Nota: Tak berniat pun nak menunjuk ye..syukur dengan rezeki yang Allah beri..kalau rasa tak boleh blah rasa penulis ni poyo nak menunjuk better klik je X kat hujung atas belah kanan tu..Peace! ;p
Masa Zahirah tak pulak ada masalah ni..mungkin lambat start buat stok EBM..tapi kali ni hari ke 2 dah mengalami bengkak susu..sampai sakit kepala..mujur jugak tak demam..hari ke-3 mak bidan tukang urut dah tolong urut lancarkan pengaliran susu..itupun hari ke-4 baru rasa betul-betul lega..
Ingatkan tak perlu nak beli chest freezer..tapi tengok peti sejuk belah atas tu sikit hari lagi dah tak boleh langsung nak simpan bahan masak macam ikan, ayam dan daging..pening jugak nak simpan kat mana.. mungkin orang lain boleh la beli bahan mentah untuk masak setiap hari..tapi rumah aku ni susah..isi rumah ramai..yang tukang pergi beli barangnya sorang..suami je..
Takut jugak sebenarnya kalau beli tapi membazir je guna sekejap..tapi lagi stress fikir nak letak mana ebm Imran tu semua nekad jugaak beli..yang kat atas ni adalah maximum production setakat ni sekali pump..lagipun pump tak ada schedule kan..rasa engorge baru pump boleh la kot banyak macam tu..lagi pun masih lagi dalam tempoh berpantang..tapi harapnya nanti bila dah naik kerja production still consistent..
Diharap perlaburan ini berbaloi..Pensonic 110L..
Ebm yang telah selamat dipindahkan..tak kira pun ada berapa oz semuanya..masa belum beli freezer ada hampir 400 oz..sekarang mungkin dah lebih...walaupun dah ada chest freezer tapi sebenarnya hati masih gundah gulana..mengikut pengalaman yang lepas MIL tak nak bagi cucu dia frozen ebm ni..dia kata dah lama..memang banyak la alasan diberi..dia sendiri akan rasa susu tu sebelum diberi kat Zahirah..macam yang kita tahu la kan..frozen ebm ni rasa dia slightly different from the freshly expressed..tapi tau je la orang tua ni kan..aku memang tak pandai nak cakap lebih-lebih takut ada terasa ke apa..biasanya mintak pertolongan suami..mak dia kan..;)
Anak bujang mama..tuan punya.. |
seronok tengok. Syukur Alhamdulillah...
ReplyDeletebape harga ni yanti? bestnyeeeee byk gile susu!
ReplyDelete