Bosannya dok sensorang kat umah..nak jalan kereta suami bawak pergi kerja..cheh! ade hati tu nak jenjalan tak sedar kaki tu sakit lagi..belum try test lagi ni boleh bawak kereta ke tak..esok dah start kerja..
Update la pasal check up minggu lepas..
MGTT.
Ingat tak yang aku kena minum air gula bulan lepas..Boleh check kat SINI..result MGTT tu dapat harini..Alhamdulillah semuanya normal..Sebelum minum air gula tu (fasting) result adalah 5.0 mmol/l.. Selepas minum air gula tu pulak 6.7 mmol/l.
Untuk rujukan: Normal Result
Fasting (N : < 5.6 mmol/l)
2 hrs post (N : < 7.8 mmol/l)
HB
13.6 Alhamdulillah takde masalah kat Hb aku..padahal aku takde la amalkan sangat nasihat nurse tu masa check up yang lepas..aku adalah sangat susah nak makan sayur..tokak den tak leh terima la sayur tu..ape nak buat ek?
Nanti bila dah bersalin dalam pantang atau nak breastfeed kena makan banyak sayur kan..nanti penghasilan susu kurang pulak..tu la yang risau sekarang ni..susah benar tekak ni nak telan sayur sayuran..kalau makan pun setakat 1 sudu tu pun selalu tak abis..teruk tak?
Berat.
Berat sekarang adalah 72 kg..naik 2 kg daripada check up yang lepas..tak tau la pulak berat baby atau berat aku yang naik..kalau pi scan boleh la tau..aku kn check kan klinik kerajaan je..tak selalu dapat jumpa doc untuk scan..nak pulak check kan klinik desa..tapi takpe la sebab tak yah tunggu lama..Hehe..
Blood Pressure
110/70..Normal jugak..kalau tinggi adalah tanda tanda eclampsia..bila baca2 takut woo kesannya bukan je pada baby tapi pada mommy jugak..
Carta Pergerakan Bayi
Nurse dah start soh kira pergerakan baby..1 1 dia ajar..memang puas hati la boleh tanya macam2 nak tanya..tapi sebelum tu dia ade cek pergerakan bayi pakai satu alat tu..lupe plak nak tanya apa namanya..macam terjakun jugak la aku masa tu..dia sapu gel kat alat tu then letak kat perut ada bunyi '”krok-krek” boleh kira pergerakan baby dalam perut..;p seronok je..macam nak beli satu..haha..macam murah je..;p
Pergerakan baby dikira start dari kul 9.00 pagi ssehingga 10 pergerakan. Kalau tak rase cukup 10 pergerakan dalam masa 12 jam kena la cecepat pergi hospital..takut lain pulak jadinya..
“Baby gerak banyak2 ye..mama suka je sebab rase cam selesa dan geli2..” mesti rase nak gelak je bila dia gerak2..;p
Info dari babycenter.com.my
Pergerakan bayi dari minggu ke-24 hingga ke-28
Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.
Ok la tu je update pasal check up minggu ke 27..Alhamdulillah takde masalah semuanya normal..Harap2 semuanya normal juga sampailah waktu melahirkan nanti..InsyaAllah..