31 October 2011

Kuih Apam bantat..

Rajin pulak up entry..;) sebenarnya auto publish je ni..malam tadi takde cerita best..ambik kesempatan update blog..;) layannn..

Tengok balik tajuk! Kekeke..buat apam bantat pun nak tunjuk orang ke? haha..Bukan apa ini sebagai pembakar semangat tau..semangat untuk cuba lagi akan datang..jangan putus asa..sekali gagal bukan bererti gagal selamanya..eceh!

Masalahnya..ini percubaan 2 bulan lepas..lepas tu dah takde cuba-cuba lagi dah..;p

2011-09-30 20.57.55 Kuih Apam yang bantat..

Aku bukan apa..malas nak cuba lagi tunggu ade mood datang dan poket tebal sikit boleh beli bahan banyak sikit..senang nak cuba jaya..itu pun malu dengan MIL buat kuih tak jadi..hahaha..

MIL kata mungkin aku gunakan gula yang dalam peti ais thats why la apam aku tak nak naik..mungkin betul jugak..al-maklumla..tak pakar lagsung buat kuih..dapat resepi je eksaited semacam tanpa membuat kajian terlebih dahulu..huhu..

Mungkin jugak aku guna soda bicarbonate yang dah expired..kikiki..

Zahirah and aunties..

Aku kakak sulung dalam keluarga..lepas arwah abah meninggal emak kahwin lagi dan pada umur 16 tahun aku dapat lagi adik yang ke 3 seterusnya yang ke 4..

2011-08-28 21.34.25

So Zahirah ada 2 orang makcik yang kecik..;) baju hitam yang kat belakang tu Achik Elly dan yang baju merah tu Ucu Erin..yang baju putih tu sepupu kitaorang Achik Chaca..

Dua-dua tu aku yang bagi nama..Elly tu sempena dengan nama kawan baik aku masa kat SMK Tun Aminah dulu..Actually nama penuh dia Nur Alya Nabila..aku paksa semua orang panggil nama dia Elly..dan melekat sampai sekarang dan sampai besar kot..

Yang Erin pulak sempena nama budak lelaki yang aku kenal masa tuisyen darjah 6 dulu..aku itengok nama dia sesuai untuk lelaki dan perempuan so aku cakap kat mak bagi nama adik bongsu aku tu Nur Azreen..dan sekali lagi aku memaksa semua orang panggil dia Erin..haha..

Zahirah dengan makcik makcik dia dah macam kawan kawan..adik-adik aku memang rajin nak melayan Zahirah..ada lagi sepupu kecil aku yang kadang-kadang tak tahu nak bahasakan diri diorang apa dengan Zahirah..;) Kelakar pun ada..

Lain kali aku tunjuk gambar pakcik-pakcik kecik Zahirah ok..;)

Zahirah vs Tudung

Aku suka betul tengok budak-budak kecik pakai tudung..masa pergi zoo 2 bulan lepas tak silap ada budak tu umur dia genap setahun sepanjang kat dalam zoo tu tak buka langsung tudung dia..malah macam tak rasa rimas pulak..padahal mak dia pakaikan tudung warna hitam tu..

2011-08-30 09.45.31, Bukan tak comel..

Tapi bila aku pakaikan tudung kat Zahirah tak pernahnya dia tak tanggalkan..paling lama bertahan pun 1 minit je kot..;) Tengok apa jadi:

:::::::::::::::::"  ???:::::::::::::::::::::::??????

Harap bila dia dah besar nanti nak la dia pakai tudung..;) nasib baik la rambut dah tumbuh semakin lebat sekarang..kalau tak asyik orang nak panggil boy je..

28 October 2011

I wish..

Assalamualaikum..

Selamat dah 2 hari audit..selagi belum audt selagi tu la takde hati nak update blog..balik rumah pun ingat kerja kat lab apa lagi dokumen tak settle apa lagi procedure tak review..huhu..Syabas sebab tak dapat satu pun non conformance..tapi dapat lapan (8) opportunity for improvement..;)

So sekarang boleh la update blog dengan tenang..weehuu!!

Jeles sungguh ramai betul blogger yang berlumba-lumba mencuba nasib buat pavlova..siap boleh bagi tips lagi tu..belum sempat aku nak try buat pavlova jugak dah sekarang pakat-pakat buat cream puff..cream puff favorite aku tu..

Sesungguhnya aku mahukan ini:

Alangkah indahnya dunia ini sekiranya aku dapat  mixer seperti di atas..anytime bila nak buat kek atau yang seangkatan dengannya yang memerlukan khidmat mixer ni boleh je terus buat..kalau ada bahan la..hehe..

Aku takde la aim macam gambar kat atas tu..aku aim yang kena bayar sikit je..hihi..kumpul RC redeem coupon Cosway then tambah berapa sen lagi boleh dapat mixer jugak..

2011-10-25 07.56.39

Aku dah ada 21 RC lagi 9 je lagi..ada sesiapa nak derma tak..hehe..ok la tu kan buat ada-ada mixer..kalau ade rezeki lebih boleh la beli yang heavy duty..masa tu kalau beli buat tukun memang nak kena pelangkung je aku ni..;)

 

p/s: bulan 12 ade bonus kot..wink! wink!

20 October 2011

Second Check Up (15 weeks)

Check up kali ni macam bersemangat sedikit sebab hari ini akan ada aktiviti scan..Hehe..Sekali sampai kat klinik pukul 7 masa tu dah ada 7 orang sedang menunggu..Pukul berapa la agaknya diorang ni datang..Pukul 6.30 agaknya dah terpacak kat klinik..

Rupa-rupanya hari itu adalah hari berjumpa dengan doktor..tau je la Klinik Desa mana ada doktor selalu macam kat klinik kesihatan..Bagus lagi check up masa kat Klinik Desa Maju Jaya dulu kalau jumpa doktor je kena pergi Klinik Kesihatan Kempas..kalau dah ada appoinment cepat la sikit..lagipun bukan semua ibu mengandung kena jumpa doktor..Nurse je yang check pun dah ok..kecuali la ada masalah..darah tinggi atau kencing manis dan sebagainya..

Alhamdulillah semuanya under control..cuma agak pelik sebab berat telah menurun sebanyak 1 kg..sepatutnya naik 1 kg..padahal selera makan okay je bukannya ada alahan mabuk atau muntah ke apa..agak musykil disitu..;) cuba kalau tak pregnant, berat tak pernahnya mencecah bawah daripada 67 kg..(Ya saya memang overweight dengan ketinggian hanya 154 cm..T__T) Ini menjadikan berat aku 65 kg..

Result yang lain pun semua okay..HB 14.9, tapi aku jahat tak pergi check air kencing sebab ramai sangat orang..bila nurse tanya aku cakap je bersih..Hehe..jangan tiru macam saya ye..;)

Masa scan tu pulak macam hampa la monitor tak nampak sangat pun..Haih mentang mentang la Klinik Desa je..kualiti scan pun kureng je..Doktor je yang paham apa yang dia tengok..Huhu..tapi nampak la jugak jantung berdegup..;) Alhamdulillah..

Sepanjang check up ni aku tau cuma ada 2 kali je scan kalau takde apa masalah..Sekitar 12 minggu ke atas dan 30 minggu ke atas je..kat tempat lain aku tak tahu la..mungkin kalau ade masalah atau pun check up kat Klinik Kesihatan je dapat buat banyak kali..Masa Zahirah dulu pun nak tau jantina aku pergi scan kat klinik swasta..

Kejadian di atas berlaku 2 hari lepas..hari Rabu..Nasib baik jugak dapat angka giliran agak awal..kalau tak agaknya pukul 12 pun aku tak balik lagi..haritu aku pergi pukul 7 balik rumah pukul 11..Macam tu la kalau check up kat klinik kerajaan..terima je la..

P/S: kenapa company tak nak cover check up mengandung kat klinik panel ek? kan untung tak perlu la ibu mengandung ambil masa waktu kerja untuk pergi check up..hmmm..

17 October 2011

My Rambling: Breastfeeding..

1 tahun aku menyusukan Zahirah..Alhamdulillah..1 tahun jugak la aku mengusung pam setiap hari pergi kerja dan balik ke kampung untuk buat stok..Tapi lepas je positif pregnant..terus susu berkurang secara drastik..start tu la dah tak bawak lagi beg pump kehulu kehilir..

Baru 3 bulan berlalu..aku dah rindu sangat nak mengepam..nak buat stok untuk Zahirah..nak bagi dia susu ibu macam sebelum ni..boleh ke eh?

Sekarang Zahirah 80% minum FM..20% lagi bila aku ada kat rumah dan bila nak tidur malam dia akan breastfeed..Tapi mungkin susu rasa dah lain..dia dah tak puas menyusu..walaupun dah direct breastfeed dengan aku..dia akan mintak lagi FM..

Dilema sangat bila nak start FM kat anak..takut dia semakin jauh dari kita..tapi dah lumrah anak tau siapa ibunya..dia akan tetap cari ibunya jugak..;) Lega bila setiap kali tidur tengah malam Zahirah bangun jugak tercari-cari susu dia..walaupun kaadng-kadang sakit sangat bila time dia breastfeed..aku rasa macam takde susu yang keluar pun..tapi agaknya dia sekadar memenuhi keperluan emosi dia..seronok je bila kacau-kacau dia masa dia tengah breastfeed..nak jugak senyum atau ketawa walaupun tengah menyusu..;)

Aku tak tahu kenapa aku buat entry ni..memenuhi kehendak emosi aku jugak kot..;p Bila la kan susu ni nak kembali normal..harap-harap masa tu Zahirah akan sambung penyusuan sepenuhnya dengan aku..tak perlu dah top up FM..teruskan makan macam biasa..berkongsi susu ibu dengan adiknya nanti..macam mana la gayanya nanti..

bf in action Gaya Zahirah menyusu..masa ni baru 5 bulan..

p/s: Berniat untuk tandem nursing Zahirah dan adik baby nanti..InsyaAllah..

16 October 2011

Zahirah di kolam renang..;)

Hari ahad yang lepas buat petama kalinya bawak Zahirah mandi kat kolam renang terbuka..Dekat je kat belakang rumah dalam 1 km la kot..Sebelum ni nak bawak MIL tak bagi takut sejuk sangat then Zahirah akan kena asma nanti..
Kali ni bawak sekali dengan MIL..tapi MIL tengok je dari atas..Ya Allah Zahirah punya suka bila first time masuk air..teruja sangat..air kat tempat kanak-kanak tu paras dada dia je..mula-mula tu macam takut-takut jugak..tapi lepas tu nak berjalan sendiri dalam air..
2011-10-16 15.25.20 Suasana di kolam..
Gambar keterujaan Zahirah dalam air memang takde..aku tak kuasa la..mama dia ni memang pantang nampak air..nak berenang terus..nasib baik ada anak..terbatas la jugak..selepas suami abis main badminton dia pun join kitorang jugak..sementara dia pegang Zahirah aku tak la melepaskan peluang nak berenang sakan..;)
2011-10-09 11.13.07 Inilah dia budak yang sakan jumpa air tu..gambar tiada kena mengena..;p
p/s: Lepas ni nak pergi lagi dan berazam nak ambil gambar banyak-banyak..hihi..

Selamat Ulangtahun ke-2

Alhamdulillah..

Kini 2 tahun..;) Semakin banyak pengalaman yang ditimba..Semakin mengenali antara satu sama lain..

dan semoga terus saling sayang menyayangi hingga hujung nyawa..

Di awal perkenalan..kurus masing-masing..hiks!

Beberapa hari selepas kahwin..saya masih kurus lagi masa ni..;p

DSC03227 8 month..expecting Zahirah..

DSC_4812

Bertiga..dan sedang menunggu untuk berempat pulak..InsyaAllah..

Happy Anniversary Abang..Love you so much!!

04 October 2011

Kepentingan Mengasingkan Anak Tidur..

Berdasarkan kisah benar..;)


Raya yang lepas macam biasa la beraya ke rumah pakcik yang paling tua..tengok-tengok ada buat renovation la..orang kepoh memang macam ni..memerhati je..hehe..Pakcik dah tambah 1 bilik lagi kat depan..sebelum ni rumah tu ade 2 bilik sahaja..sekarang sudah ada 3..bilik yang terbaru tu adalah untuk anak pakcik yang paling bongsu sekarang berumur 8 tahun..


Rupanya ada kisah disebaliknya..


Makcik kerja shift malam..tapi bila weekend je ada la kat rumah..Si anak bongsu pulak masih lagi tidur dengan mereka..sampai satu hari si anak bersuara.."Kenapa kalau emak tak kerja, tidur malam kita rasa katil bergoyang-goyang?"..Terus pakcik dan makcik decide spend duit sikit untuk buat tambahan bilik kat rumah mereka..;) lagipun rumah kampung senang je nak buat renovation..bukan kena bayar untuk bukak plan pun..;)


Memang patut pun kan? sekarang kalau beli rumah memang minimum setiap rumah ada 3 bilik kan..


Jadi ada hikmah disebalik apa yang disarankan oleh agama Islam dimana rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan. 


Fikir-fikirkan dan selamat beramal..;)

Rujukan: http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1426