Takde sape nak buat rekod macam ni nak masuk Malaysian Book of Record kan..aku cata rekod sendiri..ataupun boleh jugak dijadikan hari ini dalam sejarah..Ahaha..tetiba sangat nak ade dalam sejarah..
Yang sebenarnya ini adalah rancangan perkelahan yang tidak begitu dirancang..On the spot mase hari sabtu petang telah mendapat berita yang tak begitu mensedapkan telinga..So we're planning to be a spy..Hehe..Ade cerita disebaliknya..tapi perkara dah berlaku..tak nak la ungkit lagi..
Kalau pergi pantai tak main air tak sah bagi aku..pantang nampak air okay nak berenang je..nanti kalau kaya harus umah aku ade swimming pool..kalau tak kaya jugak aku korek tanah wat kolam kat belakang umah..Haha..
First destination (wajib pergi) adalah Tanjung Balau..tapi korang tau je la sekarang ni musim ape..so bendera merah sudah naik means not safe for swiming!! Kalau terlebih berani sangat bawak la papan luncur pergi meluncur kat laut tu..
Kami pergi berempat (4) satu kereta..siapa lagi yang paling semangat kalau bukan kami laki bini..Jam 5.00 pagi bangun untuk masak kuay teow goreng dan nasi goreng kampung tau..Siap ade wedges + jagung rebus lagi..macam 10 orang nak makan punya..Haha..
Siap makan (makanan belum habis lagi mase ni) kitorang pun jalan sekitar pantai Tanjung Balau dan amik gambar syok sendiri..=)
Sambil jalan tu tanya sekali resort/chalet yang ade kat situ rate diorang..lain kali senang bila nak buat aktiviti keluarga atau dengan kawan-kawan..
I like this picture..cam kanak-kanak riang ribena..=)
I jump you jump..=)
Cobaan membuat cover album..=) tak berapa jadik..
Ape yang kami fikir?? mengenang naseb kot..
Next destination: Desaru..tapi kat sini tak turun ambil gambar langsung..sebabnya memang just nak jenjalan je..lagipun nak masuk kena bayar parking RM 10..tak patut betul..Desaru ni dah macam maju sangat..ade ke kat tepi pantai buat resort dah macam hotel kat bandar..pada pandangan aku tak sesuai sebab tak nampak suasana pantai tu dari jalan..lagipun bukannya semua pelancong luar yang datang tempat cam ni..orang tempatan pun ramai..cam kitorang ni..
Final destination: ceh! bajet macam filem pulak ye..=) tempat paling last dan paling best adalah Batu Layar..
Sebab ape nama tempat ni Batu Layar?..Pilih jawapan anda:
- Sebab kita boleh berlayar di atas batu..
- Sebab ade kapal belayar atas batu..
- Sebab kita boleh main layar
perakkat sini.. - Sebab ade batu yang seakan membentuk layar kapal..
Jawapan paling panjang adalah betul (jangan pakai teori ini..Hehe)
See betul tak jawapan saya..boleh nampak batu kat sini berbentuk layar kapal..sekeping sekeping berapa keping? alamak lupa nak kira..Hahah..
Boleh jugak wat aktiviti rock climbing tanpa tali..seperti aksi di atas..=) Itu budak seluar jeans biru telah menemukan satu penemuan..bukan penemuan sejarah..tapi maksiat telah berlaku..(Astaghfirullahalazim....beristighfar banyak banyak)..
Apa? betul.. tak percaya la tu..ada dua orang dipercayai remaja berlainan jantina sedang membuat aksi bercumbuan khalayak tak ramai di tepi batu..mengucap lagi sekali..kitorang telah berlagak sebagai pencegah maksiat yang tak bertauliah di tempat kejadian..mujur tak kena ceramah je dgn Ustaz Din dan Bilal Azan serta Imam Suffiyan..=) kalau tak pedas telinga menanah dengar..=)
Ya Allah jauhkanlah kami dari segala maksiat dan kemungkaran..
Aksi semata..nice shot from an Amateur Photographer
Kat Batu Layar ni aku dan azan je yang mandi..yang budak 2 lagi tu takut air..best main ombak! takde yang sudi tangkap gambar..=( macam takde buktilah bukan bestnya bermain ombak..Huhuhu..
Balik dari pantai..melalak plak kat Suara Ok..Suara KO pun akan jadi ok bila melalak kat sini..Ehehe..Amir and his gf joining us after we go back from the picnic..
Rekodnya adalah= 1 hari : 3 tempat
puan yanti..mesti sangat bahagia kan?comey kamu sekarang..makin sihat..hehe..take care dear..
ReplyDeletemakin sihat kan..=) makin g***k la..*nangis*
ReplyDelete