be okay!

Daa..

p/s: pikir pulak petang ni nak masak ape..

Hari Minggu Itu

Best gile rasenya bila hari minggu dapat tido membongkang (sori kasar sket ayat) sampai kul 10.00 baru bangun..itu pun dah takleh nak tidur lagi..kalau boleh entah entah kul 12 baru nak bangun..Haha..

Ala bukan selalu pun..weekend yang lepas kitorang dah decide nak abiskan masa bersama satu hari..ceh! macam la selama ni tak ada masa bersama kan..bukan ape semenjak lepas bernikah bulan oktober tu..tak pernah hari ahad dok kat umah..bila dah dok kat rumah tau tau je la macam macam kerja nak buat..

DSC01184

Ini gambar malam minggu yang lepas..kitorang pergi karaoke kat The Legends, Permas Jaya (punye la jauh) melalak..tapi tak banyak sorang 1 lagu je sebab satu lagu RM2..Haha..kalau gi karaoke tempat biasa baru RM 1/song..Haha biasa la aku cari yang murah je..=)

Puas la jugak hati aku dapat dok umah hampir setengah hari..(rancang 1 hari) dapat basuh baju abis semua tilam bantal aku jemur..mop satu rumah..pasang langsir hadiah perkahwinan..so rumah dah nampak bersinar sinar (tipu) dan bersih sangat..=)

Boleh la pakai cogan kata: Rumah yang bersih dan kemas manjamin keluarga bahagia..Haha..perempuan yang nak kawen atau dah kawen atau sedang merancang nak kawen..bersiap sedia la bagi merajinkan diri selepas berkahwin..sekarang boleh malas malas dulu..Kahkahkah!

Cerita kat rumah tak boleh nak dihabiskan sebab termakan hasutan member ajak jalan cuci mata kat Jusco, Bukit Indah..itu yang tak sampai 1 hari dah kuar berjalan..tapi misi masih tercapai..=)

Itu je cerita heri minggu..=)

12 December 2009

Jari jemari menari..

Ewah tajuk bukan main..Hehe..

Ingat lagi tak tanganku yang berbalut ni..=) nak tau cerita klik je kat gambar thumb up tu ek..Masa sanding aritu aku dok cover2 jari aku tu takut ternampak kecacatan dalam gambar..Heee~

DSC01167 Haa ini yang terbaru..=) sebenarnya lepas gi klinik tu aku tak makan pun antibiotik ke ubat lagi entah ape2 tu..aku just makan yang ubat tahan sakit je..

Esoknya aku sendiri yang tebuk kuku aku sendiri untuk kuarkan darah beku dalam tu..actually dia tak beku pun..once aku cucuk dengan jarum peniti keluar la segala darah kotor dalam tu..sakit tak yah cakap la..sebab buat sendiri tahan sendiri la..hari seterusnya aku buang sket2 kuku yang dah tak elok sampaila sekarang tinggal yang warna oren tu yang belah atas..keler oren = kuku lama..

Yang kaler merah = kuku baru..aku kan pakai inai 2 kali..sekali masa nikah sekali masa sanding sebab jarak masa sebulan lebih..

Cakap pasal nikah teringat aku Buletin Utama jumaat malam tu..Pengantin korban nahas bertembung bas..baru 4 jam menikah wei..mesti sabtu tu majlis diorang kan..kesian sangat2 la..tak pasal2 pengantin pompuan jadi balu + janda berhias..

Alhamdulillah masa majlis akad nikah + bersanding aku aritu takde ape2 masalah..ajal maut di tangan tuhan.. Innalillahiwailaihirajiuun..

11 December 2009

Nak bela arnab..

Kiut kan arnab ni..Hehe..dah lame aku bercita2 nak bela arnab ni..seekor dua pun jadi la..tapi senang tak nak jaga arnab ek? Kalau kucing senang je dah biasa..macam kat kampung tu dah banyak sangat kucing..

rabbit.jpg

Arnab yang cam ni la aku nampak kat Kip Mart Tampoi semalam..dah survey harga dia RM 27/1ekor tak kira besar ke kecik..Nak bela arnab lagi mesti la kena ade sangkar..survey semalam dalam <RM 60 boleh muat untuk 2 ekor arnab..ade sekali dengan tempat najis arnab..

Clay bowl..untuk letak pallet/jerami..murah je kot..ok bajet letak la dlm <RM 10..

Water feeder berapa ek harganye? google jap..nak kena estimate ni..okay dah cari dalam RM 15.00..kalau boleh wat sendiri aku wat sendiri water feeder ni..Haha dah datang sifat kedekutnya tu..=) tapi susah kot sebab arnab ni gigi dai tajam so kena dapatkan yang feeder tu jenis metal supaya tak bocor..lebih kurang la tu dengan hamster punye..ye tak?

Lixit Econo Rabbit Water Bottle

Lagi yang aku tau arnab ni makan pallet, jerami dan ada jenis sayuran tertentu dia boleh makan..yang paling utama kena bagi pallet..Anggaran makanan sebulan untuk 1/2 ekor arnab dalam RM 50 cukup tak?

Ok total semua untuk permulaan: RM 162 boleh la ni..nanti ade kesempatan aku mesti akan ke Kip Mart beli arnab tu..lagipun beli ikan sayur ayam semua kat situ..Hehe..murah dan berbaloi-baloi..senang la nak cari makanan arnab nanti..semuanya dalam satu tempat..

Angora Rabbit

Arnab yang sekor ni macam kucing pun ade..cute..=p

Reference:

  1. http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/diet-asas-seekor-arnab.html
  2. http://www.medaille.edu/vmacer/120_lab_rabbitlab1.htm
  3. Raising Rabbit 1 and 2

10 December 2009

Bosan..

Hari ni hari jumaat..Selangor cuti ek..Facebook pun senyap jer..tak banyak update dari kengkawan..hemm..aku pun bosan jugak..kerja yang nak siap urgent dah settle..tunggu sampel je la nak cek..(Baca ayat aku pun dah bosan..Hehe)

So nak mengelakkan lagi bosan yang amat..aku main game..time rehat maa..sekarang kan tengah dok kuar iklan kat TV pasal Nestle Drumstick Contest..Ads kat Nuffnang pun ade..

drumstick1

drumstick2

Stage 1

Hoho..baru stage 1..nanti la kite sambung sampai stage 3..mane tau kalau dapat High Scorer dapat iPhone pun jadik la..Haha..

Wedding Gifts From Acc Dept..

DSC01032

"Sayang asyik bawak balik hadiah je..abang takde hadiah pun.."

"Sayang baik semua orang nak bagi hadiah..Haha.." (perasaan)

Yeah! wang hadiah besar..tiap kali balik keje..walaupun dah lebih sebulan aku kawen mesti ade bawak balik hadiah..Alhamdulillah..rezeki..thanks semua kawan-kawan..

Ingat senang nak bawak balik hadiah ni..siap kena buli dulu dengan manager account dept dgn anak anak buah dia sekali..Huhu..kesian aku tau..malu..=)

DSC01028

Thanks korang kad ni pun aku suke..macam baru first time la dapat kad kawen in Malay siap ade muzik ye..bayangkan kad raya ade muzik ni wedding wishes card tau..

DSC01031

Account Department memang ade 5 orang je..tapi diorang semua ni memang la meriah tak ingat..sporting abis..bos diorang pun sporting je..=)

DSC01144

Inilah hadiah diorang bagi..aku suke..boleh tambah decoration untuk rumah kami yang mmang kosong tu..Hee..terima kasih ye En. Khalid, En. Azrul, En. Jamal, En. Soufee and Pn. Shikin..Thanks a lot..

 

Nota kaki: ade lagi aku hutang entry pasal cadar pemberian kawan kawan my husband atas permintaan..sabar ye korang..=p

09 December 2009

Finally..it's a boy..

Punyelah saspen je nak tunggu baby boy or girl yang kuar akhirnya tanggal 7 Disember 2009 baby boy yang kuar..Asik la orang sekeliling meneka jantina anak kak niza yang bakal lahir..=)

DSC01143 Terjawab sudah persoalannya..=)

Waa. aku plak yang exited kan..betu la wey tak sabar nak ade anak sendiri..=) Heee~ best je bunyinye..dah bersedia ke nak pinggul tanggungjawab sebagai ibu? eh dah..dah lame bersedia..Hehehehe..

DSC01133

Geram betul la dgn baby ni..bau diorang ni best..baby (belum diberi nama) ni time aku datang tidur la memanjang..jangan la ko bangun malam tak bagi mak ko tido plak ye..=) kesian kat mama..=)

 

DSC01135

Aku dah kacau pun still tak nak bangun jugak..geram je nak bukak bedung dia..mesti terus menguak kaki tangan semua menggeliat..Hihi..suke suke..=)

Special wishes tuk kak niza:

Tahniah kak..macam tak percaya je kan..tahun ni kawin tahun ni jadi isteri tahun ni jugak dapat anak..I'm very happy for you..jaga diri dan baby baik baik (ish mcm sedih nak nangis ^_^)..dan sentiasa sihat selalu..

To Baby:

Semoga membesar menjadi anak yang soleh..taat pada agama serta ibu bapa..

(Blue color for baby boy) Hee~~