29 March 2012

Blog Header

Jeles tengok header blog orang cantik-cantik belaka..aku ni dah la tak pandai nak edit-edit..pakai photoshop pun tak pandai..pernah jugak buat header sendiri pakai Paint je..T___T Boleh je kalau nak upah orang buat..tapi bila nak upah tu macam tak tahu la pulak nak pakai gambar mana..sungguh takde idea..

Header baru kat atas tu pun atas ihsan Ciare..Terima kasih banyak-banyak Mama Yayen..;) Main-main je suruh Ciare buatkan..Kekeke..Sekali dia buatkan pulak..ada masa lapang katanya..


Ni la header yang dibuatkan oleh Ciare..Boleh la nanti buatkan lagi..Bagi pantun sikit..

Terima kasih daun keladi,
Akan datang boleh buatkan lagi.
(2 kerat je cukup..)

28 March 2012

AM Platter

Disebabkan terlalu mengikut hati dan perasaan..malas nak keluar dari kereta punya pasal..terus masuk KFC Drive Thru..Order ni ha..





Dekat RM 10 abis termasuk air..huhu..terus rasa tak nak makan tengahari..;p tengok dulu bertahan ke tak? Jap lagi tengahari keluar lagi pergi makan..

Kalau bawak bekal kan ke jimat..dah minggu2 terakhir ni malas benar nak bangun awal..apa nak jadi?

posted from Bloggeroid

26 March 2012

38 weeks..

Assalamualaikum..

Hihi..sekejap je kan? Tup-tup dah 38 minggu..Bila-bila masa je boleh melahirkan..Harap-harap dipermudahkan segala-galanya..Macam-macam perasaan ada..semuanya bercampur baur..tapi lebih kepada nervous..Macamana la nanti sakit nak bersalin (macam anak 1st perasaannya), macamana penerimaan si kakak Zahirah bila mama tiba-tiba bawak balik adik baby, macamana nak handle 1 toddler dan 1 baby nanti..

Kawan-kawan yang sekapal pun ada la 2 3 orang yang dah selamat melahirkan..Rasa excited macam tak sabar dah nak tengok adik baby ni..Tak sangka la umur 27 tahun ni anak dah nak masuk 2..lagi beberapa hari je..;) Agak-agak sebelum umur 35 tahun nak berapa orang anak ye? 

Hari Jumaat hingga Ahad ada Mom & Baby Expo di Danga City Mall..yang kali perama tak dapat pergi, kali ke-2 ni tak nak lepaskan peluang..Takde perancangan betul-betul pun tapi dah rezeki nak jumpa Aishah, Fashya, Kak Nani dan Kasih..

Gambar dari Fashya..
Itu tangan dah menjinjit 2 pack Whoopie Diaper untuk Zahirah dan Bebe Wet Tissue (stok 4 bulan kot)..Kalau ikutkan hati banyak lagi nak memborong..;) Nasib baik terkawal..tengok booth Medela pulak, geram je macam nak bali Medela Swing..Nasib baik ingat kat rumah ada Spectra 3 tu nak buat tukun ke? Haha..Itulah dia penangan expo ni..macam-macam nak dibeli..Balik rumah tahan telinga je la kena bebel..kikiki..

Sabtu lepas, kawan baik 1 tempat kerja aku ni baru je selamat melahirkan baby girl..sudah ada sepasang..hari ahad tu laju-laju pergi melawat kat hospital..sebelum diorang balik ke KL berpantang kat sana..kalau tak lagi 2 bulan la baru boleh jumpa.. Dah la macam tak percaya dia dah bersalin..Elok je baru jumpa sebelum balik kerja pukul 5petang tu pukul 10.32 malam dah selamat melahirkan..Tahniah Kak Niza..

Tak lengkap entry kalau tak cerita pasal Zahirah rasanya..Kakak kecik tu sekarang semakin manja..sikit-sikit mama..sikit-sikit mama..nak berdukung tak payah kira la..selalu aku dukung je selagi larat..kesian pulak..MIL pun tak larat nak dukung..yelah dia pun selalu je sakit kaki..so aku layankan je la anak dara sorang tu selagi adik belum keluar..

Sekarang benda yang paling dia suka buat adalah gaya mulut ikan.."Zahirah, mulut ikan macamana?" muncung-muncung mulut dia buat gaya mulut ikan..Comel sangat..Tengah buat apa pun bila suruh buat mulut ikan mesti dia buat..Sunyi rumah kalau takde budak kecik tu..;)

Itulah cerita terkini setakat ini..Doakan segalanya dipermudahkan bila aku nak bersalin nanti ye kawan-kawan..;) 3 April 2012 mungkinkah tarikh itu? Tunggu dan lihat..Allah Maha Mengetahui..

16 March 2012

Buah melaka..



Selalu jumpa bila bulan puasa je..entah mimpi apa suami ni mengidam buah melaka pulak..mengalahkan isteri yang mengandung..:-)

Memang selalu macam tu..masa expecting Zahirah dulu pun suami mengidam macam-macam..layankan je..:-) tu yang dapat makan buah melaka pukul 10 malam..

Ade jugak yang panggil kuih onde-onde kan? Kalau aku panggil kuih yang ade bijan tu kuih onde-onde..inti kelapa..sedap jugak..:-)

posted from Bloggeroid

06 March 2012

Check up 35 weeks

Update ringkas..

Hari check up paling best..sebab siap cepat..pukul 7.20 sampai ambil nombor 1007 pukul 8.15 pagi dah siap check semua..cekap pulak nurse kat klinik hari tu..pukul 8.30 dah dekat rumah..main-main dengan Zahirah pukul 9.00 baru gerak pergi kerja..;)

Perkembangan terkini:

Semua ok..berat tak naik..statik dari 2 minggu lepas 76 kg..maksudnya aku dah naik 11 kg tapi lepas bersalin kalau boleh nak kurangkan lebih daripada tu untuk mendapatkan BMI unggul..Ini dari masa mengandungkan Zahirah punya azam..tengok la kalau berjaya..

Tengok tu..sendiri pun tak yakin nak kurangkan berat badan..camne? ;) Harap-harap lepas pantang nanti dapat la berat badan yang ideal..jaga makan minum semua juga dengan bantuan breastfeeding..harap-harapnya..I need motivation on this! Huhu..

Mintak-mintak la baby keluar sebelum 40 weeks..sebelum due  date..kalau ikut tarikh scan yang first tu pun dah bagus dah tarikh tu..macam kakak Zahirah (39 w 1d)..Selamat menempuh semuanya sekali lagi untuk diri sendiri..Agak nervous sebenarnya dengan nak bersalin kat HSTMI Kulai..sebelum ni dekat HSA..

Suami pun dah termimpi-mimpi bini dia ni bersalin..Dia kata sekejap je sakit bersalin tu teran terus baby keluar..Amin..harap-harap mudah macam tu la..;)

Mata Lalat atau Mata Lebah?

Tertarik dengan perkongsian Ustaz dalam IKIM FM slot Motivasi Pagi 7.30 pagi tadi..Mata Lalat atau Mata Lebah? Yang mana satu pandangan mata kita terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan kita..

Mata Lalat: Walaupun lalat berterbangan di taman bunga, apa yang dipandang dicari olehnya adalah najis.. Kemana saja lalat pergi membawa kerosakkan..walaupun persekitaran yang baik dan cantik (taman bunga) tapi pandangannya difokuskan kepada yang tidak baik (najis)..

Mata Lebah: Walaupun lebah berterbangan di kawasan pembuangan sampah apa yang dipandang dan dicari adalah pandangan yang cantik (bunga-bungaan). Walaupun lebah berada di persekitaran yang kotor tapi apa yang difokuskan adalah untuk mencari yang baik..

Jadi apakah pandangan mata kita? Adakah persekitaran kita mempengaruhi pandangan mata kita terhadap kehidupan kita? Adakah kita hidup hanya mencari/ memandang perkara yang negatif atau positif?

Ustaz tu kata lagi,

“Kita tidak akan mendapat kebaikan yang ada disekitar kita kalau kita sendiri tidak baik..”

Renung-renungkan..;)

 

Nota: Olahan sendiri dari pemahaman sendiri..;)

05 March 2012

Kek Oren

Rajin pulak la aku asyik nak membuat kek kan..entah hormon apa yang terembes membuatkan aku rajin ni..;) Lepas je buat Kek RV yang tak jadi tu MIL ada bersuara kat suami.."Cuba la buat kek oren, kek susah-susah tak jadi..kek oren senang je.." Tau dah kek berperisa oren memang kegemaran dia..berulang kali kot dia cakap..;)

Tanya-tanya jugak kat MIL, selalu dia buat kek tu macamana..Then aku google je resepi cari yang lebih kurang dengan resepi MIL tu..sebab sukatan yang MIL bagi tu dia pun macam tak pasti kan..aku ingat nak buat pakai oren sunkist tu..pakai jus dia dan parutkan kulit oren tu..sekali suami kata " Ala pakai sunquick je.." saya menurut perintah je..;)

2012-03-04 17.22.39

Resepi yang aku google tak ingat pulak dari blog mana..So aku letak je la kat sini untuk rujukan di masa hadapan..;) Tak ambil 100% pun dari resepi tu..ada yang aku tambah dan kurangkan..;p

 Kek Oren

Bahan-bahan:

250 gm Mentega

1 cawan gula (aku guna gula icing)

2 cawan Tepung naik sendiri

5 biji telur

1 sudu teh Esen Vanilla

1 cawan susu pekat

½ cawan susu cair

3 sudu besar oren sunquick

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dengan dula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Masa aku buat tu boleh pulak ada telur tembelang 1 biji masa aku pecah-pecahkan telur masuk dalam bekas sebelum nak pukul tu..terpaksa buang 3 biji telur sekali dengan yang sebelumnya..T___T
  2. Masukkan esen vanilla, susu cair dan susu pekat hingga adunan sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tak perlu pukul lagi masa ni gaul adunan hingga sebati.
  4. Oleskan mentega pada loyang pembakar. Masukkan adunan dalam loyang. Bakar kek selama 40-50 minit (ikut jenis oven) pada suhu 150-160 degree C.

Sebab oven aku tu aku pun tak berapa nak paham, jadi la kek aku tu macam hangit..bukan hangit tapi garing..;) sedap apa..Oven aku ambik masa 1 jam 5 minit untuk kek tu masak..Mudah je kan..MIL dan suami puji kata sedap..boleh buat lagi lain kali..;) Dah nama pun kek kegemaran diorang kan..Lebih bersemangat nak buat kek bila MIL puji..Hihi..

Sekian dari saya yang pandai-pandai sendiri buat kek..;)

04 March 2012

Tidur lasak..

Zahirah sebenarnya takde la lasak mana dia tidur..selalunya kalau macam tu dia tidur macam tu jugak la kedudukan pada esok harinya..kecuali bilik panas ataupun dia terlampau penat bermain pada waktu siang..

Jadi la kes malam tadi..aku terbangun sebab ada kaki menendang kaki aku..sah-sah la budak kecik tu kan..aku carik la mana kepala dia nak betulkan kedudukan dia..sekali! ayah dah kepit depala Zahirah dengan kaki dia..kaki dah la besar..nasib baik anak tak lemas..lepas tu ayah dia boleh tak sedar pulak tu bila aku dah angkat kaki dia dari kepala anak..tak pernah pulak macam tu..agaknya malam tadi cuaca panas masing-masing tak selesa kan..macam-macam hal..urut dada aku..

Image: Google

Selalunya position Snow Angels..Zahirah memang suka tidur kat tetengah..nak kena ada bau mama dengan ayah dia..;) Kalau aku letak dia sebelah kiri pun dia boleh bangun dan melangkah aku pergi ke tengah kitorang..redha je la dia nak berguling ke panjat ke ataupun bangun duduk melalak tunjuk nak sebelah ayah dia..anak oh anak..

Kalau Jazz Hands position tu selalu ayah dia yang kena..kelakar la jugak..ayah selalu mengadu kena geletek time tidur, kena tampar la, kena garu la..macam-macam..aku tak pernah kena la pulak..cuma dia pandai menyelak baju kalau time nak bf je..kaki dia pun kalau nak berpaling ke ayah dia main hempas je sekuat hati..kesian kat ayah kamu nak..;p

Rasanya ni dah patut kena letak tilam tambahan bagi Zahirah pisah tidur kat tilam sebelah je dari kitorang..nanti kalau adik baby dah keluar macam mana la gayanya kitorang tidur agaknya..;)

Bukan tak nak pisah tidur dengan anak..kalau tak duduk sekali dengan MIL memang aku dah pisahkan tidur dengan Zahirah rasanya..cuma aku belum bersedia sebab kalau aku nak asing tidur dengan Zahirah, nanti mesti Zahirah pergi tidur dengan MIL..huhu..kes takut kasih sayang anak pergi lebih kat mak mertua..hihi..

Gaya anak korang tidur macamana? ;)

Red Velvet Cake

Versi tidak menjadi..hukhuk! Tak apa la..lepas ni kalau buat lagi mesti menjadi..ceh! yakin sungguh..;)
Ini sebenarnya kes mengidam..lepas tu eksyen nak buat sendiri..padahal boleh je kalau nak order dengan Kak Siti atau kawan kepada kawan aku tu..kan dah kata eksyen nak buat sendiri..itu la hasilnya..;)


Tak malu betul tunjuk gambar kek tak jadi..yang pakar-pakar membuat kek ni mesti dah tau kat mana silapnya ni..;) Kalau nak komen sila la..saya redha dan akan memperbaiki kesilapan diri ini..T__T Practice make perfect katanya..

Sudah la tak tahu apa sebenarnya rasa Red Velvet cake sebenarnya..tapi aku agak rasa dah ada cuma rupa adalah hampeh..hihi..macamana nak sapu topping cream cheese frosting kat atas kek tu dengan cantik eh? Kena pergi kelas baking la bila free nanti..hmm..bila la tu? Mungkinkah time cuti panjang 60 hari nanti? Haha..

Harapan saya, suatu hari nanti saya dapat membuat Red Velvet Cake yang sempurna..(Tetiba nak buat ucapan)..Malu seyh dengan kawan saya yang pandai buat kek itu..;)

02 March 2012

Perihal terkini..;)

Sindrom malas untuk mengupdate blog dah kembali..sebab tu blog ditinggalkan sepi tidak berentry..al-maklum la sekarang ni kalau kat rumah tu nak menghadap laptop duduk atas kerusi mesti sakit-sakit pinggang..jadi surf apa yang patut je..dekat tempat kerja pulak kerusi memang empuk sedap tapi selalu takde idea nak update pasal apa..;)

Macam sayang sebenarnya..Nuffnang ada bagi Buffered Earning tapi tuan blog tak rajin pulak nak update blog..;) Dekat tempat kerja pulak ada 2 orang budak praktikal baru masuk..kiranya diorang ni akan menggantikan kitorang sementara cuti bersalin nanti..Kitorang? Ya. Dalam Lab ni ada 2 orang ibu mengandung..;) kami punya usia kandungan dan EDD adalah berbeza seminggu sahaja..jadi kami berdua memang sama-sama sedang menghitung hari..;)

Best jugak ada geng mengandung sama-sama ni..cumanya bila kami berjalan berdua dengan perut terboyot-boyot ni ada je la yang nak usik-usik..dah macam kembar mengandung..;) Nasib baik jugak penerimaan bos ok je sebab kami berdua sama-sama mengandung..confirm bila cuti bersalin nanti banyak kerja yang kena buat dan tertangguh..apa nak buat..dah rezeki sama-sama Allah nak bagi..Alhamdulillah..

Kakak Zahirah pulak dah macam-macam ragamnya..tapi masih terkawal..kami suami isteri memang agak strict la..kalau dia buat perangai je memang marah terus..nasib la Zahirah dapat Ayah dan Mama yang garang..haha..ala bukan garang mana pun..dengan budak-budak..lagipun suami selalu cakap jagnan biasakan sangat semua kehendak dia kita kena turutkan..ada betulnya jugak..manja tetap dimanjakan..;) Zahirah dah tau rasanya dia akan jadi kakak..kalau tengok perut aku aku cakap "sayang baby.."  terus dia "mmuaahh!" cium perut..

38 days to go..aku rasa less than 38 days aku ada untuk menerima kehadiran bayi baru..macam-macam perasaan sebenarnya..excited, takut walaupun macam dah ada pengalaman yang lepas tapi kan orang kata pengalaman bersalinkan setiap anak ni lain-lain..Apa-apa pun semoga Allah permudahkan aku untuk melahirkan nanti..InsyaAllah..

Bila dah start rupanya macam susah jugak nak berhenti menaip bercerita kat sini..;) Ambil masa sikit dah nak rehat ni..mengantuk sangat bila sorang-sorang duduk dalam lab ni..InsyaAllah kalau rajin ada la lagi update-update terbaru sebelum bersalin..;) Semoga korang semua ceria dan bahagia selalu ok! Be positive!