Aku dah rasa sedikit lega pasal apa yang aku tulis di entri sebelum ini..;) Terima kasih kawan-kawan UB yang sedia membantu bagi pendapat dan apa yang patut. Sebelum ni serius rasa nak menangis je. Selepas diluahkan memang rasa kurang sikit beban yang macam buat sesak dada ni..
Bukan apa pun sebenarnya..mungkin sebab aku mengandung jadi emosi adalah terlebih-lebih. Jangan dilayankan sangat sebenarnya kot.;) Hehe..Hidup mesti diteruskan. Thanks to Ilyia mummy of two Al- Farisi..terima kasih sebab sudi melayan luahan perasaan aku yang akhirnya membuatkan aku sedar sedikit demi sedikit yang ini sebenarnya adalah salah satu fasa yang mungkin dilalui bila nak bertambah ahli keluarga..;) Yelah kan Zahirah nak dapat adik beberapa bulan je lagi. Walaupun dia macam tak tahu apa pun lagi pasal adik.
Aku tak boleh terus berserah je..aku kena tackle balik anak dara aku tu. Tarik perhatian dia. Ada yang bagi cadangan masukkan Zahirah ke taska/nursery. Tapi aku rasa belum masanya. Dengan keadaan ekonomi pun masih tidak menentu. Lagipun aku takut MIL ingat aku tak percaya dia jaga Zahirah sedangkan dia jaga Zahirah tip top. Nanti bosan pulak dia kat rumah seorang masa anak sedara aku tu pergi sekolah.
Sebaik-baiknya bila kita rasa tak tenang, jangan biarkan fikiran kita menerawang jauh berfikir yang bukan-bukan. Masa tu la syaitan suka nak masuk jarum hasut kita fikir lagi yang bukan-bukan. Kita tak sedar, kita rasa kita betul, aku ada hak, aku nak bebas, aku la yang betul..Istighfar banyak-banyak. Berdoa dan meminta pada yang sepatutnya kita meminta. Tuhan Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Lagipun apa yang kita ada kat dunia ni semua adalah pinjaman daripada-Nya.
Terima kasih kawan-kawan. Harap suami tak pelik baca entri aku ni. Sayang Ok je..I love You!! ;)
Semoga Zahirah akan menjadi anak yang baik dan menjadi contoh kepada adik-adiknya nanti. Aku macam dapat rasakan Zahirah tu adalah bayangan aku. Bila besar nanti dia pun akan lalui apa yang aku dah lalui dan akan lalui. Macam aku dengan Emak. Jadi aku kena tabah dan bagi contoh yang baik pada dia.. Moga dia bangga ada Mama macam aku..;)
nape ni yanti..
ReplyDeletelega bace entri yanti ni. Be +ve okey darl.:)
ReplyDelete