22 December 2009

Fish Feeding..

Waa mesti seronokkan kalau dapat buat aktiviti cam kat atas tu..=) terasa macam pencinta alam sungguh..Hehe..

Ape yang kami mampu buat adalah bagi makan ikan kat Hutan Bandar Putra. Kulai jer..Ini adalah aktiviti petang Jumaat lepas dikala kebosanan..Balik Senai untuk ajak bebudak Fish Feeding..diorang memang suka sangat la..

DSC01243

Tak sabar diorang nak pergi..masa ni baru lepas hujan..so jalan adalah agak becak sedikit..

DSC01249

See..my MIL with her one and only son..=)

 

DSC01280

Disebabkan hari baru lepas hujan..so air kat tasik tu keruh sket la..kalau tak boleh nampak semua ikan ikan tu berenang renang..ade berbagai spesies..

DSC01263 

Dedak ikan tu ade jual kat jalan nak masuk tu..paket kecil berharga RM 1.50..dengan hanya RM 1.50 dah boleh gembirakan hati budak budak..bagus sekali..aku pun bila dapat tengok pun dah gembira..daripada duduk memerap kat rumah..tak menjana apa apa..menjana lemak ado..Hehe..

DSC01266

Nampak jinak je ikan ikan ni..tapi bila hulur tangan buat macam nak tangkap habis semua bertempiaran lari (berenang tapi lari).

DSC01268 

Nampak tak yang ternganga besar tu..Itu ikan keli afrika (dari sumber yang boleh dipercayai) memang bapak besar la ikan tu..dengan misainya yang panjang tu..kalau dia ternganga 80% daripada dedak yang kita campak masuk dalam mulut dia..(wah! fakta sungguh)

DSC01271  Ini si kakak..mulut dia je yang bising terjerit jerit..

 

DSC01279Ini plak si adik..nampak cool tapi agak penakut..=) ish! nampak plak perut laki aku kat situ..=)

 DSC01289

Boleh jugak bagi makan ikan dari atas jambatan ni..pun nampak mulut ikan ikan ternganga mintak makanan..

DSC01286

tugas aku amik gambar je..sampai masa hari dah gelap kita pulang..=)

DSC01303

 

p/s: Nape ntah semenjak 2 menjak ni mood nak update cam hampeh je..sindrom agaknya..=)

No comments:

Post a Comment