Hihi..sekejap je kan? Tup-tup dah 38 minggu..Bila-bila masa je boleh melahirkan..Harap-harap dipermudahkan segala-galanya..Macam-macam perasaan ada..semuanya bercampur baur..tapi lebih kepada nervous..Macamana la nanti sakit nak bersalin (macam anak 1st perasaannya), macamana penerimaan si kakak Zahirah bila mama tiba-tiba bawak balik adik baby, macamana nak handle 1 toddler dan 1 baby nanti..
Kawan-kawan yang sekapal pun ada la 2 3 orang yang dah selamat melahirkan..Rasa excited macam tak sabar dah nak tengok adik baby ni..Tak sangka la umur 27 tahun ni anak dah nak masuk 2..lagi beberapa hari je..;) Agak-agak sebelum umur 35 tahun nak berapa orang anak ye?
Hari Jumaat hingga Ahad ada Mom & Baby Expo di Danga City Mall..yang kali perama tak dapat pergi, kali ke-2 ni tak nak lepaskan peluang..Takde perancangan betul-betul pun tapi dah rezeki nak jumpa Aishah, Fashya, Kak Nani dan Kasih..
Gambar dari Fashya.. |
Itu tangan dah menjinjit 2 pack Whoopie Diaper untuk Zahirah dan Bebe Wet Tissue (stok 4 bulan kot)..Kalau ikutkan hati banyak lagi nak memborong..;) Nasib baik terkawal..tengok booth Medela pulak, geram je macam nak bali Medela Swing..Nasib baik ingat kat rumah ada Spectra 3 tu nak buat tukun ke? Haha..Itulah dia penangan expo ni..macam-macam nak dibeli..Balik rumah tahan telinga je la kena bebel..kikiki..
Sabtu lepas, kawan baik 1 tempat kerja aku ni baru je selamat melahirkan baby girl..sudah ada sepasang..hari ahad tu laju-laju pergi melawat kat hospital..sebelum diorang balik ke KL berpantang kat sana..kalau tak lagi 2 bulan la baru boleh jumpa.. Dah la macam tak percaya dia dah bersalin..Elok je baru jumpa sebelum balik kerja pukul 5petang tu pukul 10.32 malam dah selamat melahirkan..Tahniah Kak Niza..
Tak lengkap entry kalau tak cerita pasal Zahirah rasanya..Kakak kecik tu sekarang semakin manja..sikit-sikit mama..sikit-sikit mama..nak berdukung tak payah kira la..selalu aku dukung je selagi larat..kesian pulak..MIL pun tak larat nak dukung..yelah dia pun selalu je sakit kaki..so aku layankan je la anak dara sorang tu selagi adik belum keluar..
Sekarang benda yang paling dia suka buat adalah gaya mulut ikan.."Zahirah, mulut ikan macamana?" muncung-muncung mulut dia buat gaya mulut ikan..Comel sangat..Tengah buat apa pun bila suruh buat mulut ikan mesti dia buat..Sunyi rumah kalau takde budak kecik tu..;)
Itulah cerita terkini setakat ini..Doakan segalanya dipermudahkan bila aku nak bersalin nanti ye kawan-kawan..;) 3 April 2012 mungkinkah tarikh itu? Tunggu dan lihat..Allah Maha Mengetahui..
No comments:
Post a Comment