Sekarang tengah gila tengok apa sahaja deal yang ada terutamanya yang kat Johor Bahru la kan..;) Oh macam-macam website ada..Groupon, Everyday, My Deal, MilkADeal dan macam-macam lagi la..yang aku tahu itu je..;)
Setakat ni yang dah beli:
- Steamboat Buffet @ New York Hotel (Everyday)- belum redeem lagi..ingat tunggu birthday aku nanti..
- Yoghurtlicious (Everyday) - pun belum redeem..tengah cari masa yang sesuai..;)
- Burger King (My Deal) - dah redeem..ni yang nak cerita sikit..sikit je..;)
eVoucher
Memang berbaloi untuk RM 19.90..kalau ada lagi tak nak lepaskan peluang beli lagi dari mydeal ataupun yang lain..;) Baru ni terlepas beli deal yang kat Melaka..Hujung minggu ni kan nak pergi Melaka..tapi dah takde rezeki nak buat macamana..;)
Itu dia..makan tak hengat dunia..Astaghfirullahalazim..;)
p/s: tak sabar tunggu hujung bulan nak redeem buffet kat New York Hotel tu..;)

