02 March 2012

Perihal terkini..;)

Sindrom malas untuk mengupdate blog dah kembali..sebab tu blog ditinggalkan sepi tidak berentry..al-maklum la sekarang ni kalau kat rumah tu nak menghadap laptop duduk atas kerusi mesti sakit-sakit pinggang..jadi surf apa yang patut je..dekat tempat kerja pulak kerusi memang empuk sedap tapi selalu takde idea nak update pasal apa..;)

Macam sayang sebenarnya..Nuffnang ada bagi Buffered Earning tapi tuan blog tak rajin pulak nak update blog..;) Dekat tempat kerja pulak ada 2 orang budak praktikal baru masuk..kiranya diorang ni akan menggantikan kitorang sementara cuti bersalin nanti..Kitorang? Ya. Dalam Lab ni ada 2 orang ibu mengandung..;) kami punya usia kandungan dan EDD adalah berbeza seminggu sahaja..jadi kami berdua memang sama-sama sedang menghitung hari..;)

Best jugak ada geng mengandung sama-sama ni..cumanya bila kami berjalan berdua dengan perut terboyot-boyot ni ada je la yang nak usik-usik..dah macam kembar mengandung..;) Nasib baik jugak penerimaan bos ok je sebab kami berdua sama-sama mengandung..confirm bila cuti bersalin nanti banyak kerja yang kena buat dan tertangguh..apa nak buat..dah rezeki sama-sama Allah nak bagi..Alhamdulillah..

Kakak Zahirah pulak dah macam-macam ragamnya..tapi masih terkawal..kami suami isteri memang agak strict la..kalau dia buat perangai je memang marah terus..nasib la Zahirah dapat Ayah dan Mama yang garang..haha..ala bukan garang mana pun..dengan budak-budak..lagipun suami selalu cakap jagnan biasakan sangat semua kehendak dia kita kena turutkan..ada betulnya jugak..manja tetap dimanjakan..;) Zahirah dah tau rasanya dia akan jadi kakak..kalau tengok perut aku aku cakap "sayang baby.."  terus dia "mmuaahh!" cium perut..

38 days to go..aku rasa less than 38 days aku ada untuk menerima kehadiran bayi baru..macam-macam perasaan sebenarnya..excited, takut walaupun macam dah ada pengalaman yang lepas tapi kan orang kata pengalaman bersalinkan setiap anak ni lain-lain..Apa-apa pun semoga Allah permudahkan aku untuk melahirkan nanti..InsyaAllah..

Bila dah start rupanya macam susah jugak nak berhenti menaip bercerita kat sini..;) Ambil masa sikit dah nak rehat ni..mengantuk sangat bila sorang-sorang duduk dalam lab ni..InsyaAllah kalau rajin ada la lagi update-update terbaru sebelum bersalin..;) Semoga korang semua ceria dan bahagia selalu ok! Be positive!


No comments:

Post a Comment