28 May 2012

Kening bersimpul..



Buruk sungguh rasanya kulit muka aku..T__T Selagi suami tak tegur aku buat tak tahu je..eh tapi haritu dia ada tegur kulit muka bersih je dok kat umah dalam pantang ni..:-) tapi sekarang dah kureng..dah rajin keluar cari alasan nak berjalan..:-)

Dari lahir lagi kening aku memang bersimpul camtu..orang tak perasan sangat..sendiri je yang perasan unik..:-) siapa kening dia bersimpul dihujung drop comment ye..kita adalah unik k..:-)

Dan yang paling tak sangka keunikan tu menurun kat anak pulak..anak perempuanku yang satu tu..Azyan Zahirah..:-)



See..tetiba rasa bangga..tak tau la nak bangga tak pasal2..perasaan apa entah..hihi..Subhanallah..hebat kan ciptaan Allah..sesungguhnya Dia Maha Bijaksana..

Nak kongsi cerita suami..dia pergi kedai bawak Zahirah..tokey kedai tu boleh pulak kata.."pandai la you buat muka anak sama dengan you..kalau hilang senag mau cari.." boleh pulak dia kata macam tu..:-) "Itu tuhan punya kuasa maa.."

P/s: kita tunggu sikit Imran besar ikut muka siapa..:-) Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah atas segala rahmat dan rezeki Mu anak-anak penyeri hidup kami..
posted from Bloggeroid

26 May 2012

Pantang anak no.2

Assalamualaikum..

Eh hari ni dah hari ke-45 selepas aku bersalinkan Imran..Yeeehuuu! dah habis pantang..Haha..pantang la sangat..hentam je..sebenarnya tempoh berpantang 40 hari ke 44 hari? Tak kesah la yang penting dua-dua hari tu pun dah lepas..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Tapiii..dah nak naik kerja la..T___T

Antara kesimpulan berpantang anak yang ke-2 ni adalah:


  1. 2 minggu pertama bab makan adalah terjaga sikit..sayur sawi sepanjang minggu dan ikan selar/beliak mata/siakap masak kicap/blackpepper/stim/goreng je..minum air masak banyak dan aku makan 4 kali sehari. Nasi makan tengahari/petang. Minum pagi/sarapan minum petang biskut/roti dengan air milo/horlicks/kopi/oat.
  2. Takde ambik jamu langsung..air akar kayu pun tak minum..aku cuma ambik supplement Vitamin Set Berpantang dari Shaklee je..lebih kurang je dengan Set Penyusuan..4 biji semuanya setiap hari..belum buat keputusan lagi nak teruskan dengan Set Penyusuan ke tak sebab aku ala-ala loya nak makan pil banyak-banyak..huhu
  3. 3 Minggu pertama memang tak makan pedas langsung..lepas tu sikit-sikit aku curi-curi makan..itupun tak pedas sangat..kena tengok dulu keadaan Imran ok ke tak bila mama makan pedas..So far tengok ok..sekarang ni dah hentam je makan asam pedas berapi MIL massak..kekeke
  4. Bengkung. Pantang kali ni aku rasa lebih teruk sebab pakai bengkung 2 3 hari je..konon la sebelum bersalin rancang nak pakai bengkung 40 hari..hampeh je..sekarang jangan la nak merungut perut buncit..huhu..my bad..sekarang tengah giat workout..mengharapkan kerajinan yang tinggi..
  5. Aku kan pantang moden..;p belum habis pantang lagi dah bawak anak pergi kenduri kahwin..bila orang tanya aku cakap dah sebulan..biasanya orang terus senyap..;p jangan tiru macam aku k..;)
  6. Segalanya terkawal..aku cuma layan Imran je..Zahirah memang 90% MIL yang handle..dia pun kadang tu tak nak langsung aku mandikan/ cebokkan dia berak atau bagi makan..kadang-kadang je pergi kat aku..dah la tidur pun tak nak dah tidur dengan ayah dan mama..sedih disitu..sebab aku belum bersedia sepenuhnya nak tidur asing dengan dia..;(
  7. Anak meragam. Alhamdulillah setakat ni Imran bukan jenis yang nak berjaga malam tak tau dia nak apa..terkawal lagi la..kalau dia berjaga malam pun paling lama 2 jam..tapi 2 jam tu pun boleh buat aku bangun tidur pukul 10 pagi..;)
  8. Aku naik kerja adalah awal sikit..sebab aku dah start cuti sebelum bersalin kan..so Imran belum 2 bulan aku dah kena naik kerja..huhu..
Itu je yang dapat disimpulkan untuk sesi berpantang kali ini..tak perlu dijadikan contoh..;) aku sangat kagum la sape yang dalam pantang memang ikut semua pantang larang orang-orang tua 100%..aku memang tak setabah itu..jadi terimalah hasilnya tanpa banyak merungut..;)

22 May 2012

3 tahun ++ dan Nuffnang..

Ye dah 3 tahun lebih aku menjadi penulis blog ni..blog yang buat ada-ada je katanya..;) post entry sesuka hati..bukan blogger tegar pun..ada cerita aku share..kadang tu tak tahu nak cerita apa pun share..macam la semua orang pun nak tahu..kekeke!

Niat asal memang suka-suka..seronok baca blog orang kalau ada blog sendiri bagus jugak..boleh baca balik apa yang berlaku yang lepas (kalau ada share lah), boleh tambah kenalan dan boleh tambah pendapatan (katanya)..tang menambah kenalan tu memang setuju sangat la..lebih la 20 orang kenalan yang dikenali melalui blog..rapat tak rapat je la..selalunya lebih banyak komunikasi melalui twitter..

Tang menambah pendapatan melalui Nuffnang tu untuk aku tak berapa memberangsangkan..ada la 2 3 kali BE sangkut..abis kalau tak rajin update mana nak ada hasilnya..biasa kalau bukak tengok ada BE konon macam rajin la nak update blog..sekali semangat 2 3 hari pertama je..hihi..3 tahun lebih ni tak pernah pun cashout earning..jeles je tengok orang lain cashout earning hasil titik peluh berblog..


Ini je lah hasil tak seberapa setakat ni..;) Nak merajinkan diri menjadikan blog ni lebih berilmiah la..;)

Semoga ada kerajinan dan ada masa untuk terus berblog sampai bila-bila diizinkan-Nya..InsyaAllah..


21 May 2012

Imran 40 hari



Sekejapnya waktu berlalu..dah 40 hari..bermakna kurang dari 20 hari mama akan naik kerja..bermulalah fasa rindu anak-anak..T__T

Masa ni la fikir alangkah bestnya jadi surirumah..tapi belum sampai masanya..banyak komitmen..huhu..

Alhamdulillah..Masa check up sebulan haritu berat Imran adalah 4.2 kg..naik 1.5 kg dari berat masa lahir..orang kata anak lelaki ni kuat menyusu..tapi Imran ni baru lahir biasa je..nasib baik sangat tak kena jaundis..tapi start dari minggu lepas dia dah kuat sikit menyusu berbanding minggu sebelumnya..

Dalam pantang jaga pun senang..rutin dia pagi dalam kul 10 bangun mandikan..lepastu tidurkan sekejap2 bangun nak menyusu je..kalau cuaca panas dia merengek la sikit..ditambah dengan kakak Zahirah yang sejak entah bila hobinya menjerit..bila pukul 4 ke 5 dah dekat waktu nak mandi time tu la dia tidur nyenyak..mandikan dulu lepas tu tidurkan balik..bangun untuk salin diaper atau menyusu..malam pun lebih kurang macam tu je rutin dia..kadang- kadang je dia akan berjaga malam itupun dalam 2 3 jam..kadang aku biar je nanti tidurlah sendiri..

Tidur malam tak terganggu sangat..lagipun Zahirah dah tidur asing..Zahirah tidur dengan nenek..sejak dari mama admited ward nak bersalinkan adik Imran..



Muka Imran tak nampak lagi ikut muka siapa..tapi kalau berkerut sebijik macam ayah..muka still berubah-ubah lagi..nanti kite try look-alike meter tengok ikut muka siapa lebih..:-) Kakak memang dah ikut muka ayah..adik ikut mama la pulak..:-D



Hari ke 39 Imran cukur jambul..terima kasih oyang buatkan majlis untuk Imran sekali dengan tahlil..plannya nak cukur rambut Imran..lelaki takpe la botak kan..masa kakak semua orang tak bagi cukur..tapi ni pun takde masa lagi nak cukurkan..hmmm..

Apapun mama harap Imran membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh..mama ayah dan kakak sayang Imran..<3
posted from Bloggeroid

20 May 2012

Akhirnya..beli jugak..

Nota: Tak berniat pun nak menunjuk ye..syukur dengan rezeki yang Allah beri..kalau rasa tak boleh blah  rasa penulis ni poyo nak menunjuk better klik je X kat hujung atas belah kanan tu..Peace! ;p

Masa Zahirah tak pulak ada masalah ni..mungkin lambat start buat stok EBM..tapi kali ni hari ke 2 dah mengalami bengkak susu..sampai sakit kepala..mujur jugak tak demam..hari ke-3 mak bidan tukang urut dah tolong urut lancarkan pengaliran susu..itupun hari ke-4 baru rasa betul-betul lega..



Ingatkan tak perlu nak beli chest freezer..tapi tengok peti sejuk belah atas tu sikit hari lagi dah tak boleh langsung nak simpan bahan masak macam ikan, ayam dan daging..pening jugak nak simpan kat mana.. mungkin orang lain boleh la beli bahan mentah untuk masak setiap hari..tapi rumah aku ni susah..isi rumah ramai..yang tukang pergi beli barangnya sorang..suami je..


Takut jugak sebenarnya kalau beli tapi membazir je guna sekejap..tapi lagi stress fikir nak letak mana ebm Imran tu semua nekad jugaak beli..yang kat atas ni adalah maximum production setakat ni sekali pump..lagipun pump tak ada schedule kan..rasa engorge baru pump boleh la kot banyak macam tu..lagi pun masih lagi dalam tempoh berpantang..tapi harapnya nanti bila dah naik kerja production still consistent..



Diharap perlaburan ini berbaloi..Pensonic 110L..


Ebm yang telah selamat dipindahkan..tak kira pun ada berapa oz semuanya..masa belum beli freezer ada hampir 400 oz..sekarang mungkin dah lebih...walaupun dah ada chest freezer tapi sebenarnya hati masih gundah gulana..mengikut pengalaman yang lepas MIL tak nak bagi cucu dia frozen ebm ni..dia kata dah lama..memang banyak la alasan diberi..dia sendiri akan rasa susu tu sebelum diberi kat Zahirah..macam yang kita tahu la kan..frozen ebm ni rasa dia slightly different from the freshly expressed..tapi tau je la orang tua ni kan..aku memang tak pandai nak cakap lebih-lebih takut ada terasa ke apa..biasanya mintak pertolongan suami..mak dia kan..;)

Anak bujang mama..tuan punya..
Harapnya Allah permudahkan usaha nak exclusive breastfeed Imran at least sampai umur 2 tahun..tebus balik masa Zahirah dulu cuma dapat sampai 1 tahun..pregnant adik terus direct feed je waktu malam sampai 1 tahun 6 bulan..InsyaAllah..

17 May 2012

Batu Layar..lagii..

Kemana kita? ;) Ini cerita agak basi..Cerita sebelum bersalin lagi..al-kisahnya kan aku cuti bersalin awal..tu yang dapat jalan-jalan..hari sabtu pulak tu..kalau dah naik kerja nanti jangan harap la nak jalan-jalan sakan di hari sabtu..kecuali la apply leave siap-siap..;) erm..takde ke kerja kosong kilang makanan kat area Senai - Kulai ni..saya ada pengalaman lebih kurang 5 tahun..eh? promote diri plak..


Pergi Batu Layar yang lepas tak lalu jambatan ni..masa tu belum siap..ini kira first time la lalu jambatan ni..menghubungkan Senai-Desaru..perjalanan lagi singkat..cepat sampai..tak sempat tidur dalam kereta dah sampai.. 


Pantai Batu Layar memang tak pernah mengecewakan..tapi kena pandai pilih tempat la ye..baru la dapat lepak tempat yang air tak berapa dalam yang penting jernih..ini kali ke 3 kot aku picnic kat sini..gigih bawak perut yang sarat..


Actually ni sebenarnya aktiviti suami dengan kawan-kawan sekerjanya..being me yang memang tak la nak bagi laki mak bersuka ria sorang-sorang..haha..nak jugak ikut..suami siap cakap kat baby jangan keluar sebelum 7 hb..lepas tu takpe..


Kami sekeluarga..adik Imran ada dalam perut lagi..siap pergi mandi laut..;)


Yang paling seronok mesti la Kakak Zahirah..;) sebelum ni mandi laut dia tak tahu apa lagi..kali ni kemain suka lagi dia..mula-mula takut dengan bunyi ombak..sekali bila mama dah bawak masuk air tak nak naik pulak..dah terminum air masin pun buat slumber je..


Tengok tu nak pergi ke air sendiri..sekali ombak datang mencicit lari..;p



Lepas tu main pasir..seronok tengok anak gembira..tapi mama nak buat istana pasir dia runtuhkan..dia pijak..sampai ke sudah tak jadi istana pasirnya pun..;)


Bagus jugak kat pantai ni ada pokok-pokok dekat dengan pantai..jadi takde la rentung sangat..dah la tak pakaikan sun block ke apa kan..hehe..apa punya emak la..


Tapi ada jugak kesannya..sampai ke hari ini ada lagi..takpelah nak..lasak-lasak sikit..sekali sekala keluar rumah..selalu asyik main dalam rumah je kan..;)

16 May 2012

Assistant Mama..


Ini anak dara saya..telah menjadi kakak yang bertuah semenjak kira-kira sebulan yang lalu..;) kakak yang baik..cumanya banyak sangat buat perangai sekarang..mungkin dia rasa tak cukup perhatian diberi kat dia..kalau bangun tidur kadang-kadang melalak.ada je tak kena..nak minum susu pun melalak..nak suruh mandi susah..tapi bila dah dalam bilik air main air tak nak keluar..lepas tu bila dah siap mandi nak suruh pakai diapers pakai baju pun susah..lari sana sini..susah nak cakap..


Zahirah rajin kalau suruh jaga adik..tapi kena perhatikan jugak..entah apa je akal dia..kadang tu ambil towel tutup muka adik..mama biasa tutup kepala tang ubun-ubun tu..tapi dia tutup satu kepala..;) macam gambar kat bawah ni..;)



Yang paling rajin sekali adalah jadi pembantu mama pump susu untuk adik..pantang nampak mama bawak storage bottle sekali dengan breast shield..dia akan berlari dulu ke bilil untuk hidupkan suis pam..belum pun mama sempat buat apa sibuk dia nak ON suis..


Ini yang mama paling geram..asyik la nak cabut bendalah melekat spectra tu..dia pun geram je agaknya tengok benda tu..


Tengok-tengok..belek-belek.."Apa eh no. siri breastpump mama ni?"



Adjust..Tengah sedap pumping tetiba rasa sakit sangat..rupanya dia dah pusing ke level paling kuat sekali..sabar je la..patut la sakit..dah cakap jangan usik tapi tetap nak usik jugak..nama pun budak-budak..;)


Lagi satu tolong ambil breast shield suruh mama pergi pump..bila mama kata pulang balik dia la yang buat main..masuk dalam beg plastik main jual-jual..sabar je la..;)


12 May 2012

Pelahap..

Teringat masa awal-awal kenal suami..jumpa kat KFC Pontian..mesti la makan kan..abis nak buat apa lagi..:-) tak ingat la order set yang mana yang pasti ada fries..

suami makan punya la sopan..satu satu cicah sos baru masuk mulut..tapi aku..sekali ambik paling kurang 2 paling banyak 4 kot cicah sos masuk mulut..baru perasan gila pelahap..haha..

Suami: napa makan sekali banyak camtu?
Aku: tak puas la makan satu satu (muka tak bersalah tapi sedikit malu)
Suami: ... (cakap apa tah dalam hati)

Tak senonoh ek? Lantak la dah jadi suami pun..haha..dunia akhirat InsyaAllah..dah ada anak 2..dan perangai tak senonoh emaknya tu diwarisi anak dara tu pulak..Hahaha



Tu dia..gambar makan fries takde pulak..tapi lebih kurang macam ni la..:-) dan ayah dah salahkan mama..hakhakhak! Nasiblah..
posted from Bloggeroid

10 May 2012

Imran One Month Old

Sekejap sungguh masa berlalu..dah sebulan anak bujang mama..dah sebulan jugak Imran bagi title kakak pada Zahirah..

Imran is an easy baby..sangat senang diuruskan..sama macam kakak Zahirah..cuma ada la beberapa malam pertama malam-malam meragam tak boleh tidur..mungkin perut masuk angin..lepas sapu minyak yuyi dah ok..

Imran anak lelaki..tapi mama selalu nak treat dia mcm perempuan..haha tak tahu kenapa..terbawak-bawak melayan kakak masa kecik agaknya..



7 hari dah masuk buaian..nenek dia yang beria suruh masuk buai..ikutkan mama biarlah besar sikit..macam kakak Zahirah 4 bulan baru tidur dalam buaian..



Moga anak mama membesar dengan sihat dan baik..jadi anak yang soleh..

Nota: mcm dah tak pandai nak mengarang entry..huhu

posted from Bloggeroid