Kerja asik berjalan je laki bini ni..bukan tak pernah pergi pun..tapi dah alang-alang sampai ke Pontian..nak jugak singgah..=) 2 hari selepas majlis berlangsung..kakak ipar aku mintak tolong kitorang hantarkan dia balik ke rumah kat Serkat, Pontian..orang pontian memang familiar tempat ni..
Dah dekat sangat dengan Tanjung Piai..kali terakhir kami pergi mase tu masih bercinta-cinta lagi antara nak putus ke tak tapi sayang-sayang lagi..Hehe..cerita lame..usah dikenang sangat..=) ade entry tu tapi tak cerita pasal peirstiwa tu cuma time kitorang berjalan je..
Tak rajin plak nak korek entry bila..Hehe..Tanjung Piai ni termasuk dalam kategori Taman Negara tau..
Banyak sebenarnya aktiviti boleh dilakukan kat sini..cam kami masuk untuk jalan2 je nak sampai ke penghujung benua asia..=) Rate utk masuk seperti gambar kat atas..Boleh klik utk besarkan ye..atas tu bahasa inggeris..yang bawah tu b. melayu..
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
- lawatan sambil belajar (macam kami belajar sendiri..hehe) nanti ade tour guide yang akan bawak sepanjang jalan..
- boleh tengok kunang-kunang..yang ini saya tak pasti..boleh terus tanya pada information counter yang ade kat situ..aktiviti ni sah2 la waktu malam..
- Nightwalk (kembara malam) yang penakut tak yah join kot..Hehe
- Konservasi (menanam pokok bakau) boleh dapat pengalaman baru camne nak tanam pokok bakau dan macamana nak wat bila ade arus supaya anak2 pokok bakau ni tak hanyut ataupun mati..
- Kat sini jugak ade campsite..kemudahan perkhemahan yang selesa..semua ada..toilet tempat makan..tempat melakukan aktiviti dll..
- Memancing of course ade..sape yang minat memancing tak rugi ke sini..
kemudahan yang disediakan oleh pihak taman negara..
cuma yang macam tak best..parking RM 3 tapi atas risiko sendiri la..sekali masuk RM3 tak mahal ok la..
cooking area untuk yang nak berkhemah kat sini..dilengkapi kemudahan air..
kemudahan bilik air yang selesa..
Nak masuk dalam ni tak dibenarkan bawak makanan..karang ade yang terjerit2 sebab monyet2 kat dalam tu nak berebut makanan dengan anda..=)
Moh kita berjalan..lagi 653 m lagi nak sampai penghujung tanah besar asia..jauh macam tak jauh la..sambil berjalan melihat keindahan kehijaun hutan bakau tak terasa jauh..
Lagi2 bila asik sibuk berposing..memang tak terasa la kejauhannya..Hehe..Jauh lagi ni nak jalan ni..=)
2 ekor mak monyet..masing2 mengendong anak2 bawak gi berjalan gayut..dah memang habitat diorang kan..dah biasa..diorang ni tengok je manusia ni lalu lalang..jangan la sesekali hulur makanan..nanti tak terbagi..=)
Tanda2 dah nak sampai destinasi..semakin dekat dgn laut..nampak kapal2 perdagangan bawak barang ..ini pandangan selat melaka..daripada kawasan ni boleh nampak Pelabuhan Tanjung Pelepas, Tanjung Bin, Pelabuhan Singapura..boleh jugak nampak pulau indonesia tak pasti mungkin bahagian sumatera..bergantung pulak pada cuaca semasa..
Tahniah! dah sampai dah pun..dtg la ke pontian kalau nak merasa suasana kat sini..dapat jugak belajar dan lebih memahami kepentingan pokok bakau..
Tetiba rase mcm ade blog pelancongan..=)
No comments:
Post a Comment