Selalu je lupa nak update pasal perkembangan budak kecik ni setiap bulan..ini pun dah agak terlambat jugak untuk 16 bulan..Cepat benar masa berlalu..sedar tak sedar lagi 3 bulan Zahirah pun dah nak ada adik..ikut jejak Nashriq..;)
Malas nak combine gambar..penceritaan berdasarkan gambar ye..;)
Zahirah masih lagi breastfeed..tapi waktu malam sahaja..aku rasa macam takde air..mungkin dia hanya nak mengempeng..tapi ok la..aku rasa diperlukan..tak macam kes beberapa minggu lepas..yang dia asyik nak tidur dengan MIL je..sekarang bawak masuk bilik senang je nak tidur..
Kalau hari cuti pergi jalan-jalan dia tak nak minum fm..jadi aku belikan la susu dutch lady atau Milo atau air soya..so far dia ok je..sebab kalau aku buatkan susu dalam botol pun memang tak la dia habiskan kalau aku yang bagi..mesti nak dengan MIL jugak..banyak cerewet itu budak!
Rajin menolong kat dapur..sebenarnya menyibuk je haha..kalau aku menumbuk je kat dapur, cepat-cepat dia datang..kalau aku kat dapur dia pun nak kat dapur..end up selalu MIL je yang masak sebab MIL kata kejap lagi kalau aku kat dapur mesti dia pun nak mengekor jugak..kalau MIL masak tenang-tenang dan kejap je lauk dah tersedia..haha..advantage di situ..;)
Selalu kalau aku ada kat rumah, aku ajak je dia solat sekali dengan aku..pendedahan awal..bukan dia ikut pun tapi kadang-kadang dia tonggek-tonggek la jugak tiru pergerakan kita solat..sekarang dia dah tahu, nampak sejadah je terus "Allahuakbar" walaupun sebutannya tak berapa nak jelas lagi..
Kalau aku masuk bilik air ambik air sembahyang laju-laju je ikut..nak main air sebenarnya..selalunya aku basuhkan tangan dan kaki dia pastu keluar bilik air..kadang tu time aku kat bilik air, bila keluar je dia hulur sejadah kat aku..bagus anak mama..;)
Ni lagi satu perangai dia..kalau berjalan kat luar rumah tak nak masuk dalam rumah..pastu penat..nanti mula la pergi kat tempat letak lotion dan minyak dia mintak urut kaki..haha..macam penat sangat..kalau nampak aku berurut sikit dia pun nak jugak..layan kan je la budak kecik ni..;)
Ni tabiat bahaya dia dalam buaian..bila terbangun pusing sana pusing sini..so kalau dia tidur tak boleh tinggal lama..takut dia buat aksi pulak..dah la haritu tengah main-main terhatuk kat sofa..abis pipi lebam..kanan kiri ada kesan lebam tak hilang lagi..
Lagi satu sekarang ni dia dah suka makan sayur..aku takde ajar pun sebelum ni..ye la dia kan sejak belum ada gigi lagi memang tak suka makan bubur..jadi aku memang tak blend la sayur dengan nasi dia..biasanya bagi dia kuah sayur masak air je..dia tak suka yang berminyak..baru-baru ni dia suka la pulak meratah sayur yang dah dimasak gitu je..hari tu sayur kobis..semalam sayur bayam..bagus-bagus..ikut macam ayah ye nak..bedal je semua sayur..Gambar dia meratah sayur kat handphone suami pulak..nanti tepek kasi bukti..;)
Percakapan masih banyak belum jelas lagi..tapi yang dah dapat tangkap selain mama, ayah, mak adalah:
angan = jangan
alaa = kalau tak dapat sesuatu
kak = bukak
maa maa / nak =kalau nakkan sesuatu
kadang-kadang dia ade jugak sebut bukan..tak tau la dia maksudkan ke tak..;) itu la setakat ni perkembangan si kakak Zahirah..tunggu next update pulak pasal dia lagi..;) Semoga anak mama terus membesar dengan cergas, cerdas dan sihat..
No comments:
Post a Comment