28 December 2011

Dingin Lavenda..

Hehe..bukan nak bagi sinopsis eh..aku berkenan la dengan cara Eira Syazira pakai tudung dalam cerita #SlotZehra TV3..

Suka la imej bertudung macam tu..ade rupa tak gambar kat atas tu..abaikan la pipi yang naik seiring dengan perut tu eh..haha..

Nak kumpul la inner macam tu macam-macam kaler..hehe..pakai dengan shawl boleh jugak tutup dada..:-)

Published with Blogger-droid v1.7.4

27 December 2011

Azyan Zahirah 16 bulan..

Selalu je lupa nak update pasal perkembangan budak kecik ni setiap bulan..ini pun dah agak terlambat jugak untuk 16 bulan..Cepat benar masa berlalu..sedar tak sedar lagi 3 bulan Zahirah pun dah nak ada adik..ikut jejak Nashriq..;)

Malas nak combine gambar..penceritaan berdasarkan gambar ye..;)


Zahirah masih lagi breastfeed..tapi waktu malam sahaja..aku rasa macam takde air..mungkin dia hanya nak mengempeng..tapi ok la..aku rasa diperlukan..tak macam kes beberapa minggu lepas..yang dia asyik nak tidur dengan MIL je..sekarang bawak masuk bilik senang je nak tidur..

Kalau hari cuti pergi jalan-jalan dia tak nak minum fm..jadi aku belikan la susu dutch lady atau Milo atau air soya..so far dia ok je..sebab kalau aku buatkan susu dalam botol pun memang tak la dia habiskan kalau aku yang bagi..mesti nak dengan MIL jugak..banyak cerewet itu budak!


Rajin menolong kat dapur..sebenarnya menyibuk je haha..kalau aku menumbuk je kat dapur, cepat-cepat dia datang..kalau aku kat dapur dia pun nak kat dapur..end up selalu MIL je yang masak sebab MIL kata kejap lagi kalau aku kat dapur mesti dia pun nak mengekor jugak..kalau MIL masak tenang-tenang dan kejap je lauk dah tersedia..haha..advantage di situ..;)



Selalu kalau aku ada kat rumah, aku ajak je dia solat sekali dengan aku..pendedahan awal..bukan dia ikut pun tapi kadang-kadang dia tonggek-tonggek la jugak tiru pergerakan kita solat..sekarang dia dah tahu, nampak sejadah je terus "Allahuakbar" walaupun sebutannya tak berapa nak jelas lagi..

Kalau aku masuk bilik air ambik air sembahyang laju-laju je ikut..nak main air sebenarnya..selalunya aku basuhkan tangan dan kaki dia pastu keluar bilik air..kadang tu time aku kat bilik air, bila keluar je dia hulur sejadah kat aku..bagus anak mama..;)


Ni lagi satu perangai dia..kalau berjalan kat luar rumah tak nak masuk dalam rumah..pastu penat..nanti mula la pergi kat tempat letak lotion dan minyak dia mintak urut kaki..haha..macam penat sangat..kalau nampak aku berurut sikit dia pun nak jugak..layan kan je la budak kecik ni..;)



Ni tabiat bahaya dia dalam buaian..bila terbangun pusing sana pusing sini..so kalau dia tidur tak boleh tinggal lama..takut dia buat aksi pulak..dah la haritu tengah main-main terhatuk kat sofa..abis pipi lebam..kanan kiri ada kesan lebam tak hilang lagi..

Lagi satu sekarang ni dia dah suka makan sayur..aku takde ajar pun sebelum ni..ye la dia kan sejak belum ada gigi lagi memang tak suka makan bubur..jadi aku memang tak blend la sayur dengan nasi dia..biasanya  bagi dia kuah sayur masak air je..dia tak suka yang berminyak..baru-baru ni dia suka la pulak meratah sayur yang dah dimasak gitu je..hari tu sayur kobis..semalam sayur bayam..bagus-bagus..ikut macam ayah ye nak..bedal je semua sayur..Gambar dia meratah sayur kat handphone suami pulak..nanti tepek kasi bukti..;)

Percakapan masih banyak belum jelas lagi..tapi yang dah dapat tangkap selain mama, ayah, mak adalah:

angan = jangan
alaa = kalau tak dapat sesuatu
kak = bukak
maa maa / nak =kalau nakkan sesuatu

kadang-kadang dia ade jugak sebut bukan..tak tau la dia maksudkan ke tak..;) itu la setakat ni perkembangan    si kakak Zahirah..tunggu next update pulak pasal dia lagi..;) Semoga anak mama terus membesar dengan cergas, cerdas dan sihat..





25 December 2011

Melawat Baby Najah Bang Long Nashriq dan Aishah

Hari rabu lepas bangun pagi badan Zahirah panas..sejak dari malam tu lagi sebenarnya..kalau aku bagi ubat sebelum tidur tu aku rasa mesti dia ok..silap aku..aku pun ambil cuti emergency..dalam pukul 10 am tu aku tengok badan dia ok dan tak panas..

Bosan-bosan bukak twitter, rupanya Fad ada kat JB..kepala otak ni dah ligat je pikir nak berjalan..pantang dok rumah..;) Kebetulan pulak Aishah baru je lepas melahirkan anak ke-2..so pakat-pakat la dengan Fad untuk melawat Aishah..Dalam pukul 3.30 pm jugak kami sampai..Nasib baik Zahirah okay je dok kat seat sebelah..tapi ada la merengek-rengek badan tak berapa nak sihat lagi..

Kecik molek je Ibu Imaan ni..;)
Takde la susah sangat carik rumah emak Aishah ni..cuma ku ni bawak main hentam jalan je..;) yang penting sampai..
3 Dara Pingitan..;)
 Baby Najah kecik lagi..nanti dah besar macam budak berdua ni la..;) Kami sampai baby Najah tengah tidur..amik peluang cium dia banyak-banyak..Zahirah dan Imaan pun macam pandai je nak sayang baby..tapi kena jaga-jaga..si Zahirah tu asik la landing nak terhempap baby Najah..;)


Eh tu sapa yang tengah main twitter..;)
 Saya pun ada bukti la bukan saya je yang sibuk main twitter/ FB..Hehehehe..
Sepanjang kat rumah Aishah tu..berborak je kitorang..macam dah kenal lama padahal melalui blog je kan..macam-macam topik..sampai tak sedar dah pukul 5.30 pm..Anak-anak pulak sibuk bermain..Zahirah memang pantang nampak bola..rupanya Imaan pun sama..tak padan gigirl mereka ni..;)


Zahirah dan Imaan dengan bola (pinjam) masing-masing..;)
Abang Long Nashriq tak join diorang ni..mungkin dia kata.."Ah! tak best la main dengan budak perempuan.." Hehe..


Ambil gambar sebelum balik..
Thanks Aishah sudi menerima kami sebagai tetamu..;) Buat Fad dan Imaan yang cheeky, moga dapat bertemu lagi di masa akan datang..;)

24 December 2011

6 months

My baby bump at sixth month pregnancy..haih! Sekejap sungguh masa berlalu..

Nothing much to share..thank you Allah untuk kesihatan yang sangat memuaskan sepanjang ini..harap terus berkekalan hingga la nak melahirkan nanti..dan seterusnya..dalam pantang dan sepanjang membesarkan anak-anak..:-)

Oh ye..minggu lepas 3 malam berturut kena "simpul biawak" masa nak bangun kencing..sakit gila..Alhamdulillah dah okay sebab ade tukang urut yang sangat bagus..terima kasih suami..i love u..<3

Happy holiday semua..dah masuk minggu-minggu terakhir cuti sekolah..lepas ni jalan jem semula la..haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

19 December 2011

Melawat Baby Qisya & lbu

Malas betul nak update blog kat wlw atau kat blogger..walaupun nak taip kat handphone ni susah, sanggup jugak taip kat handphone..:-)

Weekend hari tu memang hari yang ditunggu-tunggu..tak sabar nak melawat Qisya dan ibu dia..sambil menyelam minum air..:-) tujuan asal adalah pergi kenduri kahwin sepupu kat Parit Maimon..

Gambar tu je la yang ada..ingat nak amik gambar dengan baby..tapi dah aku pakai tudung macam makcik nak pergi pasar sebab tak pakai anak tudung ditambah pulak dengan jerawat sebesar tidak kat tepi dagu baik aku beralah dari ambil gambar bila nampak tak semenggah..:-) panjang jugak alasan ye..

Anyway, congratulation again to my best friend on your bundle of joy..pesanan aku masa dah nak balik hari tu adalah "cepat-cepat sihat boleh proceed ke anak no.2 kejar kami.." hahaha..
Published with Blogger-droid v1.7.4

17 December 2011

Tahniah Aishah sekeluarga..:-)

Akhirnya penantian berakhir..sangat excited menunggu kawan yang sorang ni melahirkan..serius aku yang berdebar-debar waiting for update from Aishah..kejap-kejap bukak tweeter/fb..

Bila dah dapat mesej dari Aishah rasa lega..Alhamdulillah..baby girl..pengganti arwah nashrah walaupun kite tau Nashrah tak mungkin hilang dari ingatan mama dia..bahagia je dah dapat sepasang..

Saya berazam sekiranya adik Zahirah ni lelaki, saya akan terus amik family planning..kekeke! Berehat 3 tahun ke..:-) ini le azam 2012 aku? Haha..

Buat Aishah..Selamat Berpantang ye..tak sabar tunggu Aishah update blog pasal Nashriq dan adik baby..:-)

Mode: Tak sabar tunggu turn saya bulan april nanti..:-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

14 December 2011

Johor Premium Outlet

Dah sampai..tapi balik dengan tangan kosong..huhu..baru nak pilih baju kat Poney Zahirah dah sibuk nak keluar.. Baru tengok purse kat Guess suami kata mahal la.. Tapi dia dah aim seluar kat Puma..:-)

Yang penting syarat sampai dah dipenuhi..lain kali kalau dapat bonus boleh la habiskan kat situ..tunggu bonus 2012..hihi.. Jadi boleh buat wishlist 2012 sekarang..;p
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cubaan 1..


 Testing 

Posted via Blogaway

Testing


Entry acu cuba try test..jgn marah naa..:-)

Posted via Blogaway

11 December 2011

Pavlova Versi Yantie & Azan..

Ye kena kredit juga kat encik Azan..dia yang tukang pukul telur dan bahan lain sampai jadi meringue dan whipping cream untuk topping..;) Aku dah la ikut sebiji-sebutir apa yang ditulis..Aku ambil resepi dari SINI..

Sebelum nak pukul 5 tu aku search Pavlova terus keluar blog tu dan aku terus print semua..Haha sekali dengan komen aku print sekali..tak nak tertinggal sikit pun petua/ pantang-larang untuk buat Pavlova ni..Do It Right for the First Time kata orang Jepun..;)

1323607777663

Bahan yang digunakan..;) ops ade salur buang air dari washing machine..;) kantoi dah letak barang atas washing machine..Hehe..Serbaguna..kalau tak digunakan boleh jadi meja..;p Kan aku kata aku terus je print tu yang ade nota sekali kat situ..

Bila ikut je semua step yang diberitahu InsyaAllah boleh terus jadi..sambil tu tawakal je la..Aku tukang masukkan barang, suami tolong kacau (mix)..cuma bila tang buat topping tu aku rasa whipping cream tu tak bagus kot..Haha..Sebabnya bila putar sampai dia kental tu terus macam terpisah air dan lemak..jadi adunan topping aku tu berair je abis memercik sana sini..huhu..tapi rasa tu ada dan tekstur pun boleh tahan lepas masuk dalam peti ais aku assume jadi je la..;)

1323615763317

Memang sedap la..tapi aku tak makan banyak pun..Zahirah tak berapa suka sebab manis kan..MIL ok..dia kata sedap..Yang paling banyak makan suami..;) Sekarang aku dah tak mengidam dah pavlova..sebab dah dapat rasa pavlova buatan sendiri..;)

1323616033024

Barang ada lagi rasa nak buat lagi..Oh ya..ade part panik sekejap siap belek handphone cepat-cepat memula cari nombor telefon Dayu..macam la ade save, tengok kat FB dia tak letak no phone plak..Sekali cari nama Nano Nor ada pulak no phone terus message tanya pasal whipping cream tu..Thanks Na kerana membantu..nasib tak buang whipping cream tu..;p

05 December 2011

Sedikit Lega..

Alhamdulillah..

Aku dah rasa sedikit lega pasal apa yang aku tulis di entri sebelum ini..;) Terima kasih kawan-kawan UB yang sedia membantu bagi pendapat dan apa yang patut. Sebelum ni serius rasa nak menangis je. Selepas diluahkan memang rasa kurang sikit beban yang macam buat sesak dada ni..

Bukan apa pun sebenarnya..mungkin sebab aku mengandung jadi emosi adalah terlebih-lebih. Jangan dilayankan sangat sebenarnya kot.;) Hehe..Hidup mesti diteruskan. Thanks to Ilyia mummy of two Al- Farisi..terima kasih sebab sudi melayan luahan perasaan aku yang akhirnya membuatkan aku sedar sedikit demi sedikit yang ini sebenarnya adalah salah satu fasa yang mungkin  dilalui bila nak bertambah ahli keluarga..;) Yelah kan Zahirah nak dapat adik beberapa bulan je lagi. Walaupun dia macam tak tahu apa pun lagi pasal adik.

Aku tak boleh terus berserah je..aku kena tackle balik anak dara aku tu. Tarik perhatian dia. Ada yang bagi cadangan masukkan Zahirah ke taska/nursery. Tapi aku rasa belum masanya. Dengan keadaan ekonomi pun masih tidak menentu. Lagipun aku takut MIL ingat aku tak percaya dia jaga Zahirah sedangkan dia jaga Zahirah tip top. Nanti bosan pulak dia kat rumah seorang masa anak sedara aku tu pergi sekolah.

Sebaik-baiknya bila kita rasa tak tenang, jangan biarkan fikiran kita menerawang jauh berfikir yang bukan-bukan. Masa tu la syaitan suka nak masuk jarum hasut kita fikir lagi yang bukan-bukan. Kita tak sedar, kita rasa kita betul, aku ada hak, aku nak bebas, aku la yang betul..Istighfar banyak-banyak. Berdoa dan meminta pada yang sepatutnya kita meminta. Tuhan Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Lagipun apa yang kita ada kat dunia ni semua adalah pinjaman daripada-Nya.

Terima kasih kawan-kawan. Harap suami tak pelik baca entri aku ni. Sayang Ok je..I love You!! ;)

Semoga Zahirah akan menjadi anak yang baik dan menjadi contoh kepada adik-adiknya nanti. Aku macam dapat rasakan Zahirah tu adalah bayangan aku. Bila besar nanti dia pun akan lalui apa yang aku dah lalui dan akan lalui. Macam aku dengan Emak. Jadi aku kena tabah dan bagi contoh yang baik pada dia.. Moga dia bangga ada Mama macam aku..;)

Dalam benak fikiranku..

Aku tak tahu nak start dari mana..sebolehnya aku nak positifkan pemikiran aku..tak nak berfikir yang bukan-bukan..tapi bila dah beberapa kali jadi macam ni, buat aku terfikir kat mana silap aku, kat mana salah aku.

Situasinya macam ni..Zahirah sekarang kalau nak tidur dah tak nak dah masuk bilik tidur dengan aku. Dia nak tidur dengan MIL je. Means MIL yang akan tidurkan dia then baru la tengah malam aku angkat dia masuk dalam bilik..itupun pukul 3 atau 4 pagi mesti dia akan terbangun cari MIL teriak nangis keluar air mata berjujuran sambil "mak!, mak!" kadang tu sambil tutup mata. Aku rasa sangat jeles..sampai macam tu sekali dia manja kat nenek dia..

Sebenarnya ini la yang aku risaukan sejak hari pertama MIL duduk dengan kitorang..anak lebih sayang atau manja kat nenek dia. Mana tak 24 jam dalam 1 hari masa dia lebih banyak dengan MIL je. Ke aku yang terlebih risau. Memang la senang, balik kerja penat-penat semua dah siap.

1. Makan malam dah siap. Tak perlu lagi nak bersilat kat dapur balik dari kerja lapar-lapar boleh terus makan. Kadang-kadang je kalau MIL rasa tak sihat dia akan cakap dia tak masak. Aku tak kisah pun bukan kitorang ajak dia douduk dengan kitorang untuk jadikan dia tukang masak. Tapi knowing my MIL yang tak reti duduk diam, tengok je la masa dia duduk dengan SIL dulu..
Yang lagi jelesnya, suami kadang siap request kat emak dia arini nak makan apa. Memang la kan berapa puluh tahun dia makan air tangan MIL. Abis anak aku nanti? Tak merasa eh air tangan aku? :'-(

2. Baju aku 1 family dia yang basuh. Aku tak pernah suruh. Bagi aku lebih baik aku tunggu bakul penuh baru aku basuh baju. Membazir kot sikit-sikit nak basuh. Selalu aku balik kerja baju dah berlipat atas katil. Untung? Senang? Yes memang untung macam ada orang gaji dalam rumah. Macam ok. Aku tak pernah pun anggap MIL orang gaji. TAPI aku tak rasa aku ni isteri yang bertanggungjawab bila macam tu. Sebab aku tak berpeluang jalankan tanggungjawab tu. Balik kerja senang lenang je boleh terus mandi lepak-lepak depan tv semua kerja dah siap.

3. Urusan anak semua dah settle. Balik kerja anak dah mandi kadang-kadang dah tidur nyenyak dalam buai. Dia pakai baju apa semua MIL yang tentukan. Aku rasa macam tak best pulak. Kalau hantar anak ke nursery mesti balik anak kita pakai baju yang kita sediakan kan. Aku nak macam tu..tapi bab ni aku sebenarnya tak kisah sangat.

4. Aku sebenarnya dah boleh agak perkara macam ni akan berlaku. Bab lain hal kerja rumah semua aku tak kisah. Cuma bab anak tu je. Terganggu sangat. Aku rasa macam Zahirah dah tak berapa perlukan aku. Ke aku yang terlebih sangat berfikir sampai macam tu? Korang rasa macam mana?

Apa aku nak buat supaya aku tak memendam rasa macam ni eh? Ye aku dah cuba berfikiran positif sepositif yang mungkin. Tapi entahlah. Jauh di sudut hati aku aku bersyukur dengan kehidupan sekarang. Ade MIL yang baik, tak pernah kot bergaduh ke bermasam muka. MIL sangat membantu dalam family aku ni. Cuma aku rasa kurang privacy kot?

Aku sekadar nak meluahkan je. Sebab aku rasa sedih terbangun pukul 3 pagi anak nak pergi kat MIL dan sekarang aku terkebil-kebil taip entry kat blogger-droid ni anak takde kat sebelah. Aku rasa nanti aku gila kalau tak luahkan kat mana-mana. Thanks http://yantieazan.blogspot.com Sekarang aku rasa lega sikit.

Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini..
Published with Blogger-droid v1.7.4

04 December 2011

Selamat menjadi Ayah dan Ibu : Man & Raha

Aku adalah sangat excited bila dapat tau my BFF dah selamat bersalin..Alhamdulillah..macam nak melompat kegembiraan..;)

 

Baby girl yang comel sangat..mesti bau pun best..tak sabar pulak nak suruh baby dalam perut ni keluar..tak sabar nak cium bau baby fresh from the womb..

Si dia yang belum bernama..;)

Si Ayah..

Si Ibu..

Sebab excited sangat semua gambar aku ambik dari page FB si Ayah..Maaf ye saya telah mencuri..;p Tahniah korang berdua..bulan Januari nanti kami membuat kunjungan balas ye..Masa dalam pantang Zahirah sempat lagi diorang datang ke rumah..Masa tu diorang belum kahwin lagi..;)

Semoga anak yang lahir menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat..Selamat Berpantang!! ;)