Eh hari ni dah hari ke-45 selepas aku bersalinkan Imran..Yeeehuuu! dah habis pantang..Haha..pantang la sangat..hentam je..sebenarnya tempoh berpantang 40 hari ke 44 hari? Tak kesah la yang penting dua-dua hari tu pun dah lepas..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Tapiii..dah nak naik kerja la..T___T
Antara kesimpulan berpantang anak yang ke-2 ni adalah:
- 2 minggu pertama bab makan adalah terjaga sikit..sayur sawi sepanjang minggu dan ikan selar/beliak mata/siakap masak kicap/blackpepper/stim/goreng je..minum air masak banyak dan aku makan 4 kali sehari. Nasi makan tengahari/petang. Minum pagi/sarapan minum petang biskut/roti dengan air milo/horlicks/kopi/oat.
- Takde ambik jamu langsung..air akar kayu pun tak minum..aku cuma ambik supplement Vitamin Set Berpantang dari Shaklee je..lebih kurang je dengan Set Penyusuan..4 biji semuanya setiap hari..belum buat keputusan lagi nak teruskan dengan Set Penyusuan ke tak sebab aku ala-ala loya nak makan pil banyak-banyak..huhu
- 3 Minggu pertama memang tak makan pedas langsung..lepas tu sikit-sikit aku curi-curi makan..itupun tak pedas sangat..kena tengok dulu keadaan Imran ok ke tak bila mama makan pedas..So far tengok ok..sekarang ni dah hentam je makan asam pedas berapi MIL massak..kekeke
- Bengkung. Pantang kali ni aku rasa lebih teruk sebab pakai bengkung 2 3 hari je..konon la sebelum bersalin rancang nak pakai bengkung 40 hari..hampeh je..sekarang jangan la nak merungut perut buncit..huhu..my bad..sekarang tengah giat workout..mengharapkan kerajinan yang tinggi..
- Aku kan pantang moden..;p belum habis pantang lagi dah bawak anak pergi kenduri kahwin..bila orang tanya aku cakap dah sebulan..biasanya orang terus senyap..;p jangan tiru macam aku k..;)
- Segalanya terkawal..aku cuma layan Imran je..Zahirah memang 90% MIL yang handle..dia pun kadang tu tak nak langsung aku mandikan/ cebokkan dia berak atau bagi makan..kadang-kadang je pergi kat aku..dah la tidur pun tak nak dah tidur dengan ayah dan mama..sedih disitu..sebab aku belum bersedia sepenuhnya nak tidur asing dengan dia..;(
- Anak meragam. Alhamdulillah setakat ni Imran bukan jenis yang nak berjaga malam tak tau dia nak apa..terkawal lagi la..kalau dia berjaga malam pun paling lama 2 jam..tapi 2 jam tu pun boleh buat aku bangun tidur pukul 10 pagi..;)
- Aku naik kerja adalah awal sikit..sebab aku dah start cuti sebelum bersalin kan..so Imran belum 2 bulan aku dah kena naik kerja..huhu..
Itu je yang dapat disimpulkan untuk sesi berpantang kali ini..tak perlu dijadikan contoh..;) aku sangat kagum la sape yang dalam pantang memang ikut semua pantang larang orang-orang tua 100%..aku memang tak setabah itu..jadi terimalah hasilnya tanpa banyak merungut..;)
selamba je ko g kenduri kawen tk habes pantang lagi eak?tak bising ke mak ko?klo mak aku dah bising dah...time pantang la paling seksa..huhu
ReplyDeletetakpe try workout pulak :) harap2 boleh nampak hasilnya
ReplyDelete