22 July 2020

Mengandung anak No.5

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. diam tak diam dah 36 minggu lebih mengandung yang no.5 ni. Rasa macam sekejap je walaupun nak melalui sampai trimester ke 3 tu macam  bercinta punya la lama.. Apa apa pun pregnancy ni memang berbeza nak dibandingkan dengan yang lagi 4 orang tu.

Firstly sebab dah jadi work at home mom. Secondly tengah wabak Covid-19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang mencabar tapi ada banyak juga kelebihan kebaikan dan perkara-perkara yang positif.

https://www.instagram.com/p/CA-CkvvJ9B4/?utm_source=ig_web_copy_link

Photo by Noryanti Kasnan on June 03, 2020. Image may contain: 1 person, standing


Bila dah boleh keluar berdua, perkara pertama yang kami suami isteri buat adalah pergi makan Seoul Garden Hot Pot..Kelakar pun ada.. sambil tunggu siap buat cermin mata.🤭 Berdua je since masa ni budak-budak belum boleh bawa keluar ke mall lagi.

Ramai lagi kawan-kawan yang tak tahu pregnant masa ni.. dah trimester ke 3 baru bagitau kat instagram. Tapi kalau yang selalu follow status kat Whatsapp memang tau kot..cuma mungkin tak perasan. Dah anak ke 5 ni perasaan dia tak la excited macam anak first. Anak first setiap kali pergi check up pun update. Tahun 2010 masa tu. Memang tengah aktif blogging, semua benda pun nak masuk blog. Dah anak ke 2 dan seterusnya masa tu 2012 onwards dah aktif facebook and ingat lagi masa dah tunggu hari nak bersalin Imran, Instagram pun launch untuk Android. Maka selepas itu blogger pun semakin hanyut, bersawang payah nak update sebab semua pun update through Instagram je and linked ke Facebook.

Kagum la pada yang masih aktif dan setia blogging sampai sekarang. Sayang sebenarnya tinggalkan dunia blogging walaupun bukanlah ramai pembaca pun. Tapi bila blogging penceritaan dalam cerita yang akita nak kongsikan tu rasa lebih detail dan ikhlas gitu! Ahahaha!

Tengok tu dah melalut kan ntah cerita apa-apa sebab dah lama tak menaip dalam blog ni. Asalnya nak cerita pasal pregnancy yang ke-5 ni. Macam biasalah..mukadimah pulak yang panjang macamnya.

Oklah! Sepanjang mengandung no. 5 ni yang aku rasa lain dari yang sebelum ni ialah:

Relaks.

Dapat tahu pregnant masa tu hujung-hujung tahun. Masuk je tahun 2020 digegarkan pulak dengan kes Coronavirus. Start pertengahan Mac dah start PKP. Mana tak rileks. Duduk je rumah. Meeting pun online je via Zoom Meeting or Google Meets. Takda renyah nak ambil anak balik sekolah, duduk rumah masak menambah berat badan je. 😔

Gestational Diabetic GDM.

Kantoi ujian MGTT kali ke 2. Well macam yang sedia maklum, umur pun dah 35tahun kan. Nak tak nak memang wajib la kan sesi minum air gula. Tak kisah lagi dah biasa dah kononnya. Tapi untuk yang kali ke-2 tu kena minum air gula masa bulan ramadhan. Bulan puasa! Tau kan kalau bulan puasa tu selera makan macam mana, dengan makan sedap-sedap walaupun tak ada bazar ramadhan, tapi ada inisiatif untuk masak sendiri, bazar online pun ada tak kurang sambutannya. Minum air manis tosah cakap la kan. Sampai lupa kewujudan air masak. Jadi kantoi la result MGTT. Maka bermulalah perjalanana mengandung kali ini dengan GDM.

Setiap kali sebelum check up mesti kena buat BSP dulu hari sebelumnya. BSP tu apa? Blood Sugar Profile. Kena ambil bacaan kadar gula dalam darah ikut masa tertentu 4 kali dalam sehari. Untuk yang kali pertama gigih la makyong menapak 3 ke 4 kali ke klinik semata untuk ambil bacaan gula dalam darah.

Alhamdulillah syukur sangat masa tu PKP dah dilonggarkan sedikit jadi PKP Bersyarat. So dapat la berbuka puasa di rumah SILyang tak perlu pun merentas daerah. SIL pulak ada Blood Glucose Meter alat untuk cek kandungan gula dalam darah tu. Tinggal nak kena beli Glucose Strip je. Jadi SIL bagi pinjam glucose meter tu sepanjang pregnant kali ni sebab nak kena buat BSP tu. Jimat duit kebenaran! 😛 Jadi a day before check up dengan doktor wajib untuk ambil sendiri bacaan gula. Alhamdulillah semua result okay je pulak. Setiap kali jumpa doktor mesti akan tulis 'BSP Optimised'. Kena jaga makan dah macam pesakit kencing manis.

Jantina bayi.

Surprise! Kali ni betul-betul memang tak tahu jantina. Tak ada pun pergi klinik swasta untuk cek. Niat tu ada dah tapi lama-lama dah malas nak pergi. Tadi pulak check up dengan doktor pakar dia kata tak nak bagi harapan palsu. Kelakar doktor ni. Mula-mula dia kata macam gegirl, tapi tak tahu la kalau baby kepit tak nampak 'bebeird'. Lepas tu tanya jantina yang kat rumah. Cakap la 3 Perempuan 1 Lelaki. Terus doktor kata "Tak ak la bagi harapan palsu kat awak". Mesti dia ingat aku nak anak lelaki agaknya since lelaki baru sorang kan. 🤣 Takpe doktor. Saya tak kisah jantina janji dipermudahkan semuanya and sihat walafiat.

Cramps @ Simpul Biawak.

Pregnancy sebelum ni, hampir hari-hari kena simpul biawak. Orang kata pasal kurang Kalsium. 🤭 Tapi yang kali ni tak ada langsung kena. Alhamdulillah. Mungkin tak pasal terlebih rehat atau tak langsung stress pasal kerja.😜 Almaklumlahkan, dah stay at home, PKP lagi pulak. 😂

Lain-lain lagi banyak sebenarnya. Tapi cerita yang ni la dulu. InsyaAllah sambung menulis lagi. Semoga ada kerajinan yang tinggi untuk menulis.

Jumpa lagi next post!



No comments:

Post a Comment