28 December 2009

Kronologi 2009..

Sedar tak sedar lagi 2 hari je nak melangkau ke tahun 2010..macam biasa bila melangkah ke tahun baru azam mesti nak ada..baru ke lama ke still ada dalam diri setiap korang..Tapi kali ni tak nak cakap pasal azam la..I kan dah ada AZAN dalam hidup ni..Hehe..Dah cukup bermakna sangat la tu..=)
So mari mengimbau kenangan sepanjang tahun 2009:
JANUARI
Bila dah hujung tahun tak ingat dah cerita masa awal tahun..Haha mane ade..mesti la aku ingat..sebab bulan ni aku dah mencapai usia 24 tahun..nasib orang lahir awal tahun cepat je nak tua..Haha..
Masa ni jugak dah  sikit2 merancang untuk bertunang..masa yang sesuai..dah pikir pasal belanja kawen nak menyimpan untuk kawen dan macam2 lagila pasal PERKAHWINAN. Kadang2 tu hari2 Google idea hantaran..Kah! kah! kah! Gelak pada diri sendiri pulak..
Ade perkara sedih jugak berlaku bulan ni..Aku accident dengan kereta..nasib baik la takde ape berlaku cuma luka luka sikit je..masa tu on da way nak pergi kerja..tak sampai pun 1 km dari umah..amik mase la jugak nak baik kesan luka kat punggung kat lengan ..dah la mase tu pakai baju kurung..ade la jugak aku tergolek2 3 kali..nasib baik tak menyeksi aauuww! hehe..
Oh ya! bulan ni jugak Cik Inda melahirkan Hadif..yang aku selalu dok cerita dalam blog ni..bertambah keceriaan dalam umah tu..mase ni still dok kat Mutiara Rini lagi..
FEBRUARI
Mase bulan ni aku dah proceed untuk urusan sewa beli kereta..pegi survey harga kat Proton depan tempat kerja aku (dekat je senang nak berurusan) bincang dengan mr. Azan (mase ni belum tunang lagi) akhirnya decide untuk amik Saga BLM..kalau nak tahu mase amik kereta ni aku belum ade lesen pun..Ujian Memandu dengan JPJ pun belum..gila semangat nak beli kereta..kalau tak silap 12 Februari keluarlah JLK ****gembira sangat2..minggu selepas tu dah tak perlu lagi pergi kerja naik motor berpanas berhujan..bermulalah episod aku membawa kereta pergi kerja tanpa lesen..Hehehe..(jangan tiru aksi ini..=))
akhir2 bulan tu dah sibuk buat perancangan untuk bertunang..dah pikir nak buat kat mane..bincang punya bincang akhirnya dah sampai bulan...
MAC
Pada tanggal 1 Mac dengan majlis yang cukup sederhana..terikatlah tali pertunangan antara aku dan azan..ceh! Majlis Pertunangan kami diadakan dikediaman makcik aku (Cik Inda) bersempena majlis kesyukuran kelahiran Hadif dan House Warming..Tali (ade tali ke?) pertunangan kami diikat selama 1 tahun hidup..
1 tahun hidup = majlis boleh dipercepat atau dilambatkan; 1 tahun mati = genap setahun majlis perlu dilansungkan..sumber tak tahu..Haha..Org org tua yang bagitau..
Lepas tunang seminggu terus jadi pengapit kepada Kak Niza & Boy pada 8 March 2009..Ade aku cerita entry itu klik ---> SINI..
APRIL
Yang aku ingat bulan ni ade tragedi pada Handphoneku.. sebenarnya handphone tu kepunyaan tunang tersayang pada masa itu..ececeh! aku dah bagi jahanam..
Tak berapa menarik la bulan April..paling best aktiviti bulan tu adalah MASAM 2009 dan masa tu aku amik plan Takaful Pesona Lady dari Maybank..Sebab aku rasa banyak benefit that's why aku amik..just tolak sebulan RM 24 je dari akaun..=)
MAY
Haa..setelah lebih 2 bulan aku bawak kereta tanpa lesen..akhirnya pada bulan May Alhamdulillah saya sudah lulus! banyak cerita masa ujian memandu ni tapi tak sempat nak buat entry pasal tu..masa tu dah rase tak takut langsung la bila ade road block ke ape kan..=) bangga la konon dah ade lesen..Heee~
Pada akhir bulan May ni..berlangsunglah jugak Majlis Perkahwinan Amy..my dear friend yang baik sangat dari masa still belajar kat upm lagi..masa ni bila orang kawen mula la pikir "Bilalah aku pulak nak kawen ni? macam tak pasti je.." Hehe..
Sekarang beliau telah pun disahkan mengandung yang akan due bulan April tahun depan..wah! wah! bestnya..=) harap2 tahun depan ada 3 baby akan lahir dari kalangan kami2 6 sekawan..=) InsyaAllah..
Oh ya adelagi sorang..my dear Ecah..Hihi..sekarang pun tengah tunggu nak melahirkan tahun depan..seronok2! tapi sebab majlis Ecah sekali dgn Amy so majlis Ecah aku pergi awal..best giler jumpa kengkawan lama yang dah lama tak jumpa..Lynn, Abid, Jannah, Juli (selalu jmpa kat upm ni..) elly pun ade..giler2 lagi semuanya..teringat zaman2 sekolah kat STA BP dulu..
JUNE
Bulan ni buat kali pertamanya berjalan ke rumah saudara mr.Azan sebagai tunangnya..=) lagipun dah ada kereta ni asyik pikir je nak jalan ke mana..Haha..gila sakan la kitorang berjalan ke Kota Tinggi, Johor..seronok..dapat jugak berkenalan dengan keluarga tunang sendiri..tak la bila time kawen je diorang datang..lepas2 tu dah tak kenal..
Dalam bulan 6 ni je 3 kali aku pergi ke Kota Tinggi..yang kedua pergi Mini Family Day dengan kengkawan kerja kat Batu Layar..memang enjoy gila la..tak sampai gila tapi enjoy sangat..Hee~~ Kali ke-3 ke Desaru pulak dengan makcik aku keesokkan harinya..
JULY
Ada tragedi di tempat kerja yang menyedihkan pada bulan ni..tak nak cerita la..emo tetiba~~
AUGUST
Bulan Ramadhan Pertama sebagai tunangan orang..(Patut tak perlu mention kot..Hehe) Kalau tak silap bulan ni dah ada jugak buat preparation for out big day..Dah ada plan nak kawen wey bulan 8 ni!! Tak sangka la..memula kitorang decide nak nikah sekali dengan hari bersanding..tapi akhirnya di awalkan atas sebab saje2 gatal nak nikah awal..Haha~ masa bulan puasa ni kitorang dah pergi ke Majlis Agama Daerah Pontian untuk proses permohonan nikah..hati sentiasa berbunga2 bulan ini dan seterusnya..=)
SEPTEMBER
Menghitung hari untuk menjadi Isteri Azan Bin Awang sambil berhari raya..Kah! Kah! Kah! Of course la mase ni sibuk wat preparation beli baju untuk nikah..tempah baju..cari mak andam..pasal hantaran tak risau sangat..sebulan lepas nikah baru hantar barang untuk Hari Persandingan bulan November..=)
Rumah untuk kami berdua tinggal selepas bernikah juga telah dicari..=) semakin tak menyabarkan diri masa ni..Haha..Behave~
OKTOBER
Status sudah bertukar kepada MARRIED. Hari paling bermakna 17 Oktober 2009 saya Noryanti Binti Kasnan telah SAH menjadi Isteri kepada Azan Bin Awang..Yihaaaa! yabedabedu!
Perasaan yang tak dapat nak digambarkan..kalau sape nak rase cepat la nikah..Haha..tapi awal awal tu masih dalam percaya tak percaya lagi la..eh betul ke aku ni bini ko? Haha..Boleh gitu? Bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri..Hihi~
NOVEMBER
Berlangsungnya Majlis Persandingan (Walimatulurus) Yantie dan Azan pada 22 November 2009..tarikh ni tarikh kami meluahkan perasaan masing masing pada 5 tahun yag lepas..=) Ape orang kata....DECLARE..Hehe..saje pilih tarikh ni..tetiba tersama la pulak dengan my colleague on the same day..  aku buat kesimpulan majlis ni sederhana dan puas hati..meriah..best la..tu yang rasa nak sanding lagi bila tengok pelamin orang lain..Haha..Asik nak feeling Pengantin Baru je..
DISEMBER
Tetiba je dah hujung tahun..sekejap je masa berlalu..lagi 2 hari je dah masuk tahun 2010..Bulan ni ada berita gembira..I think i'm pregnant.. Doakan semuanya berjalan lancar ye kawan2..masuk tahun 2010 nanti baru nak pergi check up kat klinik..setakat ni tau dari Pregnancy Test Kit je..Kalau betul2 berisi perut ni..Syukur dipanjatkan kepada Allah..Alhamdulillah..Rezeki dari Allah..
Wah! wah! ni macam entry terpanjang bertulis tahun 2009..Hehehe..Korang punye cerita sepanjang tahun ni camne pulak..biasala tu kalau ada gembira, sedih, suka, duka, emo..lumrah kehidupan..anyway..
Welcome 2010!

P/S: Edited 30.12.09

4 comments:

  1. kalau ade masa terluang memang camni kak lily..Hehe..
    Happy New Year to kak Lily and Family..

    ReplyDelete
  2. babe,
    bley ke tak nak ucap congrats dulu??? hehehehehee...

    mn la tau kne tgu lps ko check up secara rasmi kat klinik =p

    ReplyDelete
  3. cik chelsea..
    entah la wey aku pun tak pasti..haha..tunggu bebetul confirm kot..ntah bila aku nak pi check up agaknya..hehe
    weyh aku ngidam ko punye vanila cake yang ade cream cheese..syedappp!!

    ReplyDelete